Wednesday, September 17, 2008

Sinopsis Kuliah Hadith 4

Assalamualaikum warahmatullah,

InsyaAllah, pada siri ini akan dibincangkan mengapa boleh wujudnya hadith2 palsu.

Seperti yang kita tahu hukum meriwayat hadith palsu adalah haram. Orang yang mereka hadith adalah dosa besar dan akan mendapat tempat duduk di neraka. Bukan sahaja yang pereka hadith malah orang yang menyampaikan hadith palsu juga berdosa besar.

Di sini ustaz menceritakan antara 6 sebab munculnya hadith palsu.

SEBAB 1- Golongan yang bernama zandaqah. Puak yg masuk islam dan berpura-pura. Tujuannya hendak merosakkan islam dari dalam. Macam munafik. Iaitu zahirkan islam, sembunyikan kufur. Zindiq adalah bahasa parsi. Mereka reka hadith2 agar orang lain melihat islam ini pelik.
Contohnya:
Hadith 1- semasa malam isra’ mikraj nabi s.a.w melihat perempuan tua. Lalu baginda bertanya kepada Jibril, lalu Jibril menjawab, itulah umur dunia. Umurnya 7000 tahun. Ini adalah riwayat yahudi.
Hadith ini bila didengari oleh orang kafir tentulah mereka merasa betapa tak logiknya islam ini. Sedangkan mereka mengkaji dunia ini ia bermula entah berapa juta tahun yang lampau.

Hadith 2- Dunia ini berada dia atas tanduk lembu. Lembu berada di atas belakang ikan paus. Apabila lembu bergerak, maka terjadilah gempa bumi.
Ini adalah hadith yang hendak mencemarkan agama.

Hadith 3- Sesungguhnya Allah swt apabila hendak mencipta diriNya, sebelum itu Dia telah menjadikan seekor kuda lalu memperlarikannya. Maka berpeluhlah kuda itu. Kemudian Dia menjadikan diriNya daripada peluh tersebut.

Pada hadith kedua dan ketiga ini menunjukkan betapa lucunya agama Islam ini. Sebenarnya terdapat banyak lagi hadith2 palsu yang menampakkan betapa jahatnya si pereka zindiq ini.


SEBAB 2: Golongan zindiq ini jahat. Di samping ingin merosakkan islam,mereka mengambil kesempatan untuk memberi keuntungan kepada diri sendiri. Pada hakikatnya juga ingin mencemarkan Islam.

Misalnya hadith ini : Terung adalah baik untuk apa sahaja maksud ia dimakan. Dan terung adalah penawar, tiada sebarang penyakit padanya.

Juga hadith ini yang bermaksud: memandang pada wajah yang cantik itu ibadah.

Semua hadith ini adalah rekaan golongan zindiq. Golongan yang sengaja ingin merosakkan islam dari dalam. Sebenarnya konspirasi jahat Yahudi untuk mejatuhkan islam dari dalam ini bermula dari Abdullah bin Saba’ yang hidup pada zaman Saidina Uthman. Dia yang mula2 melakukan fitnah. Dialah orang yang mengasas mazhab Syiah. Mereka membuat perancangan bagaimana untuk menjadikan agama yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w kelihatan pelik di mata orang ramai.

SEBAB 3: Apabila wujudnya perbezaan siasah (politik). Ini wujud apabila sesuatu puak ingin menguatkan puak mereka.

Contohnya penganut syiah. Bila berbeza pandangan politik, golongan syiah membuat hadith2 yang menyokong syiah. Misalnya hadith2 yang menyatakan fadhilat Saidina Ali. Sememangnya Saidina Ali itu mempunyai fadhilat tetapi mereka menokok tambah secara berlebihan. Sehingga Saidina Ali dalam hadith palsu muncul begitu kuat. Dalam kalangan orang melayu sendiri pun, pengaruh Saidina Ali begitu kuat. Ustaz mengatakan Islam di Malaysia ini dibawa dari Yaman. Sebab itulah dahulu kuat pengaruh Syiahnya.

Sebagai contohnya orang2 melayu zaman dahulu, apabila mereka masuk ke hutan lalu menjumpai sejenis akar kayu yang baik untuk memberi tenaga kepada orang lelaki maka ia diberi nama Tongkat Ali. Tidak dinamakan Tongkat Abu Bakar ke, Tongkat Umar ke. Begitu juga apabila mereka menemui pokok yang baik untuk wanita lalu diberi nama Kacip Fatimah. Tidak dinamakan Kacip Aisyah. Ini merupakan pengaruh syiah.

Ada orang syiah yang mempertikaikan Sahih Buhkari yang tidak banyak mengandungi hadith daripada Saidina Ali. Sebenarnya Imam Bukhari tidak dapat megambil hadith2 dari Saidina Ali disebabkan oleh puak2 Syiah sendiri. Ini kerana Imam Bukhari terpaksa menapis dengan teliti kerana bimbang pengaruh Syiah ini masuk. Jadi inilah sebabnya hadith2 riwayat Saidina Ali tidak banyak terdapat dalam Sahih Bukhari mahupun Muslim. Bukan kerana Imam Bukhari dan Muslim sengaja tidak mahu mengambil hadith dari Saidina Ali tetapi puak2 Syiah inilah yang mencemarkan Saidina Ali.

Terdapat sebuah buku dialog Sunnah- Syiah yang bertajuk al-Muraja’at. Sebenarnya tabiat orang syiah ini adalah suka berbohong. Maka orang2 yang tidak faham akan terpengaruh dengan kandungan buku tersebut. Dalam buku tersebut mengatakan:
Nabi s.a.w bersabda bermaksud : Inilah Ali wasiku. Orang yang akan menggantiku sebagai khalifah selepasku. Pada nota kaki (footnote) buku tersebut tertulis, riwayat Ibn Kathir: Al-Bidayah Wan Nihayah.
Lalu orang yang baru terpengaruh dengan syiah akan argue kerana Ibn Kathir adalah imam ahli sunnah wal jamaah sendiri. Namun setelah diteliti dan disemak dalam kitab Al-Bidayah Wan Nihayah tersebut, hadith tersebut wujud tetapi Ibn kathir ada menambah: padanya(riwayat tersebut) ada Abu Maryam, seorang yang berbohong.
Tambahan ini tidak diambil. Mereka ambil hadith sahaja lalu mengatakan dari Ibn Kathir. Tidak dinyatakan mengenai Abu Maryam tersebut.

Sebab itulah kita kena berhati2 terhadap orang syiah. Terutama bagi yang baru terpengaruh dengan Syiah ni.

InsyaAllah, bersambung pada siri berikutnya berkenaan SEBAB 4-6

No comments: