Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Buat Sahabat Tersayang (you know who you are)



Buat sahabat yang ku cintai dan kasihi kerana Allah swt...

Assalamualaikum warahmatullah....

First of all, maaf sebanyak2nya sebab surat ni aku terpaksa tulis untuk tatapanmu sahabat.. Sejujurnya, tiada niat lain titipan ini terhasil, melainkan sbg tanda kasih padamu sahabat, yg sesungguhnya aku kasihi hanya kerana Allah. Moga Allah berkati setiap tulisan ini dan pintu hati kita semua terbuka untuk ambil iktibar mana yang baik daripadanya..

p/s- maaf sebab tarpaksa meng’aku’ dan meng’kau’kan tulisan di bawah, sebab itu adalah ‘kita’...


Sahabat,

Alhamdulillah.. Almost 6 years we knew each other. 6 tahun terbaik dalam hidup, yg pastinya takkan dan sgt mustahil utk dilupakan. Sahabatku, Allah takdirkan kau hadir dlm hidup ini di waktu aku tercari2 makna dan haluan hidup yg sebenar. Kau tunjukkan jalan untuk aku mengenali Allah dan Rasul spt yg dikehendakiNya. Kau bimbing diri yg serba jahil dan ‘tak tahu’ ini untuk menjadi at least ‘nak tahu’. Alhamdulillah... U could never imagine how grateful I am (and we are) to have u in our life, giving us the wonderful colours..Truly!

Tapi kenapa sahabat, sejak akhir2 ini, semakin selalu aku dengar perkhabaran sedih dari dirimu? Pertama2 nya, wajib untuk kau faham bahawa aku bukan sekali2 mengeluh dgn khabar itu! Tidak dan takkan sekali2! In fact, aku bersyukur sebab terpilih untuk jadi tempat kau luahkan masalah.. Walaupun diri ni tak byk membantu, tapi kau pilih juga aku untuk mendengar..jazakillah

Tapi sahabatku, sudah setahun lebih kita di sini- di alam yg baru ini.. Aku tak nafikan, aku juga lemah.. Selalu tercari2 makna takdir yg Allah tentukan.. Alhamdulillah, hasil dorongan family dan sahabat2 yg tak pernah putus jd sumber kekuatan, and of course, belas kasihan dari Allah yg Maha Penyayang..I'm getting better..Segala puji bagi Allah..

Sahabat, bukan ini dirimu yg ku kenal. Jgn pernah berubah sahabat..

Sahabatku yg kukenal sgt kental jiwanya. Rela berdiri dgn gagahnya walaupun hanya dia, asalkan tahu kebenaran itu miliknya! Sahabatku yg ku kenal juga sanggup kekal di situ, walaupun melihat pendirian yg kau perjuangkan, dan perubahan yg kau mahu tidak diendahkan. Kau juga sanggup menetapkan hatimu dan menguatkan perasaanmu walau diuji pelbagai kesulitan.. Itu dirimu yg ku kenal!

Sahabat,

Suatu hari ketika di A&E, seorang makcik dibawa ke rhesus dlm keadaan menangis.. Dia jatuh ketika sedang bekerja di satu pusat membeli belah- ketika sedang membuang sampah. Hati terdetik, makcik setua ini masih bekerja seberat itu?

“ Tak nak operate.. tak nak operate..” Sadis aku mendengarkannya. Tangisannya seperti kanak2 kecil.

Right hip x-ray- intertrochenteric fracture..

Bila aku smpi berita tu padanya, dgn serta merta- “ Makcik da ok! Da sihat.. Tak sakit dah. Boleh jalan dah..” Waktu tu, not even a single movement at her right hip..

Dalam waktu yg sama aku melihat seorang pemuda mengintai2 pintu rhesus dalam keadaan mata yg merah dan muka yg basah dgn air mata.. He requested to see a male doctor, who’s also my friend. Rupa2nya pemuda itu adalah anak patient ku tadi. Dia merayu pada kawan ku utk membeli hensetnya, kerana mereka yg hanya tinggal berdua, menyewa di sebuah bilik kecil, don’t have money even for registration!

Aku terus keluar berjumpa pemuda itu yg masih teresak2 di luar rhesus sambil memeluk beg galasnya..

“ Kenapa sedih sgt ni dik..”

“ Akak.. Saya ada mak saya je kat dunia ni. Esok baru saya nak start keje 1st day.

Tiba2 jadi begini.. saya xde duit langsung kak... mcm mana nak byr duit hospital? Kalau kene bedah, saya takda duit lansung kak..”
Mencurah2 air mata pemuda itu tanpa segan...

Sahabatku,

Lihatlah bagaimana mereka berjuang dgn takdir hidup mereka.. Bagaimana dgn kita sahabat? Tanyalah sesiapa shj, pasti akan kata profesion kita ini mulia if betul pembawakannya. But on top of that, what about us? Tak dinafikan, ramai yg realized diri mereka tak sesuai jadi doctor once start bekerja.. Tapi siapa kita nak melawan takdir sahabatku? Hari ini kita di sini, but who knows di mana kita pd hari esok dan esok.. dan hiduplah to the fullest for today... Redha dan syukur sahabat dgn takdir yg cantik ini.

Sahabat,

Kita harus sedar, semakin byk keluhan, semakin resah dan sempit rasa dada.. If kita keep saying “ I don’t like this and that..” despite of, “ Alhamdulillah, permudahkan Ya Allah..”, selagi tu hari2 kita sukar dan penat sahabat..

Jom sahabat, kita sama2 bangun! Bukankah kita sudah ada impian untuk manage the first female hospital in Malaysia? It still on..so on! So kita kena kuat!
Jadikan mati sebagai ingatan.. hidupkan sisa hari2 kita dalam syukur dan tenang. Jgn sampai Allah jemput kita kembali dlm ketidaksyukuran, dalam kegusaran akan takdirnya, dan dlm kerebahan. Nauzubillah!!

Sahabat dunia akhirat ku..

Sekali lagi, i’m truly sorry sebab cannot put all these in words.. I’m hardly thinking of this decision for long times. And finally, tulisan ni pun terzahir jg sbb I really want u to be happy my dear. To be the real you, who inspired us most of the times! Please turn back!

Paling penting, jgn sesekali ingat aku sudah penat dengar keluhan mu sahabat. Tidak dan takkan sekali2. I’ll be here for you and will always be.. Kan kita dah janji nak bersahabat lagi di syurga? =) Moga Allah melindungimu sahabatku.. Moga kau bahagia dan tenang selalu...
Read more!

Saturday, June 12, 2010

Friday, August 14, 2009

Syurga



Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur" ...

Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.

(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,

"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".

Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).

Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.

Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;

Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.

Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -

(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",

Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".

Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.

Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).

Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.

Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.

Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;

Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.

Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).

Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[Al-Insan:6-31]
Read more!

Friday, April 3, 2009

Boring?!


Boredom reflects an internal void.
It reflects a lack of direction in life.
In every heart, there is a place which only the Creator can fill.
When you know that this life is not in vain,
when you believe that this world has a Mighty yet Loving Creator,
when you believe that you were created to worship this Creator,
when you start knowing Him and His Messengers (peace be upon them all),
when you start acting upon their guidance and revelation,
when you perceive that everything that occurs is decreed and for your best,
only then will you perceive the fact that time is not enough for all the obligations you have to fulfill before the end of your life…

And here is the rest of it. Read more!

Saturday, February 7, 2009

YouTube-The Rise and Fall of the Ummah



LYRICS:
The catastrophe became eminent in 1924
The might of Islam's Khilafah was no more
The world cornered the Muslims after depleting our core
They took out their militaries and came knocking on our doors
They then began to invade our countries from every shore
They taught us nationalism, tribalism and our unity was out the door
They made us pledge to useless flags and brought their kufr to our lands
They showed us their culture and we became instant fans
We abandoned our religion and so Allah abandoned us
We broke our deal with Allah within our mutual trust
We were supposed to remain obedient and in Allah place our trust
But we fell into sins and were betrayed by our lust
Allah sent us a Messenger who taught us success:
To aim for Jannah and love this dunya much less
But we took the blessings of honor and power for granted
So when we strayed from Islam, a wake-up call we were handed
The troops of the devil in our nations quickly landed
To colonize the Muslims, with their kufr so candid
But we still didn't learn and so soon we became related
They were far from Allah and Islam is what they hated
We, too loved this Dunya, and our Iman had long faded
We didn't realize that the gates of Jannah are gated
Earning Jannah means putting desires to the side
If we expect the gates of Paradise to open for us wide
But since we abandoned Allah and forgot our religion
Allah says Be and so He carries out His decision
The worst amongst us were made to lead us
But they, too were oppressors and didn't even feed us
Allah withdrew our Khilafah and woke us up to a reality
That our success is with Allah and not with ethnic principalities
That we need to put our ethnicities and worldly love to the side
And hold firmly to the rope of Allah, not swimming with the tide
Our return to success as an Ummah resides
In following the Prophets' and Sahaba's lives
In learning about and adhering sternly to the Qur'an and the Sunnah
And implementing Allah's laws collectively as an Ummah
To rise back to the top, we must return to our Deen
Beginning with our own individual beings
Then move onto our families, communites, and nations
Establishing with Allah the best of relations
So let's invest in the Aakhira instead of over-enjoying life
And be prepared for this means considerable strife
The hatred from the mouths of the kuffar continues to emanate
The time is for Jihad, and Salam to the Believers who participate
Allah's Messenger, Sal-Allahu Alayhi wa Sallam said
That the Kuffar would attack and Muslim blood would be shed
Because we're obsessed with the Dunya and abandoned Jihad
That we love this life and would hate to be dead
And until we return to our Deen, this condition remains
That we stand humiliated until we rethink our aims
We are here to establish Islam on this Earth
So by the Will of Allah, let's give Islam a rebirth!
Read more!

Friday, January 9, 2009

The Joy of A'ishah

'A'ishah narrated:

"Once, when I saw the Prophet in a good mood, I said to him: "O Messenger of Allah! Supplicate to Allah for me!"

So, he said: "O Allah! Forgive 'A'ishah her past and future sins, what she has hidden, as well as what she has made apparent."

So, I began smiling, to the point that my head fell into my lap out of joy.

The Messenger of Allah said to me: "Does my supplication make you happy?"

I replied: "And how can your supplication not make me happy?"

He then said: "By Allah, it is the supplication that I make for my Ummah in every prayer.""

[Reported in 'Sahih Mawarid adh-Dhaman' (# 1875), and it is in 'as-Silsilah as-Sahihah' (# 2254)]

"Verily, there has come to you a Messenger from amongst yourselves. It grieves him that you should experience any injury or difficulty. He is anxious over you; for the believers, he is full of pity, kind, and merciful."
[Qur'an at-Tawbah 9; 128]
Read more!

Tuesday, December 30, 2008

Ngaji Yuk!


Kelas mereka baru sahaja dirobohkan oleh rejim Zionis tapi semangat mereka tidak dapat dirobohkan. Mereka tetap kepingin untuk menuntut ilmu biarkan kelas tidak berdinding dan tidak beratap. Gambar ini di ambil di sekolah Arkam di bandar Gaza.(gambar lama)

“To educate a girl is to educate a whole family. And what is true of families is also true of communities and, ultimately, whole countries. Study after study has taught us that there is no tool for development more effective than the education of girls. No other policy is as likely to raise economic productivity, lower infant and maternal mortality, improve nutrition and promote health- including helping to prevent the spread of HIV/AIDS. No other policy is as powerful in increasing the chances of education for the next generation.”

(Kofi Annan, secretary general UN, 2004) – Illustrated textbook of paediatrics, 3rd generation, page 5.


Telah berkata seorang penyair;

‘Seorang ibu samalah dengan sekolah, jika anda pandai menyesuaikannya. Samalah seperti anda membangunkan suatu ummat yang baik keturunannya’

Pendidikan anak-anak dalam Islam (Jilid 1); Abdullah Nasih Ulwan,m/s 43

p/s; and For the great aim of education,is not knowledge but action!..jangan lelah ngaji deh..doakan!

.
Read more!

Tuesday, December 9, 2008

Spread your wings!


“Hold fast to your dreams, for without them life is a broken winged bird that cannot fly.” Langston Hughes

Assalamualaikum. I dedicate this poem to..dot dot dot..hehe.

Comfort zone.

I used to have a comfort zone where I knew I wouldn't fail.
The same four walls and busy work were really more like jail.
I longed so much to do the things I'd never done before,
But stayed inside my comfort zone and paced the same old floor.

I said it didn't matter that I wasn't doing much.
I said I didn't care for things like commission checks and such.
I claimed to be so busy with things inside my zone,
But deep inside I longed for something special of my own.

I couldn't let my life go by just watching others win.
I held my breath; I stepped outside and let the change begin.
I took a step and with new strength I'd never felt before,
I kissed my comfort zone goodbye and closed and locked the door.

If you're in a comfort zone, afraid to venture out,
Remember that all winners were at one time filled with doubt.
A step or two and words of praise can make your dreams come true.
Reach for your future with a smile;
Success is there for you!
Read more!

Sunday, October 12, 2008

katakan pada si Perindu CINTA..katakan pada si Pemilik CITA-CITA...katakan pada si PEMALAS!!!


Doa memohon hati yang bersih.- Riwayat Muslim no.2722

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindunganMu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan.

Derajat cita-cita oleh: DR. Aidh bin Abdullah Al Qarni.

Kejarlah yg paling tinggi. Sesungguhnya Nabiyullah Musa as saat diistimewakan Allah swt dengan kalam, ia mengatakan, “Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku, agar aku dapat melihatMu.

Kemuliaan tidak datang sebagai hadiah. Tapi diperoleh dengan peluh. Seperti burung Hud hud terbang membawa surat. Lalu keberaniaanya diabadikan dalam surat An Naml. Seperti seekor semut yg bergerak selalu tak kenal henti. Membutuhkan kesabaran berlipat dan waktu yg lama.

Lalu engkau ingin kemuliaan tanpa kesungguhan??
Ingin mencapai ketinggian, tapi lelap di waktu malam??
Berharap syurga, tapi meremehkan sunnah??

Rasul kita saw, berdiri solat hingga bengkak mata kakinya. Ia menyisipkan batu di perutnya kerana lapar. Padahal dia adalah seorang hamba yg terlindungi. Tapi bercucuran darahnya kerana lemparan batu. Dan ia hadapi setiap tipu daya.

Abu Bakar ra diseru dari salah satu pintu di antara delapan pintu syurga. Itu kerana hatinya terkait dengan Rabbnya di setiap detiknya. Seluruh perkataannya bersumber dari agamanya. Seluruh sikapnya berasal dari petunjuk. Ia tegakkan al haq di setiap keadaannya. Ia infakkan hartanya di jalan Allah. Ia hijrah dan tinggalkan keluarganya.

Umar ra mengenakan pakaian sobek. Merasa perih dan sakit jika mengingat kematian. Ia tempuh hidup dengan sangat hati-hati dalam masalah agama. Berlaku adil, bersedekah dan tunaikan tahajud. Memohon kepada Allah agar mati sebagai syahid. Lalu Allah rizkikan untuknya syahid di dalam masjid.

Keluarlah dari kerangkeng khayalan. Wahai orang yg tertawan oleh nyanyian. Bersihkan debu kemalasan. Tinggalkan orang yg hanya mampu mencela dan mengkritik. Siapapun yg berjalan maka ia pasti akan sampai. Apakah engkau lupakan ayat-ayat, engkau tunda-tunda solat, engkau abaikan perjalanan usia dengan berdagang, lalu engkau rindukan syurga??

Sungguh seekor semut tidak bisa kenyang kecuali setelah gigih mencari. Seekor macan tidak disebut raja hutan kecuali kerana terkaman dan lompatannya. Busur tidak pernah mengenai sasaran, kecuali ia keluar dari kantungnya. Pedang tidak mampu menebas, kecuali lebih tajam dari pisau.

Burung membangun sarangnya dari rumput-rumput kering. Keledai membawa jerami untuk mendapatkan makanannya . Laba-laba bekerja di rumah-rumah. Biawak menggali sendiri tempat persembunyiannya.

Sedangkan engkau mempunyai waktu. Tapi kepalamu bertopang dagu. Rasulullah saw bersabda, “peliharalah apapun yg bermanfaat untukmu.” Kerana sesuatu yg bermanfaat bagimu, bisa menaikkan dirimu. “mukmin yg kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yg lemah.” Kerana dengan kekuatanlah, istana yg indah bisa dibangun. Dan dengan kekuatanlah, kemuliaan bisa terenggut.

Pemilik cita-cita tidak pernah peduli dengan panas. Tidak takut menghadapi dingin. Tidak goyah oleh bahaya. Tidak gelisah oleh kepahitan. Itu kerana dia telah tertameng dengan kesabaran.

Pemilik cita-cita, mendahului umat ini menuju puncak. “dan orang-orang yg paling dahulu beriman. Mereka itulah orang-orang yg didekatkan (kepada Allah)”- Al Waqi’ah 10-11. Kerana mereka terlatih dengan amal-amal soleh. Kerana mereka telah melakukan banyak kebaikan.

Bumi berputar. Bulan berjalan. Sedangkan engkau tertidur dan tidak sedar. Engkau makan, minum, bermain, dan menyanyi, tenggelam dalam dosa.

Ketika Al Ahnaf merasa tersekat tenggorokannya kerana kemarahan, ia lalu memutuskan dirinya menjadi yg paling pemaaf. Ketika Hatim memberi makanannya untuk orang yg datang, mengeluarkan hartanya di musim kesulitan, ia menjadi contoh dalam kemurahan. Dan menjadi kisah kedermawanan di saat mudah dan sulit.

Telah rabun sebahagian pencari hadith kerana banyaknya meriwayatkan hadith. Tapi mereka tidak berhenti dan tidak diam hinggá mencapai usia akhirnya. Telah berjalan Imam Ahmad bin Hambal dari Bagdad ke Shan’a mencari hadith. Sedangkan engkau enggan sekadar menghafal do’a. Salah seorang mereka pergi ke Mesir, memakan waktu berbilang bulan. Pagi hari di perjalanan dan sore hari di perjalanan. Hanya untuk mencari satu buah hadith. Demi mencapai kemuliaan yg diabadikan.

Jika tanpa ujian berat, tak pernahlah Ahmad diseru dengan panggilan Imam As Sunnah. Cambukan telah menghantarnya pada kemuliaan. Ibnu Taimiyah dikurung dalam jeruji penjara. Tapi ia menyinari zamannya dengan ilmu.

Ketahuilah, air yg diam itu air yg rosak. Kerana ia tidak mengalir. Kerana ia tidak berjalan. Jika berjalan dan mengalir, ia akan menjadi manfaat bagi kehidupan.

Allah memerintahkan kita untuk beramal, dan ingin menyaksikan amal perbuatan kita. “Dan orang-orang yg bersungguh-sungguh di jalan Kami, pasti Kami beri petunjuk kepada mereka dengan jalan-jalan Kami.” Hidup ini adalah aqidah dan jihad. Kesabaran dan kekuatan. Pengorbanan dan perjuangan. Kebaktian dan kemenangan. Tidak ada tempat dalam hidup ini untuk yang banyak makan dan malas. Tidak ada tempat duduk di kenderaan dunia ini bagi yg tersingkirkan.

Carilah pahala sejak fajar. Membaca dan berdzikir. Atau doa dan mengucap syukur. Kerana saat itulah, waktu keberangkatan burung-burung dari sarangnya. Dan jangan lupakan: “ Allah memberkahi umatku pada kepagiannya.”

Katakan pada si pemalas yg gemar tidur. Yg berat bergerak dan suka melamun. Hapuskan tidur dari matamu. Buang kantuk dari kelopakmu. Engkau takkan pernah menjumpai setitis kemuliaan. Engkau takkan pernah menyaksikan secercah cahaya ketinggian. Sampai engkau berdiri dan melompat, bersama orang yg melompat. Sampai engkau lakukan apa yg harus dilakukan. Sampai engkau tempuh tangga demi tangga mencapai kemuliaan!
.
Read more!

Monday, September 8, 2008

La Tahzan!

Read more!