Friday, November 13, 2009

Aqidah Imam 4 mazhab

Qaul Imam Syafie

1)Pegangan dalam atas sunnah Rasulullah SAW yang aku beradai di atasnya dan aku lihat sahabat-sahabat kita berada di atasnya, mereka itu Ahlul Hadis yang aku telah lihat mereka dan aku telah ambil daripada mereka seperti Sufyan, Malik dan selain mereka ialah ikrar bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu Rasulullah. sesungguhnya Allah di atas Arsynya dilangitnya. Dia menghampiri sesiapa yang dikalangan makhluk-makhlukNya sebagaimana yang Dia kehendaki, Dan Allah SWT turun ke langit dunia sebagaimana yang dia kehendaki.
[Al-Wasiyyah m.s 53-58]

2)Allah Tabaraka wa Taa'la memiliki nama-nama dan Sifat-sifat yang diterangkan dalam kitabNya dan diberitakan oleh NabiNya shalallahu a'laihi wasallam kepada umatnya maka tidak ada alasan bagi siapa pun yang telah sampai di hadapanNya hujah(dalil) untuk menolaknya.
[Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Siyar A'lam Al-Nubala jld 10,m.s 79-80]

3)Diriwayatkan dari Ar-Rabi' dan tidak hanya seorang daripada kalangan sahabat(Imam Syafie) yang terkemuka keterangan yang menunjukkan bahawa beliau (Imam Syafie) menyingkap ayat-ayat Sifat dan hadis-hadis tentangnya sebagaimana ia datang tanpa Takyif,Tasybih,Ta'thil,dan Tahrif sesuai dengan metode kalangan salafussoleh.
[Al-Hafiz Ibn Kathir,Al=Bidayah Wal-Nihayah jld. 10 m.s. 256]

4)Pendapatku tentang sunnah,di mana aku berpegang kepadanya dan juga berpegang kepadanya oleh orang-orang yang aku lihat semisal Sufyan,Malik dan lain-lain,iaitu pengakuan terhadap persaksian bahawa Allah itu di atas Arasy-Nya yang ada di langit-Nya.Dia mendekat makhlukNya menurut apa yang Dia kehendaki dan turun ke ke langit terendah menurut apa yang Dia kehendaki.
[Az-Zahabidalam kitabnya,Al-'Uluw lil-'Aliy al-Ghaffar]

5)Penyebutan dalil-dalil yang menerangkan Istiwa'Nya Allah Tabaraka wa Taa'la di atas A'rasy-Nya,dan juga athar-athar yang berasal dari kalangan salaf yang memiliki pengertian seperti ini cukup banyak jumlahnya dan ini menunjukkan kepada mazhab al-Syafi'i rahimahullah.
[Imam Al-Baihaqi' dalam kitabnya Al-Asma'was Sifaat m.s 517]


Qaul Imam Abu Hanifah 

1)Tidak disifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk, murkanya dan redhanya adalah dua sifat dari sifat2nya tanpa kaifiat. Dan inilah pegangan ahlus sunnah wa aljamaah. Dia murka dan redha. Tidak dikatakan murkanya azabnya dan redhanya pahalanya. Kita mensifatkannya sebgmana dia mensifatkan dirinya sendiri. Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu yang sama dengannya. Ia hidup, berkuasa, mendengar, melihat, mengetahui. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka tidak sama seperti tangan makhluknya, wajahnya tidak spt wajah makhluknya.[Al-Fiqhul-Absat m.s 56]

2)Dan ketika ditanya tentang turunnya Allah SWT, Imam Abu Hanifah berkata "Ia turun tanpa kaifiat".
[Syarhul Aqidah At-Thahawiyah karya Ibn Abi Al-Izz al-Hanafi,jld 2,m.s. 472]

3)Dan sifatnya bersalahan dengan sifat-sifat makhluk-makhluk, Dia mengetahui tidak seperti pengetahuan kita, Dia berkuasa tidak spt kekuasaan kita, Dia melihat tidak seperti penglihatan kita, Dia mendengar tidak seperti pendengaran kita, dia berkata-kata tidak seperti kata-kata kita. [Al-Fiqhul Akbar m.s. 302]

4)Sesiapa berkata, aku tidak mengetahui tuhanku di langit atau di bumi, sesungguhnya dia kafir, dan begitu juga sesiapa yang berkata, sesungguhnya Dia di atas Arsy, dan tidak aku menngetahui Arsy' samaada di langit atau di bumi. [Al-Fiqhul Al-Akbar m.s. 46]

5)Tidaklah lah disifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk-makhluk. [Al-Fiqhul Absath m.s. 56]


Qaul Imam Malik

1)Allah di langit, dan ilmunya disetiap tempat.[Al-Siyar A'lam Al-Nubala]

2)Abu Nu'aim meriwaatkan daripada Ja'afar bin Abdillah,Imam Malik berkata:
"Cara istiwa' Nya tidak diketahui sedangkan Istiwa' telah jelas dan diketahui,beriman kepadanya adalah wajib,dan bertanya tentangnya adalah bid'ah"

3) "Mereka (Ahlul Bida'h) yang memperkatakan (memperdebatkan) masalah nama-nama dan sifat-sifat Allah,masalah kalam,ilmunya,qudratNya." [Dzammul-Kalam,jld 1,m.s 173]


Imam Ahmad Bin Hanbal

1)Abu Bakar al-Muruzi berkata: Aku bertanya Imam Ahmad bin Hanbal tentang serangkaian hadith tentang sifat-sifat, ru'yatullah (melihat Allah di akhirat), dan Isra' dan Arsy. Maka Imam Ahmad bin Hanbal mensahihkannya dan dia berkata:
'Umat ini telah menerima dan membiarkannya sebgmana khabar itu telah datang. (tanpa takwil).' 
[Al-Qadhi Abu Ya'la dalam kitabnya Thabaqatul-Hanabilah jld. 1, m.s. 56]

2)Di sifatkan Allah sebagaimana yang Dia menyifatkan pada diriNya, dan menafikan daripada Allah sebagaimana Dia menafikan dari diriNya.
[Imam Ibnul Jauzi dalam AL-Manaqid Imam Ahmad, m.s. 221]

p/s: Adakah mereka wahabi?

 


No comments: