Sunday, March 1, 2009

Jahil yang dimaafkan

Soal:
Siapakah mereka yang dimaafkan atas alasan jahil? Adakah diterima alasan jahil itu dalam masalah hukum hakam? Atau dalam masalah aqidah dan tauhid? Apakah tanggungjawab para ulama' dalam masalah ini?


Jawab:
Bismillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan seterusnya..

Terdapat beberapa perkara yang wajib -dharuriy- diketahui dalam agama (al-ma'lum min ad-din bi ad-dharurah), tidak diterima alasan seseorang itu kerana jahilnya seperti perkara2 i'tiqad dan perkara2 fardhu yg tertentu. Terdapat masalah2 terperinci daripada cabang ilmu yang diringankan ke atas sebahagian manusia, maka inilah yg dimaafkan kerana jahilnya seseorg. Ada juga tempat yang tidak sampai ilmunya kepadanya dan di sini dimaafkan juga ia akan kejahilannya. Maka wajib ke atas ahli ilmu utk bekerja menyebarkan ilmu sehingga berkurangnya nisbah manusia yang jahil dalam perkara agama.

Berkata Syeikh bin Baaz:
Terdapat perincian utk mendakwa seseorang itu jahil dan dimaafkan ke atasnya, dan tidaklah setiap org itu boleh memberikan alasan bahawa dia tidak tahu. Perkara yg didtgkan oleh Islam itu telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad kepada manusia, diterangkannya Kitabullah dan disebarkannyakepada seluruh Muslimin, maka tidak dpat diterima alasan bahawa dia jahil, khususnya apa yang berkaitan dgn aqidah dan usuluddin. Allah Ta'ala telah mengutuskan NabiNya utk menjelaskan dan mensyarahkan urusan agama, dan telah disampaikan penyampaian yg nyata dan dijelaskan kebenaran agamanya dan disyarah pula setiap perkara. Ada perkara2 yang tidak diterima alasan jahil itu dalam perkara2 yg wajib diketahui seperti mengatakan boleh mensekutukan Allah, mengatakan bhw solat, puasa, zakat, haji (bg yg mampu) itu tidak wajib. Maka ini semua adalah tidak diterima sama sekali kerana perkara2 ini adalah sesuatu yang wajib diketahui di kalangan muslimin.

Begitu juga perkara2 yg tidak dapat diterima dakwaan jahil ini seperti mendakwa tidak tahu mengenai org2 yg syirik di sisi kubur, atau penyembah2 yg menyeru org2 mati utk memohon bantuan, disediakan korban dan nazar utknya, atau korban sbg sembahan kepada bintang, pokok dan batu, atau meminta tolong dari org yg mati, atau jin, atau malaikat atau nabi.. Semua perkara ini adalah sesuatu yg telah sedia maklum iaitu syirik akbar.

Dosa syirik dan wajibnya ikhlas dalam ibadah hanya utk Allah telah dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran, antaranya:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia.." (Al-Isra':23)

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.." (Al-Bayyinah: 5)

Dan byk lg ayat..

Adapaun masalah yg diringankan adalah masalah2 mu'amalat, beberapa masalah mengenai solat, puasa dan dimaafkan org2 yg jahil mengenainya, sebagaimana Nabi Muhammad telah memaafkan mereka yg berihram dalam pakaian yg dilumuri wangian. Nabi bersabda:

"Tanggalkanlah pakaian itu darimu dan basuhlah ia dari wangian ini dan lakukanlah umrah kamu sepertimana kamu lakukan dalam hajimu."

Dia tidak disuruh membayar fidyah kerana jahilnya dia mengenai hal itu. Beginilah beberapa perkara yg diringankan dan diajarkan pd mereka yg tidak tahu.

Adapun perkara usul dalam aqidah, rukun2 Islam dan perkara2 yg jelas haramnya, tidak dimaafkan seseorg itu jika dia tidak mengetahui. Cthnya: "Saya tidak tahu zina itu haram", "Saya tidak tahu menderhaka kpd ibubapa itu haram", "Saya tidak tahu liwat itu haram", maka ini tidaklah dimaafkan kerana alasan jahil kerana perkara2 ini adalah sesuatu yg dimaklumi oleh Muslimin.

Tetapi sekiranya dia tinggal di tempat yg jauh dari Islam atau tiadanya di sekitar mereka org2 Islam, maka itu diterima alasan yg mengatakan mereka ini jahil. Dan sekiranya mereka mati, maka urusan mereka diserahkan kpd Allah.

Wajib ke atas ahli ilmu di setiap tempat utk menyebarkan perkara ini kepada manusia dan tidak tertinggal lagi org2 awam yg memberikan alasan. Dan sehingga mereka meninggalkan pergantungan kpd org yg telah mati dan memohon pertolongan darinya samada di Mesir, Syam, Iraq, di sisi kubur Nabi di Madinah mahupun di Mekah dan sehingga sedarlah sekalian manusia. Ulama' yg mendiamkan diri telah menyebabkan kecelakaan dan kejahilan org awam.
Menjadi kewajipan para ulama' utk menyampaikan agama Allah dan mengajar mereka utk mentauhidkan Allah. Begitu juga dgn negara2 Islam dan kawasan minoritinya penduduknya Muslim, hendaklah ahli ilmu itu mengajarkan tauhid dan memberikan amaran dan peringatan akan dosa syirik.

Sumber:
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=74019

No comments: