Assalamualaikum wbt
Hari ini saya terbaca 2 syair ringkas dari buku Dr. Aidh Al-Qarni. Sangat dalam. Dan sangat indah.
Apa yg berlalu biarlah berlalu
Cita-cita adalah harapan yg belum pasti
Dan bagimu hanyalah saat yg sedang dijalani
Jgn kau putus asa
Kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan taqdirNya?
Setiap muslim pasti mempunyai cita-cita. Bukan duit atau pangkat yg jadi buruan. Tetapi ada sesuatu yg membara dalam hatinya. Sesuatu yg dirindui, baik di akhirat ataupun di dunia. Dan cabaran utk mencapai cita2 itu, bukan mudah. Ia perit dan jalannya sempit. Seringkali mengecewakan dan menguji kesabaran.
Di dunia ini, apa yg saya percaya ialah, tiada apa pun yg mustahil. Semuanya bergantung kepada diri sendiri, sejauh mana kita mencabar diri kita, dan sejauh mana kita memperkuatkan hati utk menjadi org yg berjiwa besar.Tidak takut utk bercita2.Tidak peduli dgn kata2 org. Tidak putus asa dengan kelemahan diri sendiri. Dan sebenarnya,peperangan dalaman itulah yg paling memenatkan.
Benar. Cita2 adalah harapan yg belum pasti. Memang perlu utk bercita2 mencapai ketinggian, cuma jangan keterlaluan. Mungkin perasaan sakit dan depressed yg timbul adalah sbb kita lupa utk bersederhana. Lupa setakat mana umur kita. Lupa bahawa kita mungkin mati esok hari, dan perkara yg menserabutkan kepala itu hanya membuang masa kita. Walaupun pada dasarnya ia sesuatu yg baik,kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya terkena penyakit panjang angan2. Betul kata seorang sahabat,adakalanya perlu berdamai dgn diri sendiri,dan jangan biar diri dihantui oleh perasaan2 yg tak sepatutnya.
Cita2 kita di akhirat? Ini saja yg menjadi pengubat duka.
"Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang-orang mukmin, iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga..(At-Tahrim:11)
"Wajah-wajah (orang-orang mu’min) pada hari itu berseri-seri, kepada Tuhannyalah mereka melihat." (Al Qiyaamah: 22-23).
“Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu nabi, golongan siddiqin, syuhada dan salihin, mereka itulah teman sebaik-baiknya.” (Surah ali-Imran: 69).
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”(Ali Imran:193-194)
The Fall Of Barsisa: Lessons On Spiritual Corruption And The Abuse Of
Religious Authority
-
In a world where spiritual leaders are often held in high regard, stories
of their moral failings can be particularly distressing. These individuals
are ...
No comments:
Post a Comment