Wednesday, January 14, 2009

Jawapan kpd En. Voltox

Assalamualaikum wbt

Terima kasih kpd En. Voltox kerana memberi pandangan.dgn ikhlas.Sbg respon, saya ingin menerangkan beberapa perkara utk membuka mata en. voltox.

Pertama-Blog ini bukan blog peribadi

Utk pengetahuan en. voltox, tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai salah satu cara utk berdakwah dan menyampaikan mesej2 islam yg berdasarkan hujjah dan dalil buat kampus USMKK yg tercinta. Memang kita mahu buat blog yg ilmiah dan mendidik warga kampus,bukan sekadar bersantai dan memeriahkan blogsphere.

Saya tak pasti apa yg dimaksudkan dgn santai.Yg ada dlm fikiran saya,santai tu lebih kepada bercerita.Seperti dlm blog2 lain.Jika begitu,sudah berjuta2 lemon blog2 yg wujud yg berbicara santai.Blog ini bukan tempat utk kami bercerita dan berkongsi kepada pembaca tentang perasaan, cinta, pengalaman, makan, minum, travel, ketawa, menangis,sedih, gembira, putus cinta, bergaduh, dan sebagainya.Tiada yg istimewa, tiada yg bombastik utk dijadikan pedoman, dan kisah hidup kami bukan utk dikongsi dengan sebarang orang.Jadi,kalau nak baca diari santai,silalah bukak blog lain. Berlemon2. Posting Po.I garang tu, hanya sbg muhasabah dan pengajaran utk org lain saja.

Ntahlah.

Kedua-copy paste

Memang betul,most of the posts were copied and pasted,hanya sikit saja yg ditulis. Sebelum blog ini diwujudkan mmg kami telah bincang, buat apa nak buat blog lagi, blog ilmiah lain dah berlambak2.setakat copy paste,baik tak payah.Benda yg sama juga.Tapi,akhirnya buat jugak. Dan alhamdulillah, saya sendiri dpt banyak manfaat dari posting contributors yg lain yg saya sendiri tak pernah jumpa.Dan kalau dilihat pada counter takdelah hebat sgt,tp naik lah jugak.tapi kalau org dtg setakat nak baca cbox yg tak banyak menyumbang kpd ilmu dan intelektual,nak buat mcm mana.hmm.

Mengapa copy paste? Sbbnye..ingat senang ke nak buat artikel pasal islam?Bab Islam ni bukan boleh ditulis sesedap rasa, tanpa amanah ilmu dan saringan sumber,dan tafsir ikut kepala sendiri. Ada disiplin ilmu yg perlu dijaga. Yang very obvious n semua org tahu tu takpelah kan. So kami lbh selesa copy paste or alter sket2 dan beri rujukan.Tu pun ada jgk org yg kata kita ni mujtahid la,bagi fatwa la ape la.ish ish ish.padahal kita bagi rujukan.

Berapa banyak org yg bercakap ttg islam mengikut kepalanya sendiri dan berbicara tanpa ilmu, tidak kisah dari sumber mana agamanya diambil,dan akhirnya orang ramai mengikut fahamannya yg salah.Semoga Allah menyelamatkan kita dari semua itu.

Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” [Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi]

Kata al-Syeikh Dr. Hasan Hitu, beliau menyatakan bahawa ilmu-ilmu Islamlah yang paling dizalimi. Sebabnya, seseorang tidak dibenarkan menjadi doktor memeriksa dan memberi ubat kepada pesakit melainkan setelah dia lulus dalam bidang perubatan dengan baik. Seseorang tidak dilulus untuk membina bangunan yang tinggi melainkan setelah dia memiliki kelulusan dalam bidang binaan. Begitu juga bidang-bidang yang lain. Namun, malang sekali apabila tiba kepada persoalan ilmu Islam, semua lapisan diizinkan memberikan pendapat dalam segala bidang yang ada di dalam agama. Samada dia pernah belajar atau tidak. Sehingga artis yang tidak tahu hujung pangkal agama pun memberi pandangan mengenai hukum-hakam syarak.

Bagaimanapun,ini bukan bermakna kita tak boleh langsung bercakap tentang agama dan duduk senyap je sebab takut utk jadi golongan yg disebut dlm hadith di atas.Perkembangan ilmu dan penyebaran maklumat perlu diperluaskan,dan kita hanya bercakap setakat yg kita tahu.Yang tak tahu,kita admit kita tak tahu dan teruskan belajar.

Ketiga-tinggi dan tak faham

Sikit saja yg agak tinggi tapi kebanyakannya faham je.Ke english posts yg tak berapa faham?

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua, sudah sampai masanya utk kita stimulate dan latih sedikit demi sedikit otak kita utk meningkatkan dan mendalami ilmu islam. membaca dan merujuk buku dan artikel ulama muktabar dan terpercaya,membiasakan diri menelusuri dalil2 alquran dan hadith dan huraiannya,serta melengkapkan diri dgn ilmu2 basic islam.ada kelas,pergi.ada seminar,join.ini adalah penting supaya islam yg kita faham adalah tulen dan evidence-based, lagi2 di zaman sekarang yg terlalu banyak fitnah dan syubhat,di zaman orientalis, fahaman liberal, syiah dan sebagainya mendapat tempat dan ruang utk menyebarkan racun mereka.

Tentang post pasal ulama tu,sila baca semula dengan minda yg terbuka,anda akan mengetahui bahawa mereka bukan hendak mempertikai,malah memuji para ulama' tersebut. Apa yg diberitahu ialah kebenaran dan utk menyampaikan amanah ilmu kepada kita semua.

wallahua'lam

p/s:ini pandangan saya saja,mungkin contributors lain ada pandangan yg berbeza.

1 comment:

A|dmin said...

pertama sekali terima kasih kerana post khas utk en voltox=p

terharu gak..ini bermaksud tuan blog amek perhatian drpd komen2 sy..tp sy ikhlas..apatah lagi korang ni junior2 sy..wpun sy tak kenal korg tp itu tak penting..yela mgkn kalau blog tu stdnt uia ke mgkn sy buat tak tau je..ntah2 baca pn tak..

tp mmg ada post yg bila sy baca sy kurang faham..bahasa agak tinggi..tp kalau mcm copy dr Dr asri cnthnya mudah je faham..atau mgkn yg sy tak faham tu korg copy dr penulis indonesia..barangkali la..hehe

apa pn teruskn la niat utk berdakwah..moga kita semua dirahmati insyaAllah

maaf kalau ada terkasar bahasa..mgkn bahasa di cbox agak kasar..tp sy tak la mcm tu orgnya=)

maaf sekali lagi..

voltox