Thursday, September 11, 2008

Sinopsis Kuliah Hadith 3

Assalamualaikum warahmatullah,
Alhamdulillah kita dah sampai di siri 3. Seperti di siri 2 dahulu, siri ini juga berkisar tentang kepentingan sanad. Untuk pengetahuan sahabat2 semua, kita masih berada di muqadimah. Belum start lagi syarahan hadith.

Kata Ibnu Sirin yg diriwayatkan oleh imam muslim dalam muqaddimah sahih muslim: Sesungguhnya hadith ini adalah agama. Jadi kita kena tengok daripada siapa kita ambil hadith.

Cara2 menapis hadith menurut ulama’ hadith ialah : setiap rawi mesti berjumpa (tak boleh main dengar2), sanad bersambung, perawi kuat ingatan, perawi adil (tidak melakukan dosa besar, tidak meneruskan dosa kecil dan tidak melakukan perkara yg mencemar maruah), tidak ada syaz dan tidak ada illah.(syaz dan illah akan diceritakan kemudian)
.
Jadi, Ulama’ hadith telah bekerja bertungkus lumus untuk menyemak setiap perawi2 hadith berkenaan mengenai matinya, negeri yg dia masuk dan keluar, tahun keberapa, siapa murid2nya.

Terdapat juga orang yg meriwayatkan sesuatu hadith tetapi menyembunyikan perawi yg didengarnya, lalu dia melangkau perawi. Contohnya A mdgr dari B, B mdgr dari C. lalu A menyembunyikan B(kemungkinan B bermasalah dr segi tsiqah) dan menyatakan ia mdengar hadith tersebut dr C. Dalam istilah ilmu hadis, A digelar mudallis. Perbuatan itu dikenali sebagai tadlis. Ulama’ hadith dapat kesan yg hadis tsebut tidak bersambung. Jadi hadis tersebut tidak cukup syarat2 tersebut.

Bagi setiap perawi hadith, ulama’ hadis di sekeliling memberi komentar mengenai mereka. Bila perawi tersebut dikesan telah berbohong, ia kenali sebagai dajjal. Terdapat cabang ilmu hadis yg penting iaitu ilmu jarh wat ta’dil.Ulama senaraikan nama setiap orang. Sebagai contoh mereka menyatakan: Orang sekian, nama sekian, tahun sekian, tempat sekian: pembohong.namanya tersenarai. Begitu juga, org sekian, nama sekian: Tsiqah (boleh dipercayai), orang sekian, nama sekian: dajjal. Org sekian nama sekian: padanya penyudah segala pembohongan. Kdg2: dhoif. Kdg2: masa umurnya tua, hadisnya berubah. Misalnya bila tua ingatan kurang, jd muridnya menolak hadith yg diriwayatkan selepas umur 60 thn.

Ustaz menyatakan untuk belajar hadis, hendaklah dipilih dalam kalangan org yg kuat ingatan. Tetapi di Malaysia ini, ilmu hadis tidak melahirkan tokoh2. Tidak seperti tahfiz Quran. Pada masa dahulu, org melayu (tidak semua) apabila mereka mempunyai anak2 yg kurang baik pencapaiannya dalam bidang akademik (sains misalnya) akan dihantar untuk belajar agama seperti dihantar ke pondok misalnya. Ini adalah tidak tepat Sepatutnya anak yg paling pandai dihantar belajar agama kerana ia memerlukan ingatan yang kuat. Ini berbeza dengan ulama’ dahulu yg mana mereka yang kuat ingatan dipilih untuk belajar hadis.

Imam bukhari adalah seorang yg kuat ingatan dan jaguh dlm hadis. Ustaz menceritakan sedikit tentang kisah hidup ulama’ hadith ini. Katanya, orang yang menemani Iman Bukhari menceritakan bahawa Imam Bukhari dalam satu malam berbelas2 kali bangun pada musim sejuk. Apabila dia bgn saja, terus dinyalakan api dan terus menulis dan menyemak kitabnya. Betapa amanahnya ulama’ dahulu kepada Allah dan rasulNya. Kata imam Ahmad pula apabila mereka mengembara, kadang kala mereka tidur di dalam gua sahaja. Sebelum tidur, mereka akan meletakkan kitab hadis di kepala. Apabila mereka terjaga pada waktu tengah malam, mereka terus pegang kitab mereka. Ini kerana mereka bimbang ada org yang khianat pada Allah dan rasul lalu mencuri kitab mereka dan menokok tambah apa yang tidak benar terhadap hadith rasulullah s.a.w .

Malangnya orang2 agama kemudian tidak menilai perkara ini. Kadang2 ada yang membaca hadith2 palsu di dlm masjid. Sedangkan ulama’ hadith mengatakan bukan sahaja org yg mereka hadis itu haram(dosa besar) malah haram juga yg meriwayatkannya.
Ulama’2 hadith telah meninggalkan khazanah ini kepada kita dengan bersungguh2. Walaupun ada yg meriwayatkan hadith2 yang tidak sahih, ianya tidak mengapa kerana mereka menyertakan sanad2 setiap hadith yang mereka riwayatkan.

....bersambung tentang antara sebab2 munculnya hadith palsu, insyaAllah.
.

No comments: