Monday, October 20, 2008

Po.I yg kasar lagi tak berhikmah


Assalamualaikum wbt

Hari ni rasa nak tulis something personal. Saya tak berapa suka tulis ttg kisah hidup n perasaan sendiri.Tapi bila difikirkan, mungkin kali ini ianya boleh menjadi pengajaran utk org lain dan membetulkan beberapa salah faham. Sebelum tu, terima kasih kepada sahabat2 yg jujur memberikan pandangan.

Mungkin ramai yg setuju bila dikatakan Po.I ni seorang yg kasar n pemarah.Tidak berhikmah.Kurang sabar.Maybe ramai yg menyampah.

Bila difikirkan balik,memang ada betulnya.Kdg2 memang kurang sabar.Kdg2 memang marah.Dan walaupun kdg2 paksa diri utk edit balik tulisan supaya bunyinya lebih lunak,tapi setelah dipost,still kasar lagi.Kadang2 tak marah pun,tapi tulisan tu still ditafsir sbg marah.Saya pun naik pelik.That's why the art of writing is important.Which i might not be having it.Hah.Maknanya kena ubah cara menulis.Macam mana?Takpelah.From now on,practise tulis dalam nada yg lebih lunak.It might take some time to change the way u are,tapi kalau mmg baik utk berubah,there is no harm to change and no harm admitting your mistake.

Dan sepatutnya kita sebagai pendakwah perlu berbicara dgn lunak.Moga2 saya diampunkan Allah atas sikap saya yg keras.

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." [Ali Imran: 159]

Ketika Allah memerintahkan Musa dan Harun untuk menemui Fir'aun, Allah berfirman:

"Maka berbicalah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut
mudah-mudahan ia ingat atau takut." [Thaha: 44].

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya, tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu kecuali ia akan membaguskannya, dan tidaklah (kelembutan) itu tercabut dari sesuatu, kecuali akan memburukkannya."[Muslim]

"Barangsiapa yang tidak terdapat kelembutan padanya, maka tidak ada kebaikan padanya."[Muslim]

Tetapi bukanlah selamanya kita perlu berlembut.kadang2 memang kita perlu bertegas.Dan marah kerana Allah swt.Marah yg bertempat.Apabila menghadapi kezhaliman, kesombongan dan penentangan, maka saat itu perlu menggunakan kekuatan, sebagaimana ditunjukkan oleh firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Artinya : Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan
cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zhalim di antara mereka."
[Al-Ankabut: 46]

Tidaklah Nabi S.a.w dalam memilih antara dua perkara kecuali akan mengambil yang lebih mudah selagimana tidak tergolong dalam dosa, namun jika ia tergolong dalam bab dosa maka Nabi akan menjadi orang yang paling jauh darinya dan tiadalah Nabi s.a.w membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan bertindak (marah) bagi pihak Allah (Riwayat Al-Bukhari,3/1306 )

Imam Ibn Hajar mengulas hadis di atas dengan katanya :

Ertinya : Nabi s.a.w tidak membalas dendam dan marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan MENJADI MANUSIA YANG PALING MARAH KERANA ALLAH (Fath Al-Bari, 6/576)

Inilah yg perlu kita bezakan.Bila masanya perlu kita marah,dan bila masanya kita perlu kawal marah dan tak perlu marah.

Jadi,sblm keluar usm ni,saya mintak maaf kepada semua.

Dan kepada sahabat2 terdekat,jika ada something wrong dan tak puas hati,silalah tegur.Tak perlu tunggu saya tanya baru nak tegur ye :)

6 comments:

fadezek said...

ketika itu dia berkata pd shbtnya,"Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama dgn kita" (at-taubah:40)

sis, no hard feeling neh.

"Dan kepada sahabat2 terdekat,jika ada something wrong dan tak puas hati,silalah tegur.Tak perlu tunggu saya tanya baru nak tegur ye :)"
--> n please, same goes to me.jkk

Poison Ivy said...

yup, no hard feelings :)

nida'ulhuda said...

Alangkah mulia dan bersihnya hati nabi kita, tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. Kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yg dilakukan tak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tak memahami, mudah terguris bila diri kita dinasihati....Ayuh kita teruskan mujahadah, agar segala yang indah menghiasi peribadi, kerana qudwah kita adalah nabi, kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki...

fadezek said...

spt biasa penangan kata2 cik meow sungguh terkesan.jkk

Ummu Yazid said...

terkesan dgn artikel ni..n also da tzkirah by adik nida'..jzkk adik2 =)

sEmut SeMut said...

Grey matter reflex huh? Nevermind, its better late than never:) Jazakillahu khayr sis, this is indeed a very great great lesson-;

Tidaklah Nabi S.a.w dalam memilih antara dua perkara kecuali akan mengambil yang lebih mudah selagimana tidak tergolong dalam dosa, namun jika ia tergolong dalam bab dosa maka Nabi akan menjadi orang yang paling jauh darinya dan tiadalah Nabi s.a.w membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan bertindak (marah) bagi pihak Allah (Riwayat Al-Bukhari,3/1306 )

Imam Ibn Hajar mengulas hadis di atas dengan katanya :

Ertinya : Nabi s.a.w tidak membalas dendam dan marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan MENJADI MANUSIA YANG PALING MARAH KERANA ALLAH (Fath Al-Bari, 6/576)

Inilah yg perlu kita bezakan. Bila masanya perlu kita marah,dan bila masanya kita perlu kawal marah dan tak perlu marah.

Marah kerana Allah, benci kerana Allah, begitu sebenarnya yg Rasulullah ajarkan. Bagi si pemarah, tidak perlu membuang sifat itu. Belajarlah mengawalnya, gunakan di tempat yang betul, dan berbahagialah! Dan kepada yang kurang berperasaan, marilah kita sama-sama menjadi seorang yang lebih sensitif lebih-lebih lagi dalam mendepani isu ummat ini. Semoga kita sama2 dapat mendidik sifat ini dalam diri kita & berdoa…

'aku pohonkan kpd Engkau kalimat kebenaran pada masa marah dan suka’- Hadith 40 m/s 217, mustafa 'abdul rahman, DPF.

Allah berfirman:
maksudnya ‘ Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).’ Al-A’raf 199-201