Friday, October 10, 2008

Debat yg dibenci


Berbincang tentang sesuatu yg diperselisihkan bukanlah sesuatu yg mudah. Selalu saja satu perbincangan yg sihat berubah menjadi sesuatu yg berpenyakit. Mulanya smooth n steady, kemudian jadi tunggang terbalik. Mulanya nada rendah dan sopan, kemudian berubah kepada buruk sangka,cacian dan provokasi. Mulanya ilmiah kemudian menjadi agenda menyerang peibadi yg menyakitkan hati. Sangat susah utk mengawal diri sendiri supaya perbincangan yg diikuti menjadi sesuatu yg bermanfaat dan diredhai Allah.

Berdebat atau berhujah bukanlah sentiasa baik. Jika manfaatnya lebih besar,maka teruskan.Namun adakalanya kita perlu diam saja. Apabila sesuatu perbincangan telah dikuasai amarah, tuduh menuduh, serangan peribadi, gelar menggelar, minda yg tertutup, hujah yg tak mengikut disiplin, pada saya baiklah kita diam saja.Kerana meneruskan perbincangan sebegini adalah membuang masa, menyakitkan hati, menimbulkan perasaan yg tidak baik, kecenderungan utk berakhlak buruk dan masing2 sudah terlupa bahawa tujuan asal adalah utk mencari kebenaran dan keredhaan Allah swt.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ.

Saya menjamin satu rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar, satu rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan sekalipun bergurau dan satu rumah di tempat tertinggi dalam syurga bagi orang yang baik akhlaknya.[Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4800]

Jauhilah daripada sikap menyerang peribadi!Kerana apabila sampai tahap ini semuanya menjadi buta dari hujah dan nas yg terpampang di depan mata.

"oi,melatah lagi ke?"
"ko tu sape nak ckp benda2 gini?belajar agama ka?"
"apa dia ingat dia tu lagi pandai ke dari ulamak ni ulamak tu"
"mentang2 dah dpt phD nak mandai2 lak"
"ko wahabi apa ko tau"
"eleh bahasa arab pun tak reti.dok diam je lah"

Juga tak perlulah gelar menggelar hidung besar,gigi kuning,mamak baghal dll kepada org2 politik yg bukan satu parti.ini bukan adab Islam walau menyampah macam mana pun.Jika seseorang itu ada nama,atau nickname,panggillah dengan nama tersebut.tak perlu lah kita hendak mengubah2 atau menyindir2.

Allah swt berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) mungkin kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) mungkin kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. [Al-Hujurat:11]

Marilah kita sama2 mengubah sikap,dan menjadikan redha Allah sebagai matlamat kita.Tidak zalim terhadap org lain walaupun berselisih.Tunduk kepada kebenaran walaupun ia pahit.Dan sama2 kita mencari ilmu sebagai bekal utk akhirat kita.Ilmu itu terlalu luas.Maka carilah ilmu yg bermanfaat.Apa itu ilmu yg bermanfaat?

Al Hafiz Ibnu Rajab berkata: ” Maka ilmu yang bermanfaat dari ilmu-ilmu ini semua ialah menghafal nas-nas Kitab dan Sunnah,memahami makna-maknanya,dan mengikat hal itu dengan apa yang dinukil dari para sahabat,tabi`in dan tabi`ut tabi`in tentang makna-makna al-Quran dan Hadis,dan apa yang datang dari mereka perkataan-perkataan tentang halal dan haram,zuhud,roqoik(hal budak),ma`rifat-ma`rifat dan yang selainnya,serta bersungguh-sungguh di dalam memisahkan mana yang shahih dari yang lemah terlebih dahulu,dan yang kedua bersungguh-sungguh di dalam memahami makna-maknanya,dan di dalam hal itu terdapat hal yang mencukupkan bagi orang-orang yang berakal dan menjadi kesibukan bagi orang yang memerhatikan dan menyibukkan diri dengan ilmu yang bermanfaat.

Barangsiapa yang melakukan hal ini dan mengikhlaskan maksud di dalamnya kepada Allah dan meminta pertolongan kepadaNya maka Allah akan menolongnya,memberi hidayah dan taufiq,meluruskannya,memberikan kefahaman,dan memberikan ilham kepadanya. Dan saat itulah ilmu ini telah meghasilkan buah baginya yang khusus untuknya iaitulah khoshyatullah(rasa takut yang sangat kepada Allah)sebagaimana Allah berfirman:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya ialah para ulama`..[Fathir[35]:28]

Muhasabah buat diri sendiri.
Ya Allah,berilah kami kesabaran dan hikmah.

No comments: