Saturday, January 31, 2009

Boycott is not a fantasy


1-Alternatif kita
2-Kerja kerja
.

Pemasar Kopi 'Radix' Pemenang Anugerah Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Syarikat pemasar kopi 'Radix', HPA Industries Sdn Bhd hari ini dianugerahkan Anugerah Perdana Menteri Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2008.

HPA Industries, yang beroperasi di Arau, Perlis menjalankan pemasaran produk makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian, selain mengusahakan tanaman pegaga, roselle dan mangga.

Dengan nilai jualan RM63 juta pada tahun lepas, HPA Industries berjaya menarik 400,000 keanggotaan dan 21,000 usahawan melalui pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan mempunyai 63 rangkaian pemasaran di seluruh negara dan lima di luar negara.

Selain dianugerahkan pemenang kategori yang baru diperkenalkan tahun ini itu, HPA Industries turut memenangi kategori Anugerah Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008 yang menjadikan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000, selain sijil dan trofi, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang, dekat sini hari ini.

Pengarah Urusan HPA Industries Ismail Ahmad berkata pengiktirafan tinggi daripada kerajaan itu akan dijadikan sumber motivasi dalam mengembangkan perniagaannya, terutama bagi meluaskan pasaran eksport.

"Buat masa ini, kami masih terpaksa import roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi kami akan cuba untuk mempunyai ladang roselle dan pegaga yang lebih luas untuk kurangkan kebergantungan ini," katanya kepada Bernama selepas menerima anugerah itu.

Mensasarkan keuntungan bernilai RM100,000 tahun ini, Ismail berkata kejayaan perniagaannya itu menunjukkan bahawa bidang pertanian dan industri asas tani sememangnya membawa keuntungan yang besar jika ia diusahakan dengan betul.

Bagi pemenang Peladang Muda Jaya Kebangsaan 2008 Zulkarnain Painan, 37, yang mula menceburkan diri dalam bidang pertanian sejak 11 tahun lalu, minat terhadap bidang pertanian menyebabkannya berusaha keras walaupun menerima cemuhan daripada orang sekeliling yang merasakan bidang itu tidak punya masa depan.

Namun kini, katanya dengan isipadu perniagaan bernilai melebihi RM2.8 juta setahun, termasuk lebih 18 hektar ladang tanaman kontan dan 11 hektar tanaman sawit serta ternakan kambing boer dan lembu, orang ramai mula membuka mata terhadap bidang itu.

"Saya cuma belajar daripada pengalaman dan selalu bertanya, selain kursus-kursus pengurusan oleh Jabatan Pertanian untuk mengembangkan bidang ini," katanya yang membawa pulang wang RM30,000, sijil dan trofi.

Pemenang-pemenang lain yang turut membawa pulang wang berjumlah RM30,000 selain sijil dan trofi adalah Mohammad Hassan Mohammad Rawther dan Lenah Simen, masing-masing bagi kategori Peladang Lelaki dan Wanita, Din Ahmad bagi kategori Nelayan, Saidi Mamat @ Ghani bagi kategori Nelayan Muda, Kiew Yoke Loy dan Chia Kee Heng, masing-masing bagi kategori Usahawan Ikan Jaya Kategori Air Tawar dan Air Payau, Zainuddin Zakaria sebagai Usahawan Penternak Jaya Ruminan dan Ishah @ Isa Awab sebagai Usahawan Penternak Jaya Bukan Ruminan.

Pertubuhan Peladang Kawasan Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pula menjuarai kategori Pertubuhan Peladang, Unit Peladang Jaya Desa Sri Taman, Tuaran, Sabah bagi kategori Unit Peladang, Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah, Kedah bagi kategori Persatuan Nelayan, PB Sayuran Kg Melayu Raya, Tangkak, Muar untuk kategori Kumpulan Tani Komersil, Kumpulan Pengembangan Wanita Kampung Medan Jaya, Marang, Terengganu untuk kategori Kumpulan Wanita dan Kebun Rimau Sdn Bhd bagi kategori Anugerah Inovasi Pertanian dan Industri Asas Tani.

-- BERNAMA

1- ALTERNATIF kita
2- JAWATAN KOSONG!!.

7 comments:

fadezek said...

" HPA Industries berjaya menarik 400,000 keanggotaan dan 21,000 usahawan melalui pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan mempunyai 63 rangkaian pemasaran di seluruh negara dan lima di luar negara"

Assalamualikum wbt,
semut, MLM bukan haram ke?
ke ada kelonggaran atau khilaf ke apa ke?mohon pencerahan.jkk

fadezek said...

assalamualaikum wbt.
laammaa tgu jwpn semut,semut sibuk angkat gula eh..heh.

sangkaan sy MLM haram sebab;
1. MLM melibatkan byk level,org ats akn cr member baru utk jd jaringan bwhnya dan bila org bwh dpt jual produk sykt tersebut atau cr member seterusnya, mrk berdua (org atas n bwh) dpt habuan sama2.Dengan kata lain, org bawah akan tungkus lumus buat kerja,org atas xbekerja dan still dpt untung(org y diatas sentiaassaa dpt untung sambil goyang kaki.=)

2. Rata2 sistem MLM adalah mengikut skim piramid.
Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah;
1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.
(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Alhamdulillah bl ada kesemptn,cr2 tulisan2 org y arif, jelas ada beberapa kelonggaran.MLM dibenarkan syari'at Islam dengan syarat¬-syarat sebagai berikut:

a. Transaksi (akad) antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (' an taradhin), dan tidak ada paksaan;

b. Barang yang diperjualbelikan (al-mabi') suci, bermanfaat dan transparan sehingga tidak ada unsur kesamaran atau penipuan (gharar);

c. Barang-barang tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar.


jd, harus diigtkan bukan semua MLM itu halal.melainkan mereka mengikut syara' y ditetapkan islam.

dan d malaysia, HPA adalah antara MLM y menepati shariah.


baca lagi untuk pemahaman;

http://www.zaharuddin.net/content/view/462/100/

http://sempoiclub.com/archives/58


btw, thanks 2 semut, trigger ak utk dpt ilmu sket dlm isu kewangan mengikut shariah.anywy, goodluck xm a&e arini neh.smg dpermudahkanNya

Poison Ivy said...

selain HPA apa lagi MLM yg halal?

A|dmin said...

tunggu dua semut smpi skrg tak jawab kan..akhirnya org yg tanya yg jawab sendiri..hebat la fadezek..

voltox

sEmut SeMut said...

My respected sis fadezek.sorryy.memang berniat nak jawab cuma takes time sket.sori.

fadezek dh jawab ap yg patut so sy tmbh jela sket2 eh;>

btw, setakat yg diketahui, pengarah HPA, Tuan Hj Ismail sendiri telah menjelaskan yg MLM HPA telah diiktiraf Indonesia sbg menepati shariah. Malaysia masih xda lg mereka yg memantau sistem MLM ini. & kalau kita lihat kpd syarat2 yg telah dihuraikan oleh UZAR & org2 yg arif bab nih, ya InshaAllah HPA menepatinya. plus HPA juga mempunyai ahli panel syariah mereka sendiri bg membolehkan proses2 jualbeli & sistem ini dipantau.lihat www.hpa.com.my.

ap yg nak sy kongsikan adalah alternatif kita slps boikot & kerja2 yg available for those yg cari kije.heh.

wallahu'alam. sy jg masih baru, tidakpn bergiat dlm business ini, cuma sbg ahli yg aktif menggunakan Muslim Product ini (haha, spt yg selalu diketawakan), saya tenang,berpuas hati dgn mutu2 brgnnya dan tidak rasa tertipu, juga tiada sebarang habuan kerana sy tiada bakat berniaga;)

Mereka mengakuinya, tiada paksaan, menjelaskan kenapa kita harus bantu-membantu dlm soal Muslim Product ini, menawarkan barang2 yg halal & baik,tiada keraguan & tipu..

Ini hanya salah satu cth, krn terdapat byk lagi usahawan Muslim lain yg harus kita sokong & beri semangat kpd mereka. inshaAllah, inilah jihad ekonomi kita.

hmm, itulah yg cuba sy kongsikan..
'Boycott is not a fantasy'

Wallahu'alam, saya pulangkan kpd Allah segala kebaikan dan keyakinan. andaikata diketahui mereka melanggar shariah, tidak mahu memperbaikinya, terpesong dari niat yg asal, sy juga pasti tidak akan menyesal meninggalkannya..

..krn kita menyeru kpd kebaikan di atas prinsip yg benar,kan.wallahu'alam.
Do correct me if i'm wrong,keh.

'..Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksaNya.'Al-Maidah:2

phm ke idak nih.xpela. kpd fadezek & sahabat yg lain, lepas ni boleh plak
ngk2 tentang 'TAKAFUL IKHLAS' vs insurans2 di pasaran..penting bila dah pgg gaji sendiri.roger.

wassalam.

fadezek said...

ivy beracun,
ntah la.kalo nak tau MLM yang halal kn kaji sket la modus operandi sykt berkenaan, samada menepati tak garis panduan y dtetapkan.

enjit2 semut,
bereh sister,bukan ko dah terang dgn detail ke aritu psl HPA ni kat aku sebelum ko tdo dgn nyenyaknya meninggalkan aku terkelip2 tak tdo.heh.jkk.mantop!siap bleh sebut nama Tn Hj Ismail tuh,kalo la dia tahu,naik pangkat ko jd pengarah urusan HPA.heh

ps*;btol ke xd bakat niaga?cb ko bukak kdi jual pai pisang...ahha!ajak sister ivy beracun skali.ngeh2

Poison Ivy said...

tu perli ke ape fdzk?hehe.takpe2.

ada rasanya bakat berniaga.sume org dah jangkit minum radix asyik kena g kb mall je :)