Lessons From Surah Al-Mulk: How The Bees And Birds Teach Us About Tawakkul
-
Allah , the Almighty and the Most High has created us of the best stature
and granted us many abilities so that we may look after our needs and those
of ...
Sunday, July 4, 2010
Buat Sahabat Tersayang (you know who you are)
Buat sahabat yang ku cintai dan kasihi kerana Allah swt...
Assalamualaikum warahmatullah....
First of all, maaf sebanyak2nya sebab surat ni aku terpaksa tulis untuk tatapanmu sahabat.. Sejujurnya, tiada niat lain titipan ini terhasil, melainkan sbg tanda kasih padamu sahabat, yg sesungguhnya aku kasihi hanya kerana Allah. Moga Allah berkati setiap tulisan ini dan pintu hati kita semua terbuka untuk ambil iktibar mana yang baik daripadanya..
p/s- maaf sebab tarpaksa meng’aku’ dan meng’kau’kan tulisan di bawah, sebab itu adalah ‘kita’...
Sahabat,
Alhamdulillah.. Almost 6 years we knew each other. 6 tahun terbaik dalam hidup, yg pastinya takkan dan sgt mustahil utk dilupakan. Sahabatku, Allah takdirkan kau hadir dlm hidup ini di waktu aku tercari2 makna dan haluan hidup yg sebenar. Kau tunjukkan jalan untuk aku mengenali Allah dan Rasul spt yg dikehendakiNya. Kau bimbing diri yg serba jahil dan ‘tak tahu’ ini untuk menjadi at least ‘nak tahu’. Alhamdulillah... U could never imagine how grateful I am (and we are) to have u in our life, giving us the wonderful colours..Truly!
Tapi kenapa sahabat, sejak akhir2 ini, semakin selalu aku dengar perkhabaran sedih dari dirimu? Pertama2 nya, wajib untuk kau faham bahawa aku bukan sekali2 mengeluh dgn khabar itu! Tidak dan takkan sekali2! In fact, aku bersyukur sebab terpilih untuk jadi tempat kau luahkan masalah.. Walaupun diri ni tak byk membantu, tapi kau pilih juga aku untuk mendengar..jazakillah
Tapi sahabatku, sudah setahun lebih kita di sini- di alam yg baru ini.. Aku tak nafikan, aku juga lemah.. Selalu tercari2 makna takdir yg Allah tentukan.. Alhamdulillah, hasil dorongan family dan sahabat2 yg tak pernah putus jd sumber kekuatan, and of course, belas kasihan dari Allah yg Maha Penyayang..I'm getting better..Segala puji bagi Allah..
Sahabat, bukan ini dirimu yg ku kenal. Jgn pernah berubah sahabat..
Sahabatku yg kukenal sgt kental jiwanya. Rela berdiri dgn gagahnya walaupun hanya dia, asalkan tahu kebenaran itu miliknya! Sahabatku yg ku kenal juga sanggup kekal di situ, walaupun melihat pendirian yg kau perjuangkan, dan perubahan yg kau mahu tidak diendahkan. Kau juga sanggup menetapkan hatimu dan menguatkan perasaanmu walau diuji pelbagai kesulitan.. Itu dirimu yg ku kenal!
Sahabat,
Suatu hari ketika di A&E, seorang makcik dibawa ke rhesus dlm keadaan menangis.. Dia jatuh ketika sedang bekerja di satu pusat membeli belah- ketika sedang membuang sampah. Hati terdetik, makcik setua ini masih bekerja seberat itu?
“ Tak nak operate.. tak nak operate..” Sadis aku mendengarkannya. Tangisannya seperti kanak2 kecil.
Right hip x-ray- intertrochenteric fracture..
Bila aku smpi berita tu padanya, dgn serta merta- “ Makcik da ok! Da sihat.. Tak sakit dah. Boleh jalan dah..” Waktu tu, not even a single movement at her right hip..
Dalam waktu yg sama aku melihat seorang pemuda mengintai2 pintu rhesus dalam keadaan mata yg merah dan muka yg basah dgn air mata.. He requested to see a male doctor, who’s also my friend. Rupa2nya pemuda itu adalah anak patient ku tadi. Dia merayu pada kawan ku utk membeli hensetnya, kerana mereka yg hanya tinggal berdua, menyewa di sebuah bilik kecil, don’t have money even for registration!
Aku terus keluar berjumpa pemuda itu yg masih teresak2 di luar rhesus sambil memeluk beg galasnya..
“ Kenapa sedih sgt ni dik..”
“ Akak.. Saya ada mak saya je kat dunia ni. Esok baru saya nak start keje 1st day.
Tiba2 jadi begini.. saya xde duit langsung kak... mcm mana nak byr duit hospital? Kalau kene bedah, saya takda duit lansung kak..”
Mencurah2 air mata pemuda itu tanpa segan...
Sahabatku,
Lihatlah bagaimana mereka berjuang dgn takdir hidup mereka.. Bagaimana dgn kita sahabat? Tanyalah sesiapa shj, pasti akan kata profesion kita ini mulia if betul pembawakannya. But on top of that, what about us? Tak dinafikan, ramai yg realized diri mereka tak sesuai jadi doctor once start bekerja.. Tapi siapa kita nak melawan takdir sahabatku? Hari ini kita di sini, but who knows di mana kita pd hari esok dan esok.. dan hiduplah to the fullest for today... Redha dan syukur sahabat dgn takdir yg cantik ini.
Sahabat,
Kita harus sedar, semakin byk keluhan, semakin resah dan sempit rasa dada.. If kita keep saying “ I don’t like this and that..” despite of, “ Alhamdulillah, permudahkan Ya Allah..”, selagi tu hari2 kita sukar dan penat sahabat..
Jom sahabat, kita sama2 bangun! Bukankah kita sudah ada impian untuk manage the first female hospital in Malaysia? It still on..so on! So kita kena kuat!
Jadikan mati sebagai ingatan.. hidupkan sisa hari2 kita dalam syukur dan tenang. Jgn sampai Allah jemput kita kembali dlm ketidaksyukuran, dalam kegusaran akan takdirnya, dan dlm kerebahan. Nauzubillah!!
Sahabat dunia akhirat ku..
Sekali lagi, i’m truly sorry sebab cannot put all these in words.. I’m hardly thinking of this decision for long times. And finally, tulisan ni pun terzahir jg sbb I really want u to be happy my dear. To be the real you, who inspired us most of the times! Please turn back!
Paling penting, jgn sesekali ingat aku sudah penat dengar keluhan mu sahabat. Tidak dan takkan sekali2. I’ll be here for you and will always be.. Kan kita dah janji nak bersahabat lagi di syurga? =) Moga Allah melindungimu sahabatku.. Moga kau bahagia dan tenang selalu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
mintak dicopy ye artikel ni..
jzkk~
Post a Comment