Thursday, September 4, 2008

Sinopsis Kuliah Hadith 2

Assalamualaikum warahmatullah. Seperti yang dinyatakan dahulu, siri 2 ini adalah sambungan dari siri 1 dahulu. Ia memperkatakan tentang contoh dan kepentingan sanad.

Contoh sanad : hadith riwayat imam bukhari dalam hadith pertamanya dalam kitab sahih bukhari.
Kata bukhari (terjemahannya): telah menceritakan kepadaku Al-Humaidi (guru imam bukhari) katanya, telah menceritakan kepadaku Sufyan bin Uyaynah, katanya telah menceritakan kepadaku Yahya bin Said, katanya telah menceritakan kepadaku, Muhammad bin ibrahim At-taymi, katanya telah menceritakan kepadaku Alqamah ibnu Waqas Al-laisi, katanya aku mendengar Umar ibn khattab di atas mimbar berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat. Sesungguhnya setiap orang berdasarkan apa yg dia niat. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya.

Ini bermaksud di antara bukhari dengan nabi diperantarai oleh rawi. (Al-Humaidi-Sufyan bin Uyaynah-Yahya bin Said-Muhammad bin Ibrahim At-Taymi-Alqamah ibn Waqas-Umar ibn khattab). Iaitu terdapat rangkaian orang untuk sesuatu hadis sampai kepadanya. Rangkaian ini dinamakan sanad. Ustaz mengatakan sesiapa yang ingin mempelajari hadith, adalah penting untuk mengetahui sanadnya. Kerana kepentingan sanad adalah untuk memastikan ketulenan hadith. Iaitu daripada mana sumber diambil.

Misalnya, seseorang telah memberitahu kepada kita bahawa telah berlaku sekian2 perkara di kampung kita. Lalu kita pun bertanya padanya daripada mana dia mengetahui perkara tersebut. Lalu dia katakan dia mendengar dari si polan. Maka kalau si polan itu terkenal dengan kaki kelentong, sudah pasti kita kurang percaya akan berita tersebut dan selidiki dahulu.

Ini adalah contoh dalam kehidupan kita seharian bahawa amat penting untuk megetahui pembawa2 berita ini untuk memastikan kebenaran sesuatu perkara. Apatah lagi hadith rasulullah s.a.w yang sangat penting untuk memelihara ketulenannya bagi mengelakkan berlakunya fitnah ke atas agama islam yang suci ini.

Ini kerana nabi telah memberi amaran tentang kemungkinan orang yang akan melakukan kebohongan terhadap baginda. Sabda rasulullah bermaksud:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka) Hadith ini adalah mutawatir.

Berdusta ke atas nabi s.a.w adalah seperti kita mendakwa rasulullah telah bersabda sekian2 tapi sebenarnya baginda tidak pernah bersabda demikian. Begitu juga kalau kita kata nabi s.a.w. mengamalkan sekian2 padahal baginda tidak pernah berbuat demikian maka itu sebenarnya adalah dusta ke atas baginda. Berdusta ke atas rasulullah adalah dosa besar kerana ia akan menjadi fitnah ke atas agama ini.

Ulama’ hadith begitu teliti terhadap perkara ini. Jadi bila bukhari mengambil hadis, perkara yang dilakukan ialah mengenali org yg meriwayat hadis tersebut untuk memastikan ketulenan hadith2 yang diambil.

Sabda rasulullah yg diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:
‘Akan berlaku pada akhir zaman dajjal yang berdusta yang mendatangkan kepada kamu hadith2 yg yg kamu dan ibu bapa kamu (sahabat2) tidak pernah dengar. Berhati2 lah kamu agar tidak disesatkan oleh mereka.’
Daripada hadith ini, ulama’ hadith menggelar org yg mereka hadith sebagai dajjal.

Ianya benar. Selepas zaman sahabat walaupun masih ada sahabat yang belum meninggal dunia sudah wujud pembohongan. Ini kerana ia berlaku apabila ada orang bertengkar dia hendak menguatkan hujjahnya lalu dia berkata ‘nabi bersabda’. Maka muncullah hadith2 palsu yang sebelum ini tidak pernah didengari oleh para sahabat. Apabila ini berlaku, ulama’ pada masa itu termasuk sahabat2 dan tabi’in yg soleh mula alert dengan kewujudan hadith2 palsu ini. Mereka mengatakan bahawa dahulu mereka tidak penah bertanya tentang sanad (daripada siapa hadith diambil). Namun setelah muncul zaman fitnah iaitu semasa zaman pembunuhan Uthman, iaitu ketika muncul syiah dan khawarij, mereka (ulama’) bangkit untuk menapis hadith yg diambil. Jadi peranan para sahabat2 ketika itu menapis hadith. Iaitu bila mereka mendengar seseorang mengatakan ‘sabda rasulullah’ , mereka tidak terus terima bulat2. mereka terus bertanya daripada mana ‘sabda rasulullah’ itu diambil. Bila disebut nama sumber tersebut, mereka terus mencari sumber itu dan bertanya tentang ‘sabda rasulullah’ tersebut.
....bersambung di siri 3, insyaAllah

No comments: