Friday, December 12, 2008

Kisah Daging Korban



Tiba hari raya aidiladha,memang banyak kisah daging koran yang timbul.Antara kisah2nya adalah...

Kisah separuh benar 1


Tempat: Kenduri makan daging korban Surau Murni.

“ish..mana boleh buang sisa daging korban”..”ye ke?abih tu”…”Ntah,tanam ke?leceh la…nak g kelas lagi lepas ni..nak kena kutip la nih semua tulang?”

Komen: Tak payah tanam.buang le,tiada masalah. ISLAM ITU MUDAH jgn susah2kan

BUANG LEBIHAN DAGING KORBAN/AQIQAH
Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan.

Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah hadith Nabi :-
أتاني داعي الجن فذهبت معه فقرأت عليهم القرآن قال : فانطلق بنا فأرانا آثارهم وآثار نيرانهم وسألوه الزاد فقال : لكم كل عظم ذكر اسم الله عليه يقع في أيديكم لحما وكل بعرة علف لدوابكم فقال النبي : فلا تستنجوا بهما فإنهما زاد إخوانكم
Berkata Ibn Mas'ud ra : 'Rasulullah berkata : Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.' Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : 'Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu'. Nabi bersabda : 'Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu' [Hadith riwayat Muslim #450].

Hadith ini menjelaskan bahawa :

a. Nabi membacakan al-Quran kepada Jin Islam
b. Tulang binatang sembelihan yang disebut nama Allah adalah makanan kepada Jin Islam.
c. Lebihan daging itu pula adalah makanan kepada binatang.
d. Larangan beristinjak dengan tulang
e. Ada dikalangan ulama yang mengatakan bahawa Jin yang kufur akan memakan tulang yang tidak disembelih dengan nama Allah.

Kesimpulannya adalah tidak ada nas yang menyuruh menanam tulang binatang aqiqah selepas selesai memakan dagingnya. Perintah larang yang ada adalah seseorang itu tidak boleh beristinjak menggunakan tulang binatang yang disembelih dengan nama Allah swt kerana tulang itu adalah makanan saudara kita seIslam, iaitu Jin Islam. WA.
Maka kesimpulannya ialah :

1. Tidak ada petunjuk dari Rasulullah saw agar tulang-tulang dan lebihan daging korban atau akikah yang mesti ditanam.

2. Pendapat yang mengatakan tulang dan daging tersebut mesti ditanam adalah berdasarkan kepada anggapan masyarakat Nusantara yang menganggap bahawa amalan korban dan akikah sebagai amalan 'taqarrub' (mendekatkan diri kepada Allah).Maka segala perkara yang terlibat dalam amalan tersebut dianggap sebagai suci dan wajib untuk dihormati.Sebab itu juga , terdapatnya amalan sesetengah masyarakat melayu / nusantara yang menghormati sejadah yang digunakan untuk bersembahyang di atasnya.

3. Perbuatan menanam tulang dan daging tersebut juga adalah perbuatan yang menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada umat Islam.Ini kerana , setiap muslim dikehendaki menyimpan dahulu atau melonggok tulang tersebut didapur sebelum ditanam keesokkannya dan perbuatan ini tidak bertepatan dengan maksud kemudahan yang terkandung dalam intipati syariat Islam itu sendiri.

Maka tulang dan daging tersebut boleh dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah dan sebagainya.

WA
Sumber: al-ahkam.net



Kisah separuh benar 2


Tempat: asrama puteri sekolah menengah

“waa….sedapnya.nak3” kata ava orlean.”eh sorila va,ni daging korban.ko kristian,mana boleh makan.ni untuk muslim je”..”ye ke,abis aku nak makan apa?aritu aku bagi coklat aku kat korang masa krismas aritu,takkan sikit daging pun kedekut. Aku pun faham islam jugak sikit2,aku tau al-fatihah,aku pun tahu kisah Nabi Muhammad.anyway,bukan aku ke yang tutup TV masa korang solat kat surau.kalo aku bgn awal,bukan aku ke yang kejut korang subuh”…”cop3,kitorang bukan kedekut le,tp..xbleh la va..”abeh,kena g dining hall sorang2 la ni…cet,sedihnya…”.

Komen: Haha.kesian ava,aku la tu orangnya yang sungguh2 xkasi makan.maaf ya,kurang ilmu sket masa tu…sebenarnya,ISLAM ITU MUDAH DAN INDAH kerana itulah agama fitrah;agama yang benar. Lain kali kalo jumpa ava lg,aku bg ko makan neh. Btw, dah sedia nak masuk agama fitrah;Islam?Smg Allah memberi hidayahNya padamu.amin.

HUKUM MEMBERI DAGING KORBAN PADA NON-MUSLIM
Memberi daging korban pada non-muslim mempunyai banyak pendapat. Sebagian membolehkan kita memberikan daging qurban untuk non muslim (ahlu zimah), sebagian lainnya tidak membolehkan.

Kalau kita telusuri lebih dalam syariah, kita akan menemukan beberapa variasi perbezaan pendapat, iaitu:

Ibnul Munzir sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Imam An-Nawawi mengatakan bahwa umat Islam telah berijma'' (sepakat) atas kebolehan memberikan daging qurban kepada umat Islam, namun mereka berselisih bila diberikan kepada fakir dari kalangan non muslim.

Imam Al-Hasan Al-Basri, Al-Imam Abu Hanifah dan Abu Tsaur berpendapat bahwa boleh daging qurban itu diberikan kepada fakir miskin dari kalangan non muslim.

Al-Laits mengatakan bila daging itu dimasak dulu kemudian orang kafir zimmi diajak makan, maka hukumnya boleh.

Ibn Qayyim berpendapat dibolehkan memberi daging pada kafir Zimmiy(kafir y tidak berniat untuk menjatuhkan islam) yg menjadi kenalan kerana ibadah sunnat tidak menghalang sampai pada mana-mana manusia termasuk orang kafir

Al-Imam An-Nawawi mengatakan bahwa umumnya ulama membezakan antara hukum qurban sunnah dengan qurban wajib. Bila daging itu berasal dari qurban sunnah, maka boleh diberikan kepada non muslim. Sedangkan bila dari qurban yang hukumnya wajib, hukumnya tidak boleh.

Syeikh Ibnu Qudamah mengatakan bahwa boleh hukumnya memberi daging qurban kepada non muslim. Karena daging itu makan mereka juga dan dibolehkan mereka memakan daging.
Kebolehannya sebagaimana kita dibolehkan memberi makanan bentuk lainnya kepada mereka. Dan karena memberi daging qurban kepada mereka sama kedudukannya dengan sedekah umumnya yang hukumnya boleh.

Sedangkan Al-Imam Malik berpendapat sebaliknya, beliau memakruhkannya, termasuk memakruhkan bila memberi kulit dan bagian-bagian dari hewan qurban kepada mereka

Kesimpulan dari pendapat-pendapat yang agak saling berbeza ini adalah bahwa secara umum para ulama cenderung kepada pendapat yang pertama, yaitu pendapat yang membolehkan. Khususnya bila non muslim itu termasuk faqir yang sangat memerlukan bantuan, atau tinggal di tengah-tengah masyarakat muslim.

Siapa tahu dengan kebaikan yang kita berikan, dia akan masuk Islam. Atau paling tidak, ada nilai tambah tersendiri dalam pandangannya tentang Islam dan umatnya, sehingga tidak memusuhi, bahkan berbalik menjadi kagum.
WA

PERHATIAN:Kisah separuh benar adalah separuh benar,sebahagian dialognya ditokok tambah dgn sepenuh harapan sy berharap tidak menyinggung mana2 pihak. Hanya berniat menambah rencah dalam berkongsi ilmu.WA

No comments: