“HO nanti nak kerja kat mana?”Tanya mak ngah.. “apa!betul nak mintak Sarawak?jauhnya...”kata mak dengan nada sayu. “jom la pergi Sabah,banyak skill boleh belajar…”kata seorang kawan lagi.”kije kat rumah la,nanti boleh belanja pizza selalu”tambah adik.
Makin dekat dengan bulan desember,makin banyak cadangan tempat kerja yang diberikan kaum keluarga dan sahabat handai. Tanpa diminta =). Keliru. Mungkin ramai yang mengalami masalah serupa. Subhanallah. Benar islam agama fitrah.Sedar atau tidak, Al-Quran dan Sunnah terlebih dahulu telah mengajar kita membuat keputusan…
Petunjuk dari Al-Quran
‘Dan bermesyuaratlah dgn mereka dalam hal-hal keduniaan itu. Kemudian apabila engkau berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihani orang yang bertawakkal kepadaNya.’ (ali-‘Imran:159)
1. Bermesyuarat
Jelas. Al-Quran mengajar kita bermesyuarat berbincang untuk mencapai keputusan pabila terdapat kekeliruan dan percanggahan. Jadi, cara yang terbaik dan lebih dekat dengan kita,mungkin perlu bermesyuarat bersama ahli keluarga,ayah dan emak atau orang – orang penting dalam hidup,lain-lain penjaga, isteri atau suami.
Petunjuk dari Sunnah
2. Solat istikharah
Dari Jabir radhiallahu 'anhu mengatakan: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajari kami shalat istikharah dalam menghadapi semua urusan, sebagaimana mengajari kami surat Al-Qur'an. Kata beliau: "Apabila salah seorang dari kalian mempunyai rencana ingin melakukan sesuatu, hendaklah dia melaksanakan ruku' dua raka'at yang selain fardhu, kemudian hendaklah ia membaca:
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan yang tepat kepada Engkau dengan ilmu yang ada pada-Mu, dan memohon kekuasaan-Mu dengan kudrat-Mu. Aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau Maha Tahu sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Ya Allah, kalu Engkau mengetahui urusan ini lebih baik untukku, agamaku, dan kehidupanku, serta baik akibatnya di dunia dan akhirat, maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan itu bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan itu. Dan kalau Engkau mengetahui bahwa urusan itu berbahaya bagiku, agamaku, dan kehidupanku, serta buruk akibatnya baik di dunia dan di akhirat, maka jauhkanlah urusan itu dariku, dan jauhkan aku dari urusan itu. Takdirkanlah kebaikan untukku dimanapun juga dan jadikan aku ridha menerimanya."
HR Bukhari no.1162,6382 dan 7390
Bagaimana nak solat istikharah dalam membuat keputusan yang terdekat,sedangkan saya mensus (haid)?

Benar. Ibadah yang tidak dibenarkan bagi seorang yang berhaid adalah solat dan tawaf.
Dari ‘Aishah ra,”kami keluar bersama Nabi saw dgn tiada maksud lain selain mengerjakan haji.Apabila sampai di Sarif,aku berhaidh. Rasulullah kemudian masuk ke tempat penginapanku ketika aku sedang menangis. Baginda bertanya,’kenapa engkau menangis?Aku menjawab,’Suka sekali aku demi Allah kalau aku tidak datang mengerjakan haji tahun ini.” Nabi saw berkata,”Barangkali engkau telah datang bulan?. Aku menjawab.’Ya’.Nabi bersabda,” Sesungguhnya itu adalah sesuatu yang ditentukan Allah untuk anak-anak perempuan Adam. Engkau boleh lakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji kecuali bertawaf di Baitillah sebelum bersuci.”
HR Bukhari
Dalam hadith yang lain riwayat Ibn Abbas ra; Rasulullah bersabda;
“Bertawaf di sekeliling Baitullah sama seperti bersolat”. (HR Tarmizi, Nasa’I, dan Darimi)
Jelas. Wanita berhaidh tidak dibenarkan bersolat fadhu mahupun sunat serta tidak boleh bertawaf.Jadi bagaimana?
bagi wanita yang berhaid, dan dia memiliki hajat untuk beristikharah, memadai baginya membaca doa istikharah yang thabit dari Nabi saw (spt di atas). Lebih elok, jika ia memilik untuk melakukan doa itu pada waktu-waktu yang dimustajabkan doa. Di dalam al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah dinyatakan:
"Sebahagian (ulama) menyatakan, al-Istikharah itu boleh diperolehi dengan doa semata-mata, yang dilakukan pada bila-bila masa, kerana doa tidak dilarang dalam semua waktu..."
Kumpulan penyelidik bagi lamanweb Islam-online.net pula berkata:
Para ulama berkata, al-Istikharah itu boleh dalam tiga bentuk:
1. Seperti yang diketahui umum, dengan melaksanakan solat sunat dua rakaat, kemudian berdoa selepasnya dengan doa istikharah.
2. Doa sahaja, dengan niat istikharah tanpa solat (2 rakaat).
3. Doa al-Istikharah tersebut dilakukan setelah selesai mana-mana solat.
3. Bertawakkal
‘Kemudian apabila engkau berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihani orang yang bertawakkal kepadaNya.’ (ali-‘Imran:159)
Wallahu a’lam bs. Semoga kita semua membuat keputusan yang tepat.Baik untuk agama, keluarga dan diri sendiri.Amin!
No comments:
Post a Comment