Friday, August 22, 2008

Sinopsis kuliah hadith 1

Assalamualaikum warahmatullah,
InsyaAllah, kepada sesiapa yang ingin menambah pengetahuan dalam ilmu hadith, di sini saya akan berkongsi sedikit sebanyak tentang sinopsis kuliah sahih bukhari oleh SS Dr MAZA. Kuliah ini panjang. InsyaAllah ia akan dibuat secara bersiri. Semoga bermanfaat.

Kitab sahih bukhari merupakan kitab yg terpenting bagi umat islam Ahlus sunnah wal jamaah yang mjadi rujukan selepas Al-Quran.

Sebelum memasuki syarahan kitab hadith ini, ustaz menceritakan serba sedikit perkara2 asas dalam ilmu hadith.
3 perkara asas (maksud) hadith- pengertian hadith menurut ulama’2 hadith ialah merangkumi:
- Qaulan-kata2 nabi s.a.w.,
- Fi’lan-sahabat lihat nabi buat(perbuatan nabi),
- Taqrir-nabi tak cakap, tak buat tapi mengakuinya, iaitu baginda mendiamkan bila lihat shbt melakukannya kerana mustahil bg rasul utk mndiamkan diri bila berlaku perkara yg bcanggahan dgn syariat. Menurut ulama’ hadith, taqrir bkn bererti mdiamkan diri shj , kalau megaku pun kira taqrir (e.g senyum, angguk).

Pengambilan hadith

Pada zaman nabi, shbt2 r a ambil hadith terus dari nabi. Bila ada shbt yang tak hadir pada satu2 masa mereka tanya shbt yang hadir pada masa nabi bersabda. Ini kerana bila nabi berkata, bertindak, taqrir, bukan semua shbt hadir pada saat nabi bersabda. Bg yg x dengar, mrk ambil dari yang mendengarnya. Hal ini x jadi masalah pada zaman nabi. Kerana bila ada masalah, mereka terus rujuk nabi. Namun hal ini mjadi masalah bila nabi wafat, mereka bertanya hadis pada sahabah. Tapi tidak semua shbt yg hafal semua hadith.

~Pengertian sahabat dari takrifan ulama’ hadith- mereka yang berjumpa dengan nabi(x semestinya melihat cthnya seorang shbt yg buta yg bernama Abdullah ibn ummi makhtum), beriman dan mati dalam iman. Ada yg beriman tp tak jumpa. Contohnya Najasyi-ia beriman tapi x jumpa nabi. Nabi sembahyangkan jenazahnya. Dukacita Najasyi tak termasuk dalam kalangan sahabat.~

Para sahabat mereka yg mpunyai ciri ini, Al-Quran dan Nabi, telah mberi satu title atau pangkat kpd mereka. Pangkat ini dipanggil Adalatus sahabah-mrk adil, mustahil berbohong mengenai rasulullah. Ini merupakan pengakuan al-quran dan pngakuan sunnah. Quran dan sunnah puji sahabah. Mereka tak akan berbohong. Hasil semakan ulamak hadith, tidak ada shabat yg reka hadis.

Kata ibn kathir, keadilan shbt itu (dr segi peribadi dan periwayatan hadis) telah diputuskan oleh Allah dan RasulNya. Jadi, sahabah semuanya adil.
Tetapi adapun orang yg berjumpa sahabat (tdk jumpa nabi) dikenali sebagai tabi’in tidak dapat keistimewaan (nilai) ini. Mereka berjumpa dan ambil ilmu dgn sahabat. Mereka yg x jumpa dgn shbt tetapi berjmp dgn tabi’in dikenali sebagai tabi’ tabi’in. Mereka juga tidak ada nilai ini. Boleh jadi bohong, boleh jadi benar. Kerana yg Allah dan rasul jamin hanyalah sahabah. Cuma dari segi generasi, ketiga2 generasi ini adalah baik.

Dalam hadis yg diriwayatkan oleh bukhari muslim dan ashabul sunan bermaksud: sebaik2 manusia adalah manusia pada zamanku kemudian yg selepasnya (tabi’in) kemudian yg selepasnya (tabi’tabi’in).

Bukan bermaksud 300 tahun, tapi 3 generasi. Sahabat, generasi yg jmp sahabat(tabi’in), generasi yg jmp dgn org yg jmp sahabat (tabi’ tabi’in). Generasi ini dikenali sebagai salafussoleh. Golongan salaf. Perkatan salaf bermaksud yg dahulu. Nabi jamin mrk dari sudut kebaikan keseluruhan generasi. Tapi jaminan utk tdk berbohong mengenai rasulullah tidak ada pada tabi’in dan tabi’ tabi’in.

Orang yg datang selepas mereka mengambil hadis. Cthnya,imam bukhari tak jumpa Nabi, jadi Bukhari bkn sahabah. Begitu juga imam malik, muslim, abu daud dan lain2.


Bagaimana untuk menentukan hadith yang diucapkan oleh rasulullah pada hari baginda bersabda, sampai kpd imam bukhari, muslim abi daud, imam malik dan lain2, ia adalah melalui rangkaian riwayat. Maksudnya daripada sahabat menceritakan hadith itu didengari oleh tabi’in. tabi’in cerita dan didengari oleh tabi’tabi’in….dan kemudian org slps daripadanya dan selepas daripadanya. Rangkaian ini ada yg pendek dan ada yg panjang. Rangkaian ini dinamakan sanad.




......bersambung di siri 2 mengenai contoh dan kepentingan sanad, insyaAllah.

No comments: