Wednesday, March 18, 2009

Meniru / menipu dalam exam


بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Untuk menjawab soalan ini, saya nukilkan terjemahan kata-kata Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin, seperti berikut:

- Tidak halal bagi seorang pelajar meniru ketika peperiksaan. Kerana perbuatan menipu termasuk dalam dosa-dosa berar, kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Sesiapa menipu, maka bukan dari kalangan kami".

-Dan kerana hasil kerja menirunya, dia akan berjaya dalam peperiksaan, dan diberikan slip peperiksaan, sedangkan dia tidak berhak memperolehinya.

-Kemudian, dia akan menjawat pekerjaan dalam negaranya, sedangkan jawatan-jawatan itu tidak layak diberikan kecuali kepada orang yang mempunyai sijil. Jika sijil yang diperolehinya adalah hasil daripada perbuatan meniru, maka dibimbangi gaji-gaji yang diperolehi adalah harta haram.

-Kerana, dia mendapat gaji tersebut walhal dia tidak berhak, kerana dia sebenarnya tidak mencapai kelayakan yang sebenar. Atau dengan kata lebih tepat, dia tidak mencapai tahap yang melayakkan dirinya menjawat sesuatu jawatan. Maka penerimaan gajinya adalah termasuk memakan harta tanpa hak.

-saudara-saudara dan anak-anak kita hendaklah berwaspada daripada perbuatan meniru dalam peperiksaan, dalam apa jua subjek.

- Kerana, apabila Kerajaan telah menyusun kurikulum dengan cara ini, dan pelajar memasuki sekolah, kolej atau universiti, dengan asas supaya pelajar dapat iltizam dengan semua subjek dan kurikulum, maka wajib pelajar menepati tuntutan ini, dan tidak melakukan khianat dalam apa jua subjek.

- Manakala sangkaan sesetengah orang bahawa tidak mengapa meniru dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, atau Matematik, sangkaan ini tidak berasas. Kerana semua subjek yang terdapat dalam kurikulum hendaklah dikuasai oleh pelajar. Dia juga diberikan sijil dengan kepercayaan dia menguasai semua subjek. Jika dia meniru dalam sesetengah subjek, maka ia dikira khianat terhadap amanahnya, dan pada hakikatnya dia tidak berjaya.

Wallahu A'lam

Rujukan: http://www.3llamteen.com/index.php?Itemid=46&id=786&option=com_content&task=view

4 comments:

Dr. Zaim_Asniel said...

bak kata Dr. MAt Paiman.. biarla kamu berjaya dengan bergaya.. tanpa sebarang penipuan

tapi ade la org tu.. dia kata tak tipu, tapi dia kata so called 'HELAH'

Poison Ivy said...

ya,dalil 'helah' ni beberapa kali juga digunakan oleh sesetengah org utk membenarkan perkara2 yg tak dibenarkan.tapi itu adalah penggunaan dalil hadis yg tak kena pada tempatnya.

Unknown said...

salam..nak tnya..
kalo kita guna buku2 medic yg photostat ilmu tu kira halal ker haram..?
yelah kita kn mengcopy buku tu tanpa kebenaran penulis...segala titik peluh dia..

Poison Ivy said...

waalaikumussalam wbt

boleh baca ulasan UZAR di sini: http://www.zaharuddin.net/content/view/723/95/