Friday, September 19, 2008

73 golongan umat Islam


“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuridhai Islam itu jadi agamamu” [Al-Maidah :3]
Assalamualaikum wbt.

Kali ini kita akan berbincang secara ringkas mengapa umat Islam pada hari ini berpecah kepada pelbagai puak. Dan kita lihat semuanya mengaku mereka muslim,melaung2kan slogan alquran dan sunnah, dan mendakwa mereka berada di atas kebenaran.Sedangkan Islam yg dibawa oleh Rasulullah saw dan para sahabat dulu hanya 1 saja.

Kita pelik, kenapa Kahar atau mirza ghulam ahmad yg mengaku jadi nabi tu pun ada jugak orang kita yg percaya? Mengapa ada banyak puak ajaran sesat? Mengapa ada muslim yg mengaku dirinya imam mahdi? Mengapa ada muslim yg mendakwa dirinya melangkah ke dalam alam lain dan bertemu Nabi saw secara sedar? Mengapa orang2 begini masih ada pengikut? Bahkan pengikut2 mereka bukan saja terdiri dari org kampung, tetapi juga golongan professional. Mengapa begitu mudah orang kita menjadi Tipah yg asyik2 tertipu?

Jawapannya mudah saja.Sbb tak tau apa islam yg sebenar. InsyaAllah di kalangan kita takde yg terjebak dlm perkara2 begitu yg secara terang2an tidak selari dgn Islam.Tolak tepi.Kita lebih concern kenapa ada di kalangan kita yg apparently muslim yg mengamalkan Islam,tetapi mempunyai prinsip2 yg berbeza.

Rasulullah saw bersabda:"Bangsa Yahudi telah terpecah-belah menjadi 71 golongan. Dan umat Nashara telah tercerai-berai menjadi 72 golongan. Dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya berada di neraka, kecuali satu (golongan)," kemudian ada yang bertanya: “Siapakah mereka, wahai Rasulullah,” beliau menjawab: "(Yaitu golongan) yang berada di atas jalanku sekarang ini dan para sahabatku".[Hadits shahih, diriwayatkan oleh sejumlah sahabat. Lafazh di atas riwayat dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin al Ash. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (2641), al Hakim (1/129-128), Ibnu Wadhdhah dalam al Bida' (hlm. 15-16), al Ajurri dalam asy-Syari'ah (16), al Lalikai dalam Syarhu Ushulil-I'tiqad (147) dll.]

“Sesungguhnya orang yang hidup (panjang) di antara kalian akan menyaksikan perbedaan yang banyak. Maka, kewajiban kalian ialah memegangi Sunnahku dan sunnah para khulafaur-rasyidin sepeninggalku. Pegangilah dengan geraham-geraham kalian . .” [At-Tirmidzi berkata: "Hadits hasan shahih". Al Hakim berkata: "Hadis shahih tidak ada cacatnya," dan adz-Dzahabi menyepakatinya. Abu Nu'aim berkata: "Ia adalah hadits jayyid, termasuk hadits shahih dari orang-orang Syam." Lihat Jami'ul-Ulum wal-Hikam (2/109)]

“Bintang-bintang merupakan amanah bagi langit. Apabila bintang-bintang lenyap, maka tibalah perkara yang sudah ditetapkan bagi langit. Dan aku penjaga amanah di tengah sahabatku. Bila aku telah pergi, maka datanglah kepada para sahabatku apa yang dijanjikan kepada mereka. Dan sahabatku penjaga amanah di tengah umatku. Apabila para sahabatku telah pergi, maka datanglah kepada umatku perkara yang dijanjikan kepada mereka” [HR Muslim (2531). Maksudnya, seperti diungkapkan oleh al Imam an-Nawawi dalam Syarhu Shahih Muslim, (secara ringkas) selama bintang-bintang itu tetap ada, maka langit pun juga demikian. Jika bintang-bintang sudah berjatuhan pada hari Kiamat, maka langit pun terpecah dan lenyap. Hal-hal yang dijanjikan kepada para sahabat, yaitu peristiwa-peristiwa fitnah, peperangan, timbulnya gejala keluar dari agama (murtad) dari kalangan orang-orang Badui, perpecahan hati dan peristiwa lainnya yang sudah diperingatkan Nabi dengan terang-terangan. Sedangkan kejadian yang dijanjikan kepada umatnya, yaitu munculnya bid’ah (perkara-perkara baru dalam agama) dan fitnah. Lihat Syarhu Shahih Muslim]

Jelas disebutkan oleh hadis2 di atas, bahawa Rasulullah saw telah pun memberi warning kepada kita tentang apa yg akan berlaku pada hari ini.Bukan setakat warning,baginda saw juga menyampaikan pesan kepada kita supaya pegang kuat2 dengan sunnah baginda,khulafa' ar-rasyidun,dan mengikut jejak langkah para sahabat.Iaitu beragama sebagaimana mereka beragama,beraqidah sebagaimana mereka beraqidah,beramal sebagaimana mereka beramal.Inilah prinsip yg perlu kita pegang.Kerana merekalah golongan yg paling baik,paling faham dlm agama,yg berjuang meninggikan kalimah Allah,mengibarkan panji Islam dan ditarbiah secara langsung oleh Rasulullah saw.Para sahabat itulah murid2 Rasulullah saw.Jika mereka salah Rasulullah saw betulkan.Jika mereka tak tahu mereka bertanya kepada Rasulullah saw dan nabi ajarkan.Jadi sudah tentulah para salaf itu golongan yg paling faham tentang agama dan nas, dan contoh ikutan kita.Logik bukan?

Jadi,utk kita mengetahui apakah aqidah Islam yg sebenar,tidak dapat tidak kita perlu tahu apakah yg dikatakan oleh Rasulullah saw?Dan bagaimanakah golongan salaf memahaminya?Kerana mungkin mereka faham lain tetapi kita faham lain.Cthnya: Ada golongan yg menganggap alquran itu makhluk manakala golongan lain menganggap alquran bukan makhluk.Jadi,siapakah yg perlu dipercayai dan apakah yg perlu kita pegang?Jawapannya,kita perlu tengok apa yg dipegang oleh para salaf. Yaitu mereka tidak menganggap alquran itu makhluk,bukan seperti aqidah muktazilah.Maka apabila datang seorang syiah atau sesiapa saja yg mendakwa itu dan ini,lihatlah apa yg diajar oleh Rasul saw dan apa yg difahami dan diimani oleh para sahabat.Barulah kita tak pening.Ni kalau ada yg kata sahabat majoriti murtad,imam tu imam ni maksum,adakah kita nak percaya dan bertoleransi?adakah itu yg diajar oleh Rasulullah saw?Berhati2lah supaya kita tergolong dalam golongan yg 1 itu, yg dijanjikan syurga oleh Nabi saw,yg berjalan di atas jalan baginda dan para sahabat.

No comments: