Sunday, September 7, 2008

Mengapa Islam?


Assalamualaikum wbt

Posting yg lepas, kita memperkatakan tentang kewujudan Tuhan.Ya, Tuhan itu wujud.

Tetapi,pernahkah kita terfikir, bahawa adakah kita sekarang ini menganut agama yg betul?Jika kita selalu katakan,mujurlah kita dilahirkan sebagai seorang muslim yg secara automatik mewarisi Islam, bukan seperti orang yg dilahirkan kafir,maka pernahkah kita terfikir, mungkinkah it is the other way round?Bagaimana jika kita yg dilahirkan bukan di atas agama yg betul?

Pernahkah anda ada krisis aqidah seperti ini?Yg menyebabkan anda berasa ragu2 terhadap Islam?Tambah2 lagi kita berada dalam negara yg mempunyai masyarakat yg berbilang agama.Di sekitar kita, banyak agama.Semua mengaku agama merekalah yang paling betul.Semua mengaku Tuhan merekalah yg patut disembah. Dan mengapa pula ada muslim yg murtad?Adakah mereka bertemu 'hidayah'? Atau sebenarnya mereka jahil tentang hakikat sebenar Islam?

Mungkin kita tak sedar,tapi ramai yg mempunyai krisis sebegini,especially di kalangan muda-mudi. Tetapi mereka takut utk menyatakan persoalan2 yg timbul di kepala mereka, kerana pastinya akan dimarah oleh 'orang2 tua' dan dicop macam2.Akan dilempang kerana dikatakan mempertikai agama.Akan diherdik jika cuba membaca bible kawannya.Sedangkan hati mereka resah tertanya2,apakah agama yg sebenar?Benarkah apa yg aku anuti ini?Atau hanya sekadar taqlid membabi-buta?

Mereka yg ikhlas mencari Tuhan dengan menggunakan akal yg waras dan berfikir, membuang ego dan prejudis, pasti akhirnya akan berjumpa dengan Allah.

Agama Buddha,Hindu dan apa2 agama yg mempunyai unsur keberhalaan atau animisme,awal2 lagi sudah di'ruled out'.Bodohlah org2 yang menyembah objek yg dibina oleh tangan sendiri.Patung2 yg memerlukan makanan yg disediakan oleh makhluknya sendiri.Patung2 yg berbaring, bertapa, bertangan banyak, bermata sepet,berhidung mancung,berkepala gajah, dan macam2 rupa dan aksi yg lain, sudah pastilah itu bukan Tuhan. Tidakkah mereka terfikir bahawa jika benarlah agama mereka itu,maka merekalah sebenarnya pencipta tuhan mereka,bukan mereka yg dicipta oleh tuhan?Hanya org yg tak waras dan tak berfikir yg akan mengakui bahawa itu semua adalah Tuhan. Maha Suci Allah dari semua itu.

Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan? Dan benda-benda itu tidak dapat menolong mereka dan tidak juga dapat menolong dirinya sendiri. Dan jika kamu (hai kaum musyrik) menyeru benda-benda itu untuk memperoleh petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat menurut (menyampaikan hajat) kamu; sama sahaja bagi kamu, samada kamu menyerunya atau mendiamkan diri. Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar. [Al-A'raf:191-194]

Mungkin agama yg apparently lebih 'masuk akal' ialah kristian. Itupun jika dikaji dgn lebih mendalam ttg agama kristian yg telah diselewengkan,juga tak masuk akal.Mana mungkin seorang manusia boleh jadi Tuhan?Manusia biasa yg perlu makan,minum,tidur,BO dan PU,tidak mungkin itu Tuhan.Tak perlulah kita panjangkan di sini. Cukuplah apa yg Bro Shah, Bro Lim dan lain2 yg tak jemu2 menceritakan kepada kita perbandingan Islam yg sempurna dengan agama lain yg cacat.Mukjizat2 al-quran, dan bukti2 kenabian Rasulullah saw. Di sini juga ingin saya kongsikan ceramah oleh Khalid Yasin, The Purpose of Life, yg diadakan di Saudi Arabia pada 1994,yg menyebabkan 43 org memeluk islam.

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: "Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu", dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.[Al-Maidah:116-117]

Maka,agama yg sebenar ialah Islam.
Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu rasul Allah.

Tetapi,bukankah aqidah Islam sendiri mempunyai banyak cabang?Yg semuanya mengaku Islam,yg semuanya mengaku merekalah yg paling betul?

Bersambung..

No comments: