Saturday, October 25, 2008

Tsa’labah : Ahli Badar Yang Teraniaya

Cerita tentang Tsa’labah seringkali kita dengar terutamanya bila isu tentang zakat dibincang. Kisah ini diceritakan dalam kelas-kelas pengajian, ceramah ugama malah juga di mimbar-mimbar khutbah Jumaat.

Ceritanya begini:

Tsa’labah ialah seorang muslim yang taat di mana beliau tidak pernah meninggalkan sembahyang jemaah lima waktu bersama nabi s.a.w. Beliau amat miskin sehingga terpaksa balik ke rumah lebih awal untuk berkongsi kain dengan isterinya. Lantaran kemiskinan yang melampau, beliau meminta supaya nabi s.a.w. mendoakannya supaya diberi kekayaan. Nabi s.a.w. pada mulanya enggan mendoakan Tsa’labah atas alasan kekayaan akan mejadi fitnah kepadanya , tetapi setelah didesak, baginda s.a.w. pun mendoakannya. Berkat doa nabi s.a.w., kambing yang dipelihara Tsa’labah membiak dengan banyak dan cepat.

Kesibukan menguruskan ternakannya menyebabkan beliau mulai cuai dalam ibadatnya. Pada mulanya beliau tertinggal satu dua sembahyang jemaah tetapi akhirnya beliau lansung tidak berjemaah. Untuk mengembangkan ternakannya beliau berpindah ke kawasan pendalaman dan hubungannya dengan muslimin yang lain terputus.

Nabi s.a.w. menghantar utusan untuk mengutip zakat tetapi beliau enggan mengeluarkan zakat malah memperlekehkan kewajipan itu. Sebelum kewafatan nabi s.a.w. beliau merasa insaf dan bertaubat serta ingin mengeluarkan zakat kepada nabi s.a.w. tetapi ditolak. Selepas kewafatan nabi s.a.w. beliau berjumpa dengan Khalifah Abu Bakar r.a. untuk mengeluarkan zakat tetapi ditolak oleh Abu Bakar atas alasan beliau tidak dapat menerima zakat itu kerana Rasulullah s.a.w. tidak menerima zakat sa’labah semasa hidup baginda.. Begitu juga di zaman permeritahan Sayyidina Umar al-Khattab r.a.

Akhirnya beliau mati dalam keadaan kufur!

Persoalannya :

Siapakah Tsa’labah ini?

Mengapa seseorang yang menyesali perbuatannya dan ingin bertaubat tidak diterima taubatnya?

Tsa’labah yang diceritakan di sini sebenarnya adalah salah seorang dari mereka yang menyertai peperangan Badar. Sebagaimana dimaklumi, ahli Badar telah dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. Dengan kenyataan ini tidak timbul soal keingkaran dan seterusnya mati dalam kekufuran. Riwayat ini adalah bermotif jahat untuk memburukkan sahabat r.a. Bila diteliti, di antara mereka yang mengaitkan Tsa’labah dengan perbuatan derhaka ini ialah Ali bin Zaid. Seorang yang dituduh sebagai penganut Syiah oleh majoriti ulama’ rijal. Sesuai dengan fahaman Syiah yang sentiasa mencari peluang untuk memburukkan sahabat r.a. (yang sebenarnya untuk menyerang peribadi Rasulullah s.a.w. juga) , cerita ini adalah salah satu senjata yang nampaknya tepat pada sasaran dan kini , ulama-ulama ahli Sunnah pula mengambil tempat mempopularkan hikayat karut ini.

Persoalan kedua, mengapakah Rasulullah s.a.w. menolak taubat dari seorang mukmin yang telah menyesali kesalahannya. Bukankah Rasulullah s.a.w. bekerja tanpa henti untuk menarik manusia kepada Islam dan mengingatkan mereka supaya sentiasa bertaubat. Dan adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Rasulullah s.a.w. merajuk kerana tidak ditaati bila baginda memerintahkan untuk dipungut zakat pada pertama kalinya.

Penyebaran riwayat ini perlu dihentikan . Kepada sesiapa yang terlanjur meriwayatkannya samada melalui tulisan, ceramah atau lain-lain diharap dapat membetulkan fakta ini kepada audien masing-masing.

Sesungguhnya kepercayaan dan kecintaan kepada sahabat r.a. adalah di antara paksi tertegaknya agama ini kerana melalui merekalah al-Quran dan sunnah kita dapati hari ini.



15 comments:

Dr. Zaim_Asniel said...

so cerita ni betul2 tidak berlaku ke?
ade sumber?

nida'ulhuda said...

sumbernya adalah dr web www.darulkautsar.com atau sumber apa yg zaim maksudkan?

saffmukmin said...

sumber yg kata ni btl cerita rekaan?kalu btl, sama2 kita sahkan agar ramai lg xkeliru...

Poison Ivy said...

Para pakar Ahlul Hadits telah menjelaskan kelemahan riwayat kisah
ini seperti Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 3/266, Al`Iraqi dalam Takhrij Al Ihya' 3/366, Al Manawi dalam Al Faidlul Qadir 4/527, Ibnu Hazm dalam AlMuhalla 11/207, Ibnu Hamzah dalam Al Bayan wat Ta'rif 3/66, dan Syaikh> Al Albani dalam Dla'iful Jami' 4/125, dan lain-lain.Demikian sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikh Ali Hasan dalam Tashfiyah-nya. Bahkan Syaikh Salim bin `Ied Al Hilali menulis dalam buku khusus dengan judul Asy
Syihabuts Tsaqib fidz Dzabbi `Anis Shahabi Tsa'labah bin Hatib yang maknanya kurang lebih :"Meteor Yang Tsaqib (menembus) Dalam Membela Shahabat Tsa'labah Bin Hatib."

sumber: alFikrah yahoogroup

moral: tuntutlah ilmu yg sahih dan ambillah sumber agama dari golongan yg terpercaya

wallahua'lam

nida'ulhuda said...

Memang betul cerita ini adalah rekaan penganut syiah. Untuk penjelasan lebih lanjut, kat web darulkautsar ada mp3 penjelasan maulana asri yusof berkenaan dengannya.
Sahabat semua, sebenarnya terdapat banyak hikayat rekaan syiah yg ingin memburukkan para sahabah. memang ini kerja mereka. malah termasuk dalam aqidah mereka iaitu mengkafirkan para sahabah kecuali beberapa orang shbt shj.
Mungkin kita susah nak terima sebab dari kecik lagi 2-3 kali ustaz dok cerita pasal kisah ni.
Sekarang bila diberitahu perkara yg sebenarnya, kita kena berhati2 dalam meriwayatkan kisah2 para sahabah dlm tazkirah atau ceramah yg kita sampaikan. Takut2 di akhirat nanti tak pasal2 pula tercatat dosa kita memfitnah para sahabah kerana silap kita tidak menapis dahulu sumber2 yg kita hendak sampaikan. Nak tapis pun kena rujuk pada tempat yg betul. misalnya pasal hadith, kita kena rujuk pada yg pakar dlm bidangnya.
Saya teringat kata2 maulana asri dalam ceramahnya berkaitan hadith palsu. Iaitu ustaz2 yg menyampaikan ceramah boleh jadi dapat palaha dan boleh jadi kalau tak kena gaya, boleh masuk neraka kerana meriwayatkan cerita2 atau hadith2 yg tidak benar. kerana Rasulullah telah beri amaran, sesiapa yg berdusta di atas namaku, siaplah tempat duduknya di dalam neraka..
Wallahua'alam.

Dr. Zaim_Asniel said...

Assalaamu ‘alaikum Wr.Wb.

Bagaimana tanggapan ustadz, mengenai Tafsir Ibnu Katsir yang sudah “Mu’tabar” dikalangan para ulama dan mufassiriin.

Dimana dalam Tafsir Ibnu Katsir tersebut menukilkan hadits diatas lengkap dengan keterangannya menafsirkan sebab turunya QS. Attaubah ayat ke 75

Apakah dengan keterangan Ustadz, bisa disimpulkan bahwa Ibnu Katsiir menyampaikan Hadits-Hadits Dhaif dan tidak selayaknya kita merujuk ke kitab beliau ?

Mohon pencerahannya
Jazaakallah

Wassalaamu ‘alaikum Wr.Wb.

p/s : daripada laman web sunnah. soalan ni masih tak terjawab oleh ustadz tersebut. minta Po.I tlg beri keterangan. thanks

Poison Ivy said...

waalaikumussalam warahmatullah
wabarakatuh

jwpnnya agak pjg.so saya post di yahoogroup ye

Poison Ivy said...

Assalamualaikum.tak pjg sgt pun so saya past di sini,utk manfaat yg tak join group.penambahan dan pembetulan oleh sahabat2 semua amatlah dialu2kan.harapnya terjawab soalan.tak perlu tinggalkan rujukan tafsir ibn kathir sbb kitab ini mmg direkemen dan dipuji oleh banyak ulama selain yg disebutkan di bawah.cuma yg dhaif tu tak perlu la kita pegang sgt.

----------------
Syeikh Taqiyyuddin Al-Hilali berkata: “Tafsir alhafiz Ibn Kathir adalah sebaik2 tafsir yg ada di zaman ini. Kerana is memiliki berbagai keistimewaan, yg hampir2 tidak diketemukan di dalam (kitab2) yg lainnya. Keistimewaannya yg terpenting adalah tafsir alquran dgn alquran, kemudian sunnah, kemudian dgn perkataan salafussolih, kemudian berpegang dgn dalil2 bahasa arab. Dn tafsir ini kosong dari perdebatan2 berdasarkan ilmu kalam dan mazhab. Beliau memilih yg haq dan membelanya walaupun bersama siapa saja, menyeru persatuan dan membuang perpecahan. Walaupun demikian (kitab ini) juga tidak kosong sama sekali dari perkara2 yg mengeruhkan kemurnian kajian penuntut ilmu, pengajar dan penceramah. Misalnya: adanya hadith2 yg dhaif, berulang2nya hadith2 yg sahih, penyebutan sanad2nya dan perbezaan lafaz2nya serta berbilangnya jalan2 (periwayatannya). Juga adanya pendapat lemah yg beliau (rahimahullah) lalai darinya. Serta lain2 perkara yg mengharuskan kitab ini supaya diringkas dan dimudahkan,sehingga bisa diraih dengan mudah oleh pelajar dan pengajar secara umum.” (Al-Kalimat Tasyji’iyah Taisir al-‘aliyil Qadir Likhtishari Tafsir Ibn Kathir)

Tetapi tgjwb Imam Ibn Kathir telah beliau tunaikan, kerana beliau tlh mbawakan hadith2 di dalam kitabnya beserta sanadnya, yg dpt menjadi bahan kajian sahih atau tidaknya sebuah hadith, sebagaimana hal ini telah ma’lum di kalangan para ulama.

Syeikh Muhammad Bahjah Al-Baithar berkata:”Dan sesungguhnya Alhafiz Ibn Kathir – seperti Imam Muhammad bin Jarir Ath-Thabari – mempunyai keistimewaan dgn tafsir alquran dgn alquran, dan dgn menyebutkan hadith2 yg semakna dgn ayat beserta sanadnya,dgn menyebutkan para ulama yg meriwayatkannya,baik para penulis kitab2 sahih,sunan dan musnad. Serta menyebutkan perkataan2 para sahabat yg mulia dan para tabiin yg mengikuti para sahabat dgn baik. Dan erti yg terbesar kitab tafsir ini adalah memahami alquran alkarim dgn bahasa arab yg nyata. Sehingga anda akan mengetahui makna2 alquran berdasarkan kosa katanya dan gaya bahasanya secara ilmu,yg akan mengajak anda utk mengamalkannya. Dan mendekatkan anda kepada generasi pertama,memberitahukan anda sebab2 turunnya ayat, tujuan2 ayat yg mulia, yg dgn sbb itulah alquran diturunkan. Ibn Kathir telah meninggalkan byk sekali kisah2 Israiliyyat,dan beliau juga mengingatkan kedustaan sebahagian kisah2 itu. Tetapi beliau juga menyebutkan beberapa di antaranya dgn tanpa penelitian dan pemeriksaan.”
(Al-Kalimat Tasyji’iyah Taisir al-‘aliyil Qadir Likhtishari Tafsir Ibn Kathir)

Dipetik dari: Ebook 'Memilih kitab tafsir',Majalah Assunnah Edisi 17,Abu Ismail Muslim Al-atsari

Dr. Zaim_Asniel said...

"moral: tuntutlah ilmu yg sahih dan ambillah sumber agama dari golongan yg terpercaya"

ibnu katsir golongan yg mane Po.I? kalo kes ni sure imam ni tergolong dalam golongan penipu (tak terpercaya).. mcm syiah la plak.. better watch ur word.. :) (aku tak marah tau, so jgn baca dengan nada emosi)

logik nya takkan la imam ni tak leh detect kesalahan yg sangat besar ni.. siap masukkan dalam kitab lagi.. :)

nida'ulhuda said...

Semua orang tidak mempunyai sifat maksum melainkan Rasulullah s.a.w.

Kita hidup di zaman yang penuh dengan kekeliruan. kadang2 kita pun pening bila ustaz ni kata macam tu, ustaz tu pula kata macam ni.

Lalu jalan yg paling selamat, kita ikutlah jalan yg dilalui oleh Rasulullah dan para salafussoleh. Untuk kita tahu jalan mereka, kita kena rujuk pada kitab2 yg muktabar dan ulamak muktabar. untuk merujuk pula bukanlah kita orang awam ni terus baca kitab dan ikut penafsiran sendiri. kita pun ikut apa kata ulamak. Kita pun berguru dengan ustaz2 yg rujukan mereka adalah kitab2 muktabar dan menafsirkan mengikut fahaman salafussoleh.

Tetapi ulamak itu bukan maksum yg padanya tiada sedikit pun kesalahan. Namun kita tidak menafikan jasa2 mereka dan tidak pula kita menolak seluruh isi kitab mereka. Apatah lagi kita tidak menuduh mereka menipu dan sebagainya. Apa yg ditinggalkan kita buatlah rujukan. Dan kalau ada yg tak betul, kita tak ikutlah. Tapi untuk mengatakan yg tak betul tu, kita pun merujuk apa komentar ulamak lain terhadap sesuatu perkara itu. kita bukan pandai2 menuduh itu ini. semuanya kita rujuk.

Yela, sekarang ni Rasulullah dah xde. para sahabah dah xde. Tapi Rasulullah ada tinggalkan Al-Quran dan sunnah yg boleh kita ikut. Al-Quran, isinya terpelihara daripd penyelewengan wpun tafsirannya tidak terlepas dari kesalahan mereka yg tdk amanah pada agama. Adapun hadith, tidak semua hadith yg kita dengar adalah sahih. Bagaimana lagi cara kita untuk mengikuti sunnah rasulullah tanpa kita merujuk pada ulamak2 muktabar. Dan bagaimana kita nak mencari ilmu2 yg muktabar ini? jawapannya kita kenalah merujuk pada ustaz2 yg menjadikan sumber muktabar sebagai rujukan. Atau dengan kata lain, kita ambil ilmu agama dari sumber2 yg terpercaya. X gitu?

wallahu a'lam

p/s: kalau ada yg silap, minta sahabat2 betulkan. Semoga kita semua terhindar dari perdebatan yg sia2. Harap2 apa yg kita tulis bukanlah kerana nafsu semata2. Kerana kita semua mahukan redha Allah s.w.t kepada diri kita dan juga sahabat kita. Kalau rasa shbt kita salah, betulkanlah. Sebagaimana kita xnak diri kita masuk neraka, kita juga xnak shbt kita masuk neraka.

Poison Ivy said...

agama ni perlu berdasarkan ilmu,bukan logik semata.

mensahih atau mendhaifkan sesuatu hadith bukanlah sesuatu yg mudah.ilmu aljarh wat ta'dil juga bukan sesuatu yg mudah.zaman dulu bukan mcm zaman sekarang.dan ulama2 yg telah melakukan kesilapan bukanlah melakukannya dgn sengaja.sila baca tentang ulum hadith dan sejarahnya.

jadi,sama2lah kita watch our words.jgn mudah2 and terlalu berani mengatakan dlm seorg imam tu for sure penipu.mashaAllah.

Dr. Zaim_Asniel said...

so?

"moral: tuntutlah ilmu yg sahih dan ambillah sumber agama dari golongan yg terpercaya"

ibnu katsir golongan yg mane Po.I?

Poison Ivy said...

Golongan yg dipercayai.insyaAllah.

Dr. Zaim_Asniel said...

terima kasih...

Poison Ivy said...

no prob.sama2 kita belajar.