Tuesday, June 23, 2009

Lets fly high!



Assalamualaikum wbt

Entah bila blog ini akan diupdate semula.
Saya doakan agar kita semua tabah dlm mengharungi hidup baru yg akan datang, dan dapat menjadi professional muslim yg baik dan berintegriti. Nasihat kpd diri sendiri terutamanya, gunakan peluang yg ada utk berubah menjadi manusia yg lebih baik, redhalah dengan apa yg disusun oleh Allah, moga dihilangkan segala keresahan jiwa, diampunkan dosa2, dan dipermudahkan jln ke syurga.

Buat sahabat2 yg meninggalkan keluarga dan tercampak jauh:

“Satu pengembaraan dianggap gagal kalau kita tidak mendapat apa yg kita cari. Tetapi itu tanggapan yg salah. Tidak ada pengembaraan yg sia2. Cuma kau tidak faham bahawa sesuatu yg kau jumpa dlm perjalanan adakalanya lebih baik daripada apa yg kau cari”




Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kebaikan dan taqwa dlm berpergian ini, kami mohon perbuatan yg meredhakanMu. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami ini, dan dekatkan jaraknya bagi kami. Ya Allah, Engkaulah teman dlm berpergian dan yg mengurusi keluarga(ku). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung daripadaMu dari kelelahan dlm berpergian, pemandangan yg menyedihkan dan perubahan yg jelek dlm harta dan keluarga. [Muslim]

Dan akhir sekali, sbg muhasabah kpd kita semua:

Dr. Solah Al-Khalidi menulis :
“Kebanyakan kaum muslimin biasa hidup dgn hari2 dan bulan2 mereka. Mereka menghabiskan tahun2 n umur2 mereka begitu shj, tahun demi tahun mereka lalui sedangkan mereka lalai dan bersahaja, kurang berhati-hati dan kebodohan, mereka bergerak dengan pergerakan rutin, mereka terikat dgn tradisi, diperhamba oleh adat, tunduk kepada kebiasaan dan dikuasai oleh keadaan terus-menerus.

Mereka sudah terbiasa hidup dgn kehidupan sehari-harian yg berterusan dan rutin, maka mereka makan dan minum, tidur dan bangun, bekerja dan berehat, berziarah dan bergerak, mereka tidak pernah memerhatikan perjalanan saat-saat serta berakhirnya hari2,bulan2 dan tahun2. mereka dibesarkan dari masa kanak2nya dgn bersahaja, kemudian menjadi remaja yang lalai, setelah itu menjadi orang tua yg lanjut usia, kemudian meninggal dan meninggalkan kehidupan sebagaimana dia memasukinya. Dan ketika diperhatikan pada tahun2 70an atau 80an yg dia hidup padanya, kita tidak dapati sesuatu padanya yg layak utk diingati.

Org2 miskin ini menghabiskan tahun2 umurnya dlm mengumpulkan harta benda dan hak2 milik, melahirkan anak2 lelaki dan perempuan, dan memberi jaminan masa depan mereka dgn tugas2, sijil2 dan bangunan2, sedangkan dia pada saat2 hari dan siangnya sibuk dgn tugasnya, atau ziarahnya, atau percakapan dan duduknya, atau saat2 hiburan dan permainannya, dan dia dlm kelalaian, bersahaja dan kebodohan.

Dia tidak berfikir, tidak belajar, tidak mengajar, tidak merasakan berakhirnya tahun2 dgn sia2, dan tidak membuat bekalan ketaatan di sisi Tuhannya, untuk didapatinya pada hari Kiamat ketika menemui Tuhannya, dan jika didapati sesuatu dari yg demikian hanya beberapa rakaat yg kosong dari roh dan kandungan, atau puasa beberapa hari yg tidak dpt merealisasikan tujuannya, atau zikir dgn lidah yg tidak disertai dgn hati dan jiwa. Kebanyakan kaum Muslimin hidup pada tahun2 umurnya dgn kelalaian, bersahaja dan kebodohan ini”

Moga kita tidak biarkan diri kita kekal dlm kebodohan.

4 comments:

saffmukmin said...

salam.dpt posting mn?fly high sggh ko?hehe..

Poison Ivy said...

sungguh ba.

saffmukmin said...

sdh th ke mana keje itu nnt,hehe..all the best!!!

Abe Chik said...

saffmukmingg, jong g air buah gelah besor.. mboh ke dak mboh? ke guane?