Friday, January 30, 2009

Sinopsis Kuliah Hadith 6

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam rindu buat warga VOI semua. Alhamdulillah di kesempatan ini Allah s.w.t telah mengizinkan saya untuk menggunakan masa yg diamanahkan untuk menyambung kembali siri sinopsis kuliah hadith yang telah lama terhenti. Keampunan dipohon kepada Allah s.w.t kerana ketidakkesempatan ini. Dan juga ribuan maaf kepada sahabat2 pengunjung setia VOI.(panjang pulak muqaddimah)

Buat pengetahuan sahabat2 yang baru mengikuti blog ini, siri sinopsis kuliah hadith ini adalah diambil drp syarah kitab Sahih Bukhari oleh Dr Maza. Sesiapa yg berminat bolehla mengikuti siri2 yg lepas pada ruangan label hadith. Sekarang ini masih muqaddimah. Belum lagi start dengan syarah hadith. Pada siri 5 yg lepas, telah diceritakan secara ringkas sebab2 kemunculan hadith palsu.

Insya Allah pada siri 6 ini akan diceritakan pula mengenai apakah ciri2 utk ulama’ hadith mengkaji dan mengetahui bahawa sesuatu hadith itu palsu.
Antara sebab bagaimana ulama’ hadith dapat mengetahui sesuatu hadith itu palsu adalah:

Pertama: Dengan pengakuan pereka hadith itu sendiri.
Ada pereka hadith yg semasa hayatnya telah mengakui perbuatan mereka itu. Antaranya ialah

Nuh atau Abu Ismah bin abi maryam. Dia telah mengakui telah mencipta hadith palsu dengan begitu byk berhubung dengan fadhilat2 surah. Ustaz menyatakan Kebanyakan hadith2 berhubung dgn fadhilat2 surah adalah palsu. Namun ada yg sahih seperti fadhilat berhubung dgn surah ah-fatihah, ayat kursi, surah al-Kahfi dan juga beberapa surah yg lain. Tetapi Abu Ismah telah mencipta fadhilat bagi kebanyakan surah. Setiap surah mempunyai fadhilat tertentu. Sebelum dia mati, dia telah mengakui perbuatannya itu yg kononnya bertujuan untuk menjadikan orang ramai menjadi rajin membaca Quran. Tujuannya baik, tapi malangnya perbuatan itu adalah perbuatan yg jahat. Menyebabkan dia telah menempah neraka dgn perbuatannya itu kerana Nabi s.a.w telah bersabda dlm hadith yg telah disebutkan dahulu :

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka) Hadith ini adalah mutawatir.

Ini menyebabkan fadhilat2 kebanyakan surah bertebaran di dalam kepercayaan masyarakat kita dengan sangkaan yg bukan2. Ini adalah satu contoh yg direka oleh orang arab. Ada juga yg tak ada dalam hadith palsu pun. Umpamanya bagi orang melayu terkenal dengan surah yasiin. Mungkin ada antara kita yg pernah dengar tentang yasiin mubin. Ada cara tertentu pula untuk baca yasiin. Yg mana bila sampai pada ayat2 tertentu, ia diulang 3 kali. Dengan kepercayaan adanya fadhilat tertentu. Perlu diketahui bahawa tiada siapa yg boleh meletakkan fadhilat2 tertentu pada sesuatu ayat melainkan Allah dan Rasul. Tidak kira sama ada dia adalah seorang yg mempunyai ilmu setinggi manapun. Ini kerana fadhilat adalah bermaksud kelebihan. Kelebihan bermaksud Allah s.w.t menjanjikan kelebihan atau ganjaran tertentu untuk amalan tertentu. Kelebihan ini tiada siapa pun yg boleh janji melainkan telah diberitahu oleh Allah s.w.t melalui perantaran rasul. Jika rasul tak bagitau, yaitu tiada dlm hadith maka kita tidak boleh sewenang2 memberikan janji palsu. Ini keran ganjaran itu adalah pemberian atau milik Allah s.w.t. Jadi, mana mungkin ada orang yg boleh mereka fadhilat, atau dengan kata lain menjanjikan sesuatu yang bukan miliknya. Maka tidak mungkin boleh kita menerima alasan atas niat ikhlas sahaja membolehkan seseorang itu mereka bermacam2 fadhilat. Akhirnya fadhilat ini bertebaran dalam masyarakat. Bukan sahaja fadhilat surah2 tetapi juga fadhilat doa2 tertentu seperti fadhilat doa haikal yg menjanjikan ganjaran yg begitu besar. Fadhilat yg bukan2. fadhilat yg tak pernah diucapkan oleh nabi s.a.w. Abu Ismah ini semasa hayatnya telah mengakui mereka hadith palsu dgn bersandarkan nama sahabat. Sebagai contoh, di permulaannya dia mengatakan ” dari Ibn Abbas r.a. dari Nabi s.a.w bersabda...........(matan hadith). Dia mereka hadith dengan meletakkan nama sahabat. Kerana inilah sesetengah orang yg tidak mengetahui tentang hadith palsu akan mempercayainya kerana terdapat nama sahabat di dlm sanadnya. Kerana itulah ulama’ hadith mengkaji sanad. Sama ada terdapat nama Ibn Abbas ataupun Abu Hurairah, ini tidak menjamin kesahihan sesuatu hadith itu. Kerana sama ada Ibn Abbas atau shbt2 lain kita tidak bertemu dgn mereka. Di antara kita dengan shbt terdapat perantaraan rawi-rawi. Lalu ulama’ hadith menyemak siapa yang mengatakan Ibn Abbas mengucapkan hadith itu.

Selain Abu Ismah, ada lagi yg mengaku. Iaitu Umar bin Surh (tidak pasti ejaannya kerana kurang jelas). Dia mengaku mereka khutbah nabi. Ustaz mengatakan Orang2 yg mereka hadith ini kebanyakan adalah orang yg bagus2. seolah2 gaya Robin Hood. Iaitu merompak dgn niat memberi sedekah kepada orang miskin. Mereka menyangka asalkan matlamat itu baik maka dibolehkan untuk membuat apa sahaja. Walau bagaimanapun, kita semua tahu bahawa sebaik manapun niat ia tidak boleh menghalalkan cara yang haram.

Kedua:
Selain daripada pengakuan orang yg mereka hadith ini, ulama’ hadith dapat mengetahui kepalsuan hadith yg dibawa oleh rawi adalah dengan mengkaji latar belakang pembawa hadith itu. Umpamanya seorang perawi yg bernama makmun bin Ahmad Al-Harawi. Contohnya Makmun berkata dia telah mendengar hadith dari rawi yg terkenal yg bernama Hisyam bin Ammar. Lalu dia mengatakan ” Hisyam bin Ammar telah menceritakan kepadaku....(matan hadith). Lalu seorang ulama’ yg alim dlm ilmu hadith yg mengkaji tentang sanad hadith yg bernama Ibnu Hibban telah bertanya kepada Makmun: ” Bilakah kamu memasuki Syam (Syiria) ? Lalu Makmun menjawab: saya memasuki Syam pada tahun 250H. Lalu Ibnu Hibban menjawab: Sesungguhnya Hisyam bin Ammar tersebut telah meniggal pada tahun 245H. Daripada cerita ini, perawi hadith palsu ini tidak mengaku secara langsung. Tetapi apabila diselidiki telah terbukti dia seorang pembohong. Jadi ulama’ hadith boleh mengetahui pereka hadith palsu dengan mengkaji latar belakang setiap perawi. Kerana itulah ilmu hadith sangat mementingkan riwayat hidup dan latar belakang setiap perawi secara detail. Inilah kelebihan atau keistimewaan ilmu hadith berbanding dengan ilmu2 lain. Inilah yg mengalahkan Kristian. Ini kerana di dalam periwayatan bible tidak ada apa yg terbukti yg boleh menyatakan ia diriwayatkan dengan cara2 tertentu. Tiada ilmu yg mengkaji kesahihannya untuk mereka mengetahui siapa yg bohong dan siapa yg menambah isi kandungannya.

Terdapat lagi contoh lain yg menunjukkan ulama’ hadith terus bertanya kepada perawi untuk mengesan pembohongannya. Misalnya perawi yg bernama Sahl bin Zakuan. Dia mengaku telah berjumpa dgn A’isyah r.a, isteri nabi s.a.w di suatu tempat yg bernama Wasitt. Wasitt ini asalnya adalah bukan negeri Islam tetapi telah dibuka oleh Hajjaj bin Yusuf As-Saqafi. Sahl mengatakan ia mengambil hadith dari A’isyah ketika di Wasitt. Apabila ulama’ hadith mengkaji didapati bahawa A’isyah r.a telah meninggal sebelum Wasitt itu dibuka oleh kerajaan Islam. Ini adalah satu contoh yg menunjukkan betapa detailnya ulama’ hadith mengkaji kesahihan sesuatu hadith yg sampai kepada mereka. Perkara ini adalah penting bagi kita ummat akhir zaman untuk mengamalkan ajaran agama agar bertepatan atau serupa dengan apa yg nabi s.a.w bawa. Kita juga sebagai orang awam hendaklah peka dengan perkara ini. Iaitu meneliti terlebih dahulu hadith2 yg dibawa oleh penceramah. Ini kerana kadang2 penceramah2 sering menyampaikan hadith2 atau kata2 ulama yg mereka sendiri tidak mengetahui kesahihannya. Kalau kita rasa pelik sahaja sesuatu hadith yg disampaikan, tidak salah untuk kita menyoal kembali status hadith yg disampaikan ataupun kita merujuk pada yg lebih pakar dalam ilmu hadith. Ini amat penting bagi kita agar tidak tertipu ataupun tersalah sangka yang bukan2 mengenai agama ini. Yang akibatnya membawa kesan yg buruk sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang.

Ustaz menceritakan pengalamannya yg bersolat dlm satu masjid. Seperti biasa, setelah selesai solat terdapat tazkirah pendek. Antara isi tazkirah tersebut adalah pentazkirah itu mengatakan ada ulama’ yg kata sekiranya kita nak kuat iman hendaklah pergi ke India, Bangladesh dan Pakistan. Lalu ustaz menanyakan ulama’ mana yg berkata demikian. Kalau hendak dikatakan ulama’ zaman dahulu sudah tentu tidak kerana pada zaman Imam Syafi’e, Pakistan belum lagi dibuka. Mendakwa sesuatu dengan menyandarkan kepada orang lain, sama ada kpd ulama’2 besar apatah lagi nabi s.a.w. bukanlah kerja ahli2 ilmuan islam. Sebab itulah perkara2 yg hendak disandarkan kepada agama hendaklah mempunyai fakta yg jelas. Iaitu menyatakan nama siapa ulama’ yg berkata demikian. Ataupun menyatakan kata ulama’ tanpa menyatakan namanya tetapi menyatakan kitab yg diambil. Ini dibolehkan. Mana mungkin ada ulama’ yg menyuruh pergi ke India. Sedangkan negeri itu adalah negeri kuffar. Setiap muslim yg memasuki negerinya akan membayar tax kepada kerajaan bukan Islam yang saban hari membunuh umat Islam. Sebab itulah Dr Yusof Al-Qaradhawi ada mengeluarkan fatwa supaya orang Islam tidak melawat Baitul Maqdis. Ini kerana setiap lawatan akan dikenakan bayaran kepada kerajaan Israel. Maka kerajaan Israel akan bertambah kuat dan semakin banyak membunuh nyawa orang2 Islam di Palestin.
Wallahu a'lam. InsyaAllah bersambung pada siri berikutnya tentang ciri2 atau sebab2 ketiga dan seterusnya

No comments: