Oleh: Maszlee Malik
http://palestinkini.info/?p=382
Pada awal tahun 2003 salah sebuah pertubuhan Islam yang elit dan ekslusif pernah mengundang penulis untuk memberikan sedikit penerangan mengenai isu Palestin. Sessi penerangan ini agak berbeza dengan sessi-sessi penerangan lain yang pernah penulis sampaikan. Ini kerana majoriti audien yang mendengar penerangan tersebut adalah mereka yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Maknanya sessi tersebut terpaksa dikendalikan di dalam bahasa Inggeris. Maknanya juga para audien adalah mereka yang mempunyai tahap pemikiran dan pembacaan yang lebih dari audien-audien yang tidak berupaya berbahasa Inggeris. Itu adalah persepsi, adakah persepsi seumpama itu benar, tidak selalunya…
Isi kandungan penyampaian tetap sama di mana-mana sahaja. Isu Palestin dari kaca mata Islam, sejarah isu tersebut, kondisi terkini dan apakah langkah yang boleh kita sebagai umat Islam di Malaysia boleh lakukan. Persoalan apa yang kita boleh lakukan sering mengundang perbincangan-perbincangan retorik dan kadang kala menyakitkan hati. Setiap manusia mempunyai pemikiran dan cara berfikir yang berbeza dengan orang lain. Ada yang degil, ada yang terbuka, ada yang suka berbincang, ada yang dungu dan ada juga yang tidak suka langsung memikirkan apa-apa yang mereka rasakan tiada kena mengena dengan diri mereka. Antara resolusi yang sering menimbulkan perbincangan dan juga mengundang penentangan ialah seruan untuk memboikot barangan syarikat-syarikat pro Zionis, barangan Israel dan juga barangan Amerika.
Barangan Israel ramai yang setuju (jika tidak ada ijmak pun) untuk diboikot, syarikat-syarikat pro Zionis juga masih ramai yang setuju, tetapi bila tiba kepada syarikat-syarikat Amerika…ramai yang binggung dan ada yang membantah dan tidak bersetuju. Kembali kepada sessi penerangan yang telah disentuh awal-awal tadi, ianya juga berakhir dengan penolakan terhadap isu boikot. Seorang wanita dalam usia awal 40-an, berkarier dan perasan dirinya pandai telah menyuarakan bantahannya terhadap penulis yang dianggapnya sebagai typical ustaz yang berfikiran kolot. Dia bebas untuk mempunyai persepsi yang dangkal sedemikian. Dia hanyalah insan dungu yang menjadi mangsa keadaan, mangsa propaganda media dan keegoan dirinya, dan juga mangsa sikap keras kepala dan kolot para asatizah di Malaysia yang sentiasa merasakan kata-kata mereka adalah wahyu yang tidak boleh dipersoal apatah lagi ditolak.
Antara kata-kata wanita tersebut, Kita tidak wajar menyama ratakan semua orang Amerika, anda perlu tahu wujudnya minoriti muslim di sana. Keluarga saya ada yang menetap di sana dan berwarga negara Amerika walaupun mereka muslim!. Tambahnya lagi : Menganggap semua Amerika kafir dan jahat adalah tidak patut dan satu tanggapan tolol!. Saya agak kebinggungan memikirkan kata-katanya. Saya bertanyakan adakah saya mengatakan sedemikian. Dia menjawab, tidak, tetapi kata-kata saya menjurus kepada kesimpulan tersebut. Saya agak kagum dengan wanita ini, bukan hanya sekadar dia tidak faham apa yang saya katakan, malah dia berbakat untuk menjadi ahli nujum sehebat nujum Pak Belalang filem P. Ramlee. Dia boleh menganggak apa yang saya ingin katakan, walaupun saya pun tidak pernah terfikir sejauh itu…hebat persepsi wanita ini, ternyata telahan bongoknya itu salah sama sekali dan juga mempamerkan kedangkalan pemikirannya dan kekuatan keegoan nafsu kewanitaannya. Biasalah wanita berkarier…bisik naluri chauvinisme kejantanan saya!
Saya bersimpati terhadap wanita ini dan juga mereka-mereka yang sewaktu dengannya. Bukan kerana bakatnya menjadi ahli nujum yang gagal itu, tetapi kerana kegagalan memahami erti, kesan dan nilai memboikot produk sesebuah negara, syarikat mahupun sesebuah kuasa. Saya merasa sedih bila ada umat Islam yang skeptik terhadap usaha boikot yang dilaungkan oleh sesetengah ulama, pemikir, gerakan bukan hanya Muslim malah sesetengah golongan berhaluan kiri. Pada mereka tindakan boikot adalah sesuatu yang tiada impak, sesuatu yang sia-sia, malah sesuatu yang hanya bersifat retorik. Lebih lucu dan menggelikan isi perut apabila seorang rakan saya yang mungkin tidak sefesyen dengan wanita tersebut tetapi merupakan seorang idealis Hizb al-Tahrir yang mengatakan seruan boikot adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak syarie selagi tidak wujud khalifah. Baginya hanya khalifah sahaja yang layak menyeru umat Islam untuk boikot, para ulama seperti al-Qaradawi, Syeikh al-Azhar dan lain-lain lagi adalah Kalam Faarigh(kata-kata kosong). Angan-angan sedemikian adalah sesuatu yang lazim dan normal bagi gerakan-gerakan masionic yang menantikan pemimpin yang ditunggu mereka mimpikan untuk menyelesaikan segala permasalahan dunia. Sama seperti para Yahudi ortodoks yang menantikan kedatangan Messiah mereka.
Sayangnya golongan seperti wanita tersebut tidak pernah atau mungkin tidak faham kejayaan golongan pemberontak kulit putih Amerika yang telah memboikot produk Inggeris sekitar kurun ke-18 yang diketuai oleh Samuel Adam. Peristiwa Boston tea party pada Disember 1773 juga merupakan salah satu usaha pemboikotan yang berjaya di dalam sejarah. Dia juga mungkin terlampau jahil untuk mengetahui kejayaan boikot rakyat India era Gandhi terhadap barangan buatan British. Dia juga mungkin tidak perasan kesan pemboikotan dunia terhadap rejim Apartheid selepas Mahkamah Dunia (ICJ) memutuskan ke?tidak halal?an pendudukan rejim tersebut ke atas Namibia yang telah membawa kepada kejatuhan rejim tersebut selepas jangka masa yang tidak berapa lama.
Mungkin juga mereka yang bersikap skeptik terhadap usaha boikot memikirkan apalah nilai pemboikotan seorang dua, ataupun sekumpulan rakyat Malaysia terhadap barangan Amerika berbanding dengan ekonomi gergasi mereka. Atau juga mereka pelik, apakah hubungannya Amerika dengan isu Palestin untuk mereka diboikot. Jika menurut wanita tadi, usaha boikot tersebut, jika dapat menjejaskan ekonomi Amerika, ianya juga akan menjejaskan umat Islam yang tinggal di Amerika. Kita tidak boleh membiarkan saudar seIslam kita turut menerima nasib yang malang, ujar dia dengan penuh keyakinan!
Berkaitan alasan pertama tentang kesan pemboikotan sekumpulan kecil, ianya memang tiada kesan dalam tempoh yang singkat. Walau bagaimanapun jika golongan tersebut berjaya memperhebatkan kempen mereka dan mengimpot ide tersebut ke pemikiran majoriti rakyat, ianya lambat laun akan membawa kepada Public opinion, apatah lagi jika kempen tersebut dilakukan oleh pihak berkuasa. Jangan terbayangkan hanya Malaysia, bayangkan jika ianya dilakukan secara berkumpulan dan berjaya menguasai Public opinion dunia. Tidak kiralah samada usaha boikot itu atas dasar kemanusiaan mahupun di atas dasar Islam, yang penting lambat laun ekonomi Amerika akan terjejas, begitu juga ekonomi Israel. Jika ekonomi Amerika terjejas, jika syarikat-syarikat pro-Zionis terjejas, dengan apakah mereka dapat membekalkan senjata kepada rejim Israel. Keupayaan mereka, terutamanya Amerika membekalkan senjata-senjata canggih dan terkini kepada Amerika adalah kerana kekuatan ekonomi mereka. Syarikat-syarikat pro-Zionis pun dapat membekalkan zakat kepada rejim Zionis juga kerana kekuatan ekonomi mereka. Jika kekuatan tersebut dapat dilumpuhkan pasti mereka akan hilang punca untuk membekalkan sumber dana kepada rejim Zionis Israel.
Alasan kedua pula, berkaitan hubungan Amerika dengan Israel. Jika ada sesiapa yang menafikan hubungan intim di antara Amerika dengan Israel dan juga dokongan Amerika melalui dasar luar mereka terhadap keganasan Israel, mereka umpama menafikan kemunculan matahari di waktu siang dan juga kegelapan adalah tanda waktu malam. Lebih daripada 40 veto telah digunakan oleh Amerika di dalam perhimpunan-perhimpunan Majlis Keselamatan (Security council) PBB jika ada sahaja usul untuk mengenakan tindakan terhadap keganasan Israel. Dari segi bantuan persenjataan pula, ianya adalah rahsia yang terbuka dan diketahui oleh mereka yang bernyawa di milenium ini, kecuali wanita yang bertanya itu sahaja. Lihatlah keputusan Majlis Umum (General Assembely) PBB pada bulan Julai 2004 yang mengutuk pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat dan gesaan terhadap Israel supaya tunduk terhadap keputusan Mahkamah Dunia (ICJ) untuk merobohkan tembok tersebut. Amerika berdiri menentang keputusan 150 negara dunia yang lain. Ataupun veto yang mereka gunakan pada persidangan Majlis Keselamatan pada masa-masa lalu jika ianya berkaitan dengan gesaan, kutukan ataupun paksaan ke atas rejim Zionis kesayangan mereka.
Rasional juga pemboikotan terhadap produk syarikat-syarikat Amerika dan juga pro Zionis di tanah air kita adalah untuk memberikan paksaan terhadap syarikat-syarikat tersebut untuk merubah polisi mereka. Lihat kejayaan kempen boikot di Mesir, Saudi dan beberapa negara teluk yang telah memaksa pengusaha-pengusaha KFC di sana untuk membuat kempen derma untuk rakyat Palestin dari setiap jualan mereka demi menyelamatkan perniagaan mereka yang terjejeas teruk hasil kempen tersebut. Sekurang-kurangnya adalah inisiatif mereka untuk mengubah pendirian mereka terhadap isu Palestin. Kita juga berharap jika kempen boikot ini benar-benar dijalankan secara meluas di negara-negara umat Islam ianya akan membuatkan syarikat-syarikat gergasi Amerika menjadi pressure group kepada kerajaan mereka untuk merubah polisi luar mereka terhadap isu Palestin. Bukankah ini satu kejayaan?, sayangnya pemikiran rakyat Malaysia tidak sampai ke sini, kerana mereka tidak dilatih untuk berfikir secara global. Yang penting bagi kebanyakan rakyat Malaysia adalah hiburan, hiburan dan hiburan. Mereka tidak terlepas dari pemikiran dunia ketiga yang sentiasa tunduk takut dan bergantung kepada kuasa-kuasa besar. Merasa apa yang dari barat itulah yang paling baik di dunia, dan barang siapa yang membuat kritikan terhadap barat adalah kolot, dungu dan taksub.
Teringat penulis kepada hujah seorang anak murid yang menentang kempen boikot barangan Amerika dan syarikat-syarikat pro Zionis: Kalau kita tak beli barangan Amerika, mati kebulur dan berbogellah kita!. Begitulah berjayanya media dan juga proses indoktrinisasi AS ke atas rakyat Malaysia!
The Fall Of Barsisa: Lessons On Spiritual Corruption And The Abuse Of
Religious Authority
-
In a world where spiritual leaders are often held in high regard, stories
of their moral failings can be particularly distressing. These individuals
are ...
No comments:
Post a Comment