Thursday, October 23, 2008

Sinopsis Kuliah Hadith 5

Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan siri 5 ini walaupun tak panjang mana pun.Minta maaf kerana dah lama tak update sinosis kuliah hadith ini terutama kepada pembaca setia ruangan ini iaitu Po.I atau sesiapa sahaja. Siri 4 yg lalu adalah berkisar secara ringkas antara sebab2 munculnya hadith palsu. Siri ini adalah sambungannya, iaitu sebab 4-6.

SEBAB 4: Taksub kepada bangsa dan tempat

Apabila Islam berkembang macam2 orang yang masuk islam tidak mengira kaum dan bangsa. Ada orang parsi, orang arab dan sebagainya. Misalnya zaman dahulu apabila Baghdad meluaskan empayarnya maka ramai yang memeluk islam tanpa mengira bangsa. Bila umat islam yang berlainan bangsa ini berkumpul di sesuatu tempat akan wujudlah bibit2 perkauman walaupun sebenarnya islam tidak megira bangsa. Dalam ramai2 tu akan adalah yang menimbulkan isu perkauman. Masing2 mengatakan bangsa mereka lebih baik. Orang arab kata bangsa arab lebih baik dan begitulah orang parsi juga mengatakan bangsa parsi lebih baik. Maka bila bertengkar, masing2 ingin mempertahankan bangsa sendiri, lalu ada yang membuat hadith yang menyokong bangsa masing2.
Misalnya hadith2 ini yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah apabila Dia murka, Dia akan turunkan wahyu dalam bahasa Arab. Bila Dia redha, Dia akan turunkan wahyu dalam bahasa parsi. “

Maka apabila orang arab mendengar hadith ini lalu mereka pula yang reka hadith untuk lawan balik. Kata mereka pula, sabda rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya Allah apabila Dia murka, Dia akan turunkan wahyu dalam bahasa Parsi. Bila Dia redha, Dia akan turunkan wahyu dalam bahasa Arab. “
Ini menunjukkan betapa jahatnya pereka hadith ini. Dalam pergaduhan sesama mereka, mereka sewenang-wenangnya menggunakan nama nabi s.a.w.

Ada satu lagi hadith palsu yang berbau perkauman. iaitu:
Sabda rasulullah s.a.w yg bermaksud: “Aku sukakan Arab kerana aku orang Arab, kerana bahasa Quran adalah bahasa Arab, dan bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab. “
Hadith ini direka oleh puak2 perkauman. Hadith ini bukan hadith yang sahih. Bahkan ia adalah hadith palsu. Dalam hadith itu, memang betul nabi adalah orang Arab, betul Quran bahasa arab. Tapi nabi tidak mengucapkan demikian yang menimbulkan perkauman.

SEBAB 5: Khilaf (perbezaan) mazhab

Sebenarnya pada Imam2 mazhab yang awal mereka sendiri tidak menimbulkan masalah. Misalnya Imam Abu Hanifah yang meninggal pada tahun 150H adalah seorang yang alim dalam bidangnya. Pada tahun kematiannya maka lahirlah Imam Syafi’e. Imam Syafi’e meninggal pada tahun 204H. Iman Syafi’e semasa hayatnya pernah berguru dengan Imam Malik sehingga menghafal kitab Muwatta’. Beliau pernah mengatakan ‘aku tidak pernah melihat kitab yang lebih sahih dari Muwatta’ Imam Malik’. Dia sendiri pernah berkata Imam Malik adalah hujjahnya di hadapan Allah.

Beliau juga apabila berpindah ke Baghdad, beliau berjumpa pula dengan Imam Ahmad Ibn Hambal. Di sana Imam Syafi’e mengambil hadith dari Imam Ahmad, dan Imam Ahmad mengambil Fiqh Imam Syafi’e. Tak ada masalah. Tetapi pengikut mereka yang datang kemudian yang taksub memberi masalah. Taksub ini berbagai2 jenis sehingga wujud juga pada zaman ini.

Misalnya seperti mengatakan bahawa orang yg mengikut mazhab Syafi’e tidak boleh solat berimamkan orang yg bermazhab Hanafi. Seolah2 Imam Hanafi solat tak sah. Pengikut2 yang ekstrem ini menganggap mazhab ini macam agama. Seolah2 mazhab2 selain yg diikutinya tidak berada di atas petunjuk. Sedangkan agama ini ada perkara yang kadangkala 2-3 perkara dibenarkan.

Pengikut2 taksub pada masa dahulu malah lebih buruk apabila mereka mencipta hadith untuk .mempertahankan mazhab mereke apbila mereka bertengkar. Contohnya:
Kata pengikut Imam Hanafi yang ekstrem: Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku nanti seorang yang dipanggil Abu Hanifah. Dia adalah cahaya kepada umatku. Dan akan ada di kalangan umatku seorang yg bernama Muhammad bin Idris (Imam Syafi’e), dia lebih memberi mudharat kepada umatku lebih drpd iblis. “

A’uzubillah. Betapa jahatnya mereka yang ekstrem ini. Tujuan mereka mencipta hadith ini adalah bila mereka tidak ada hujah yg kuat untuk membela mazhabnya ketika berlakunya perselisihan dgn pengikut Imam Syafi’e.

Dan ada juga pengikut2 yg mencipta hadith dan mendakwa ia adalah pegangan imam mazhab mereka. Tabiat ini wujud sehingga sekarang. Sebagai contohnya pengikut mazhab syafi’e yg terdiri drpd orang melayu yg mendakwa sesuatu amalan yg mereka lakukan adalah berdasarkan petunjuk mazhab mereka. Padahal apabila disemak2 dlm kitab tidak ada pun petunjuk dari Imam Syafi’e.
Contohnya amalan mengadakan kenduri kematian. Sama ada pada hari kematian, atau selepasnya, mengikut mazhab syafi’e ia adalah dilarang. Namun ada dalam kalangan orang melayu yg mengamalkan amalan tersebut mendakwa ia adalah petunjuk mazhab.
Bahkan semua kitab2 Syafi’e semuanya menentang. Seperti dalam kitab majmuk Al Imam Nawawi, setelah beliau menyebut hadith yg diriwayatkan oleh Jarir b Abdillah Al Bajari yang disandarkan pada zaman nabi s.a.w. bermaksud:
“Kami menganggap berkumpul di rumah si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk dlm hukum meratapi kematian. ” yg dilarang oleh agama. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Majah dgn sanad yg sahih. Disahihkan oleh An-Nawawi dlm majmuk. Daripada hadith ini maka para ulama’ menyatakan adalah dibid’ahkan dan dilarang untuk menyediakan makan di rumah si mati.

Malah dalam kitab Sheikh Daud Fathoni iaitu kitab melayu ada menyebut: “ Adapun membuat makanan selepas kematian samada sblm atau slps daripadanya 3 hari drpdnya, 7 daripadanya ,yang itu adalah bid’ah yang dibenci. Maka penyeru dan pemanggilnya telah melakukan perkara yang menyanggahi syara’.
Ini berlaku kerana ramai antara kita yg melakukan amalan2 agama ini berdasarkan ikut-ikutan. Bersandarkan kepada orang sekeliling semata2.Tanpa kita mengetahui dalil2 nya.


SEBAB 6: Golongan Al-Qussos- iaitu tukang cerita ataupun penceramah.

Penceramah adalah antara pereka hadith palsu pada zaman dahulu. Tapi ada juga penceramah yg baik, tak mereka hadith spt para sahabah dan tabi’in yg soleh. Kemudian muncul golongan penceramah yang menjadikan ceramah sebagai sumber pendapatannya. Apabila mereka muncul, mereka disebut dlm ilmu hadith sebgi qussos. Mereka ini memberi ceramah dengan tujuan orang ramai menyukai dan minat dgn ceramah mereka. Cara mereka adalah dgn mencipta hadith palsu. Golongan ini pada zaman Ibn Umar, beliau menghalau keluar dari masjid. Iaitu sesiapa yang berceramah dan menggunakan hadith palsu. Pada zaman Umar Abd Aziz, beliau menangkap penceramah ini dan memasukkan ke dalam penjara.
Menurut para ulama’ hadith, niat mereka yg mencipta hadith palsu adalah baik, ingin menasihati orang lain tetapi mereka tidak dapat memelihara lidah mereka daripada menyebut hadith2 ynga tdk pernah disabdakan oleh rasulullah. Maka Umar Abd Aziz memenjarakan mereka dan juga orang2 yg mendengar ceramah tersebut.
Begitu tegasnya beliau untuk mengelakkan hadith palsu muncul begitu banyak. Walaupun begitu, puluhan ribu hadith palsu yg muncul.
Sebagai contohnya ttg fadhilat2.

“Sesiapa yang buat solat Dhuha 2 rakaat akan mendapat pahala 70 ribu para nabi.”

Ini bererti pahala nabi yg berjuang dan menghadapi dugaan yg hebat dalam perjuangan mereka mudah sahaja untuk didapati oleh kita yg hanya bersolat Dhuha 2 rakaat.
Pelbagai lagi hadith2 fadhilat seperti berzikir sekian2, solat tarawih yg menjanjikan pahala yg begitu besar.

Ada yg keliru dgn kata2 “ kami pulang dari jihad yg kecil kpd jihad yang besar”. Jihad yg kecil adalah jihad biasa dan jihad yg besar adlh jihad menentang hawa nafsu. Sebab itulah ada yang mengatakan tak perlu jihad menentang kuffar, cukuplah dengan berhimpun di masjid kerana ia adalah jihad besar. Kata2 ini bukanlah hadith.

Kemunculan hadith2 palsu tentang fadhilat amalan yg kecil tetapi menjanjikan pahala yg begitu besar ini menjadikan umat Islam menjadi malas. Tidak mahu mengetahui perkembangan umat Islam lain di seluruh dunia seperti Iraq, Palestin dan sebagainya. Ini kerana mereka menganggap cukuplah dgn amalan zikir dan solat tertentu di masjid2 mereka sudah berjaya mendapat pahala jihad spt yg dilakukan oleh para nabi.
Wallahu a'lam.
InsyaAllah pada siri berikutnya ustaz akan menceritakan bagaimana untuk mengetahui sesuatu hadith itu palsu.

No comments: