Thursday, May 21, 2009
Buat para pemfitnah
"Bahwa mazhab kami dalam Ushuluddin (Tauhid) adalah mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, dan cara (sistem) pemahaman kami adalah mengikuti cara Ulama Salaf. Sedangkan dalam hal masalah furu’ (fiqh) kami cenderung mengikuti mazhab Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Kami tidak pernah mengingkari (melarang) seseorang bermazhab dengan salah satu daripada mazhab yang empat. Dan kami tidak mempersetujui seseorang bermazhab kepada mazhab yang luar dari mazhab empat, seperti mazhab Rafidhah, Zaidiyah, Imamiyah dan lain-lain lagi. Kami tidak membenarkan mereka mengikuti mazhab-mazhab yang batil. Malah kami memaksa mereka supaya bertaqlid (ikut) kepada salah satu dari mazhab empat tersebut. Kami tidak pernah sama sekali mengaku bahwa kami sudah sampai ke tingkat mujtahid mutlaq, juga tidak seorang pun di antara para pengikut kami yang berani mendakwakan dirinya dengan demikian. Hanya ada beberapa masalah yang kalau kami lihat di sana ada nash yang jelas, baik dari Qur’an mahupun Sunnah, dan setelah kami periksa dengan teliti tidak ada yang menasakhkannya, atau yang mentaskhsiskannya atau yang menentangnya, lebih kuat daripadanya, serta dipegangi pula oleh salah seorang Imam empat, maka kami mengambilnya dan kami meninggalkan mazhab yang kami anut, seperti dalam masalah warisan yang menyangkut dengan kakek (datuk) dan saudara lelaki; Dalam hal ini kami berpendirian mendahulukan kakek (datuk), meskipun menyalahi mazhab kami (Hambali)."
Adapun yang mereka fitnah kepada kami, sudah tentu dengan maksud untuk menutup-nutupi dan menghalang-halangi yang hak, dan mereka membohongi orang banyak dengan berkata: `Bahwa kami suka mentafsirkan Qur’an dengan selera kami, tanpa mengendahkan kitab-kitab tafsirnya. Dan kami tidak percaya kepada ulama, menghina Nabi kita Muhammad Shalallahu 'alaihi wassalam’ dan dengan perkataan `bahwa jasad Nabi Shalallahu 'alaihi wassalam itu buruk di dalam kuburnya. Dan bahwa tongkat kami ini lebih bermanfaat daripada Nabi, dan Nabi itu tidak mempunyai syafaat.
Dan ziarah kepada kubur Nabi itu tidak sunat, Nabi tidak mengerti makna "La ilaha illallah" sehingga perlu diturunkan kepadanya ayat yang berbunyi: "Fa’lam annahu La ilaha illallah," dan ayat ini diturunkan di Madinah. Dituduhnya kami lagi, bahwa kami tidak percaya kepada pendapat para ulama. Kami telah menghancurkan kitab-kitab karangan para ulama mazhab, karena didalamnya bercampur antara yang hak dan batil. Malah kami dianggap mujassimah (menjasmanikan Allah), serta kami mengkufurkan orang-orang yang hidup sesudah abad keenam, kecuali yang mengikuti kami. Selain itu kami juga dituduh tidak mahu menerima bai’ah seseorang sehingga kami menetapkan atasnya `bahwa dia itu bukan musyrik begitu juga ibu-bapaknya juga bukan musyrik.’
Dikatakan lagi bahwa kami telah melarang manusia membaca selawat ke atas Nabi Shalallahu 'alaihi wassalam dan mengharamkan berziarah ke kubur-kubur. Kemudian dikatakannya pula, jika seseorang yang mengikuti ajaran agama sesuai dengan kami, maka orang itu akan diberikan kelonggaran dan kebebasan dari segala beban dan tanggungan atau hutang sekalipun.
Kami dituduh tidak mahu mengakui kebenaran para ahlul Bait Radiyallahu 'anhum. Dan kami memaksa menikahkan seseorang yang tidak kufu serta memaksa seseorang yang tua umurnya dan ia mempunyai isteri yang muda untuk diceraikannya, karena akan dinikahkan dengan pemuda lainnya untuk mengangkat derajat golongan kami.
Maka semua tuduhan yang diada-adakan dalam hal ini sungguh kami tidak mengerti apa yang harus kami katakan sebagai jawapan, kecuali yang dapat kami katakan hanya "Subhanaka - Maha suci Engkau ya Allah" ini adalah kebohongan yang besar. Oleh karena itu, maka barangsiapa menuduh kami dengan hal-hal yang tersebut di atas tadi, mereka telah melakukan kebohongan yang amat besar terhadap kami. Barangsiapa mengaku dan menyaksikan bahwa apa yang dituduhkan tadi adalah perbuatan kami, maka ketahuilah: bahwa kesemuanya itu adalah suatu penghinaan terhadap kami, yang dicipta oleh musuh-musuh agama ataupun teman-teman syaithan dari menjauhkan manusia untuk mengikuti ajaran sebersih-bersih tauhid kepada Allah dan keikhlasan beribadah kepadaNya.
Kami beri’tiqad bahwa seseorang yang mengerjakan dosa besar, seperti melakukan pembunuhan terhadap seseorang Muslim tanpa alasan yang wajar, begitu juga seperti berzina, riba’ dan minum arak, meskipun berulang-ulang, maka orang itu hukumnya tidaklah keluar dari Islam (murtad), dan tidak kekal dalam neraka, apabila ia tetap bertauhid kepada Allah dalam semua ibadahnya." (Shiyanah al-Insan, m.s 475)
http://www.assalafi.net/print.php?id_artikel=57
Read more!
Tuesday, May 19, 2009
Monday, May 18, 2009
Beberapa pendapat Imam Syafie
abuumair1.wordpress.com
Apabila disebut nama Imam Syafie, rata-rata umat Islam mengenalinya. Apatah lagi di negara seperti Malaysia, yang majoriti umat Islam bermazhab Syafie. Pun begitu, ada pendapat atau pegangan Imam besar ini yang tidak popular di negara kita, atau sengaja tidak dipopularkan. Antaranya:
1) Imam Syafie berakidah Allah Taala berada di atas Arasy.
Imam Syafie berkata: “Pegangan dalam sunnah yang aku berada di atasnya, dan dipegang oleh mereka yang aku temui seperti Sufian, Malik dan lain-lain ialah menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, dan Allah berada di atas arasyNya di langitNya, mendekati makhlukNya sebagaimana Dia kehendaki, turun ke langit dunia sebagaimana Dia kehendaki”. Al-Uluw oleh Al-Zahabi (hlmn: 165), Ijtima’ Al-Juyusy Al-Islamiyyah (hlmn: 165).
2) Imam Syafie menegaskan kewajipan beriman dengan segala sifat Allah, dan sifat Allah hendaklah dipelajari melalui syarak, bukan dengan akal.
Kata Imam Syafie: “Allah Taala mempunyai nama-nama dan sifat-sifat. Tidak boleh seseorang pun menolaknya. Sesiapa yang menyalahi selepas tertegak hujah di hadapannya, maka dia menjadi kufur. Manakala sebelum tertegaknya hujah, dia dimaafkan dengan alasan jahil. Kerana ilmu tentangnya tidak dapat diperolehi dengan akal, pandangan, dan fikiran”. (Fathul Bari 20/494)
3) Imam Syafie berpendapat pahala bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”. (Al-Najm: 39).
Ibn Katsir berkata, “Daripada ayat yang mulia ini, Imam Syafie -rahimahullah- dan mereka yang mengikutinya mengeluarkan hukum bahawa pahala hadiah bacaan (Al-Quran) tidak sampai kepada orang-orang yang mati”. (Tafsir Ibn Katsir: 7/465).
4) Imam Syafie melarang bersembahyang berimamkan orang Syiah.
Al-Buwaitiy (murid Imam Syafie) bertanya kepada Imam Syafie, “Bolehkah aku bersembahyang di belakang orang Syiah?”
Imam Syafie berkata, “Jangan bersembahyang di belakang orang Syiah, orang Qadariyyah, dan orang Murjiah”
Al-Buwaitiy bertanya pula tentang sifat-sifat mereka. Lalu Imam Syafie menyifatkan, “Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan Umar bukan imam, maka dia Syiah”. (Siyar A’lam Al-Nubala 10/31).
5) Imam Syafie mencela kumpulan sufi.
Imam Syafie berkata: “Kalau seorang lelaki bertasauf pada awal pagi, tidak sampai waktu Zohor kamu akan mendapati dia sudah menjadi bebal”. (Manaqib Al-Syafie 2/208)
Kata beliau lagi: “Tidak ada seorang pun melazimi golongan sufi selama 40 hari, kemudian akalnya boleh kembali (seperti sediakala)”. (Talbis Iblis: 371)
Kata beliau lagi: “Seorang sufi tidak menjadi sufi melainkan ada padanya empat sifat:
- sangat malas
- banyak makan
- banyak tidur
- banyak cakap kosong”.
(Manaqib Al-Syafie 2/208).
Antara kata-kata Imam Syafie lagi tentang tasauf: “Tasauf diasaskan di atas kemalasan”. (Hilyatul Awliya).
Beliau juga berkata: “Aku mendampingi golongan sufi selama tiga puluh tahun, aku tidak melihat seorang pun dalam kalangan mereka berakal kecuali Muslim Al-Khawwash”. (Talbis Iblis: 447).
6) Imam Syafie mencela orang yang mendalami ilmu kalam.
Kata Imam Syafie: “Hukumanku terhadap ahli kalam ialah mereka hendaklah dipukul dengan pelepah-pelepah, diusung di atas unta, dan bawa mengelilingi kabilah-kabilah. Dilaungkan kepada mereka: Inilah balasan orang yang meninggalkan Kitab dan Sunnah, dan mempelajari ilmu kalam”. (Tawali al-Ta’sis: 64).
7) Imam Syafie mewajibkan tunduk kepada dalil, bukan taksub kepada imam.
Kata Imam Syafie: “Ulama telah berijmak (sepakat) bahawa sesiapa yang telah nyata baginya sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak halal dia meninggalkannya kerana mengikut pendapat seseorang”. (Madarij al-Salikin 2/335). Read more!
Thursday, February 5, 2009
Tidak Boleh Ingkar Masalah Khilaf?
“Tidak boleh ingkar masalah khilaf”. Inilah ungkapan yang kadangkala membantut sesuatu perbincangan atau penilaian terhadap kesahihan sesuatu pendapat atau amalan. Kata-kata ini kerap dijadikan benteng untuk mempertahankan satu-satu pendapat sekalipun pendapat itu tidak muktabar dalam syariat.
Ungkapan “Tidak boleh ingkar masalah khilaf” sangat masyhur, sehingga sebahagian ulama menjadikannya sebagai satu kaedah dalam feqah dan memasukkannya dalam karangan-karangan tentang qawaed feqah. Tetapi sebahagian kita memahaminya dengan cara yang silap. Kononnya asalkan ia dikira sebagai satu pendapat, maka automatik permasalahan tersebut dilabelkan sebagai permasalahan khilaf yang tidak boleh diingkari.
Kesilapfahaman terhadap kaedah ini berpunca daripada kekaburan antara masalah khilaf yang harus diperselisihkan dan masalah khilaf yang tidak harus diperselisihkan. Atau dengan kata lain, perbezaan antara khilaf yang muktabar dan khilaf yang tidak muktabar.
Al-Imam Al-Izz Ibn Abd Al-Salam memperincikan perbezaan antara dua jenis khilaf ini. Beliau menyebut:
“Orang yang mengambil pendapat yang diperselisihkan, terdapat dua situasi.
Pertama: Masalah khilaf itu ialah masalah yang mesti dibatalkan hukumnya. Dalam permasalahan ini tidak ada jalan untuk bertaqlid padanya disebabkan ia adalah satu kesilapan semata-mata…
Kedua: Masalah khilaf itu ialah masalah yang tidak dibatalkan hukumnya. Maka tidak salah melakukannya atau meninggalkannya, jika seseorang itu bertaqlid dengan sebahagian ulama.” (Al-Qawaed Al-Kubra 2/371).
Daripada kenyataan Al-Imam Al-Izz, kita mendapati ada pembahagian masalah khilaf kepada khilaf yang tidak harus, dan khilaf yang harus. Jadi, sebelum mengingkari sesuatu masalah atau melarang orang lain mengingkari sesuatu masalah, kita terlebih dahulu mesti dapat membezakan antara dua jenis khilaf ini. Kemudian, perlu mengkaji pula adakah sesuatu masalah itu termasuk dalam jenis yang pertama atau kedua. Selepas itu barulah boleh diaplikasikan kaedah ‘Tidak Boleh Diingkari Masalah Khilaf” secara betul.
Khilaf Yang Tidak Muktabar
Pendapat yang tidak muktabar ialah pendapat yang sudah jelas kebatilannya, dan dipastikan kesilapannya berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan nyata. Lalu kita putuskan bahawa ia adalah pendapat yang silap tanpa ada sebarang keraguan.
Khilaf jenis inilah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dalam kitabnya Al-Risalah:
“Aku (Al-Syafie) berkata: Khilaf terdapat dua jenis. Pertama: Khilaf yang haram. Dan aku tidak mengatakannya (haram) dalam jenis yang satu lagi”.
Imam Syafie juga memperincikan apakah maksud khilaf yang haram, dengan kata-katanya:
“Setiap perkara yang telah Allah dirikan hujah dengannya di dalam kitabNya, atau di atas lidah NabiNya secara nas yang jelas, maka tidak halal berselisih pendapat padanya bagi orang yang mengetahuinya”. (Al-Risalah: 1/560).
Khilaf yang tidak muktabar seperti ini mestilah diingkari dan diperjelaskan kedhaifan atau keganjilannya, serta diterangkan kesahihan pendapat yang lain dengan hujah. Jadi, kaedah “Tidak boleh ingkar masalah khilaf” tidak meliputi jenis khilaf ini.
Khilaf Yang Muktabar
Setelah kita mengenali khilaf yang tidak muktabar, kita dapat mengenali khilaf yang muktabar. Iaitu masalah-masalah yang dibenarkan berijtihad padanya. Secara dasar, dalam masalah-masalah yang khilafnya muktabar, diharuskan berpegang kepada mana-mana pendapat samada melalui pentarjihan dengan dalil, atau taqlid kepada ulama yang muktabar.
Merujuk kepada jenis khilaf ini, Sufyan Al-Tsaury berkata, “Apa-apa yang diperselisihkan oleh fuqaha, aku tidak melarang seorang pun dari kalangan sahabat-sahabatku untuk berpegang dengannya”. (Al-Faqih Wa Al-Mutafaqqih 2/69).
Ibn Taimiyyah berkata, “Dalam masalah-masalah ijtihadiyyah, sesiapa beramal dengan pendapat sebahagian ulama, tidak boleh diingkari”. (Majmuk Fatawa 20/207).
Jadi, kita boleh simpulkan bahawa bukan semua permasalahan khilaf tidak boleh diingkari. Ada masalah khilaf yang boleh malahan mesti diingkari, dan ada masalah khilaf yang tidak boleh diingkari, iaitu masalah-masalah ijtihadiyyah.
Di samping itu, mengingkari masalah-masalah khilaf yang tidak muktabar bukan bermaksud mencerca dan mencaci pendapat dhaif tersebut. Bukan juga dengan cara merendah-rendahkan martabat ulama yang mengeluarkan pendapat tersebut. Tindakan seperti ini bukan disiplin yang diajar oleh agama dalam mengingkari sesuatu yang salah.
Maksud mengingkari pendapat yang tidak muktabar ialah menerangkan kedhaifan dan keganjilan pendapat tersebut, disamping menyatakan pendapat yang sahih beserta hujah-hujahnya. Dan ia mestilah dilakukan secara beradab dan ilmiyyah.
Wallahu A’lam.
http://abuumair1.wordpress.com/2009/02/01/tidak-boleh-ingkar-masalah-khilaf/ Read more!
Wednesday, December 24, 2008
Taisir vs Tasahul
Taisir dan Tasahul. Dua perkataan Bahasa Arab ini jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, kedua-duanya berasal dari kata dasar yang sama iaitu MUDAH. Taisir ialah: memudahkan. Tasahul pula ialah: mengambil mudah, atau bermudah-mudahan.
Yang dimaksudkan dengan Taisir dan Tasahul di sini ialah pendekatan seseorang ahli agama, mufti, organisasi fatwa dan lain-lain dalam mengeluarkan fatwa dan hukum.
Metod Taisir (memudahkan) diakui wujud dalam syariat Islam, iaitu dalam ucapan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, “Permudahkan dan jangan memayahkan”. Ungkapan baginda ini direkod dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
Di dalam Al-Quran juga terdapat banyak ayat-ayat yang menyerlahkan bahawa Islam itu mudah dan bukannya payah.
Namun, pendekatan memudahkan tidak harus disalahgunakan hingga terkena pula penyakit mengambil jalan mudah. Contohnya, dalam menyelesaikan suatu permasalahan feqah, seorang mufti tidak boleh sengaja mencari-cari manakah pendapat ulama yang paling ringan dengan hujah Islam itu mudah, dan tidak memayahkan. Sebaliknya, mufti yang amanah mesti mengeluarkan fatwa yang dipercayai bahawa ia adalah hukum yang paling hampir dengan kebenaran. Sudah pasti yang paling sahih dalilnya, dan paling kukuh hujahnya.
Para sarjana Islam telah bersepakat bahawa haram bagi seseorang memilih pendapat-pendapat yang paling mudah dalam segala masalah.
Sulaiman al-Taimiy berkata: “Jika kamu mengambil pendapat mudah dari setiap orang alim, maka terhimpunlah segala keburukan pada kamu”. Ibn Abdil Barr menulis komentar berikut: “Perkara ini adalah ijmak yang aku tidak mengetahui ada perselisihan padanya”. (lihat: Jamik Bayan al-Ilm Wa Fadhlih, hlmn: 2/91).
Al-Auza’i pula menuturkan kata-kata yang lebih keras, “Sesiapa yang mengambil pendapat-pendapat ganjil ulama, maka terkeluar dari Islam”. (lihat: Siyar A’lam an-Nubala 7/125).
Haram juga bagi seseorang mufti bersikap Tasahul (bermudah-mudahan) dalam fatwa, dan haram meminta fatwa dari mufti yang dikenali dengan sikap itu.
Ibn Muflih Al-Hanbali berkata, “Haram bagi mufti bersikap tasahul (bermudah-mudahan) dan haram bertaqlid kepada mufti yang dikenali dengan sikap itu”. (lihat: Zajrul Fuqaha An Tatabbu’ Rukhas al-Fuqaha, hlmn: 66).
Justeru, dalam mengaplikasikan pendekatan Taisir (memudahkan), jangan sampai kepada sikap mengambil jalan mudah, dan memilih mana-mana pendapat yang dilihat paling mudah. Kerana taisir dituntut, dan tasahul dikutuk.
Pendekatan Taisir pula mesti diaplikasikan dengan berlandaskan kepada prinsip-prinsipnya yang telah digariskan oleh ilmuan Islam. Antara buku yang dicadangkan untuk dibaca dalam tajuk ini ialah, karangan syeikhuna Dr Muhammad Sa’d bin Ahmad Al-Yubi, pensyarah Universiti Islam Madinah. Judulnya: ‘Dhawabit Taisir al-Fatwa Wa al-Radd ‘Ala al-Mutasahilin Fiha’.
Sekian. Read more!
Friday, November 7, 2008
Sikap Ahlus-Sunnah Terhadap Kesalahan Ulama
Oleh Syaikh Abdul Muhsin Bin Hamd Al-‘Abbad Al-Badr
Dipetik dari almanhaj.or.id dengan sedikit editing.
Sepeninggal Rasulullah tidak ada seorangpun yang ma’sum (terbebas dari kesalahan). Begitu pula orang alim ; dia pun tidak akan lepas dari kesalahan. Seseorang yang terjatuh dalam kesalahan, janganlah kesalahannya itu digunakan untuk menjatuhkan dirinya. Dan tidak boleh kesalahannya itu menjadi sarana untuk membuka kejelekannya yang lain dan melakukan tahdzir [1] terhadapnya. Seharusnya kesalahannya yang sedikit itu dima’afkan dengan banyaknya kebenaran yang dia miliki. Apabila ada ulama yang telah meninggal ternyata salah pendapatnya, maka hendaknya kita tetap memanfaatkan ilmunya, tetapi jangan mengikuti pendapatnya yang salah, dan tetap mendo’akan serta mengharap kepada Allah agar mencurahkan rahmat kepadanya. Adapun bila orang yang pendapatnya salah itu masih hidup, apakah dia seorang ulama atau sekedar penuntut ilmu, maka kita ingatkan kesalahannya itu dengan lembut dengan harapan dia bisa mengetahui kesalahannya sehingga dia kembali kepada kebenaran.
Ulama yang telah wafat yang memiliki kesalah dalam masalah akidah adalah Al-Baihaqi, An-Nawawi dan Ibnu Hajar Al-Asqalani. Meskipun demikian, ulama dan para penuntut ilmu tetap memanfaatkan ilmunya. Bahkan, karya-karyanya menjadi rujukan penting bagi orang-orang yang bergelut dalam bidang ilmu-ilmu agama.
Tentang Al-Baihaqi, Adz-Dzahabi memberi komentar dalam kitab As-Siyar (XVIII/163 dan seterusnya), Adz-Dzahabi berkata, “Beliau adalah seorang penghafal hadits, sangat tinggi ilmunya, teguh pendirian, ahli hukum dan tuan guru umat Islam”.
Adz-Dzahabi menambahkan, “Beliau adalah orang diberkahi ilmunya, dan mempunyai karya-karya yang bermanfaat”. Ditambahkan pula, “Beliau pergi ke luar dari negerinya dalam rangka mengumpulkan hadits dan membuat karya tulis. Beliau mengarang kitab As-Sunan Al-Kubra dalam sepuluh jilid. Tidak ada orang yang menandingi beliau”.
Adz-Dzahabi juga menyebutkan bahwa Al-Baihaqi memiliki karya-karya tulisan lainnya yang sangat banyak. Kitabnya As-Sunan Al-Kubra telah dicetak dalam sepuluh jilid tebal. Dia menukil perkataan Al-Hafizh Abdul Ghafir bin Ismail tentang Al-Baihaqi. Katanya , “Karya-karya beliau hampir mencapai seribu juz (jilid). Suatu prestasi yang belum ada serorangpun yang menandingi. Beliau membuat metode penggabungan ilmu hadits dan fikih, penjelasan tentang sebab-sebab cacatnya sebuah hadits, serta cara menggabungkan antara hadits yang terlihat saling bertentangan”.
Imam Adz-Dzahabi juga berkata, “Karya-karya Al-Baihaqi sangat besar nilainya, sangat luas fedahnya. Amat sedikit orang yang mampu mempunyai karya tulis seperti beliau. Sudah selayaknya para ulama memperhatikan karya-karya beliau, terutama kitabnya yang berjudul As-Sunan Al-Kubra”.
Adapun tentang An-Nawawi, Adz-Dzahabi mengomentarinya dalam kitab Tadzkirah Al-Huffaz (IV/259). Adz-Dzahabi berkata, “Beliau adalah seorang imam, penghafal hadits yang ulung, teladan bagi ummat, tuan guru umat Islam, dan penghulu para wali. Beliau memiliki karya-karya yang bermanfaat”.
Ditambahkan pula, “Beliau juga seorang yang bersungguh-sungguh dalam memegang teguh agamanya, sangat menjaga sifat wara’ dan sangat berhati-hati sampai pada perkara yang remeh sekalipun, selalu membersihkan jiwa dari noda dan kotoran. Beliau adalah seorang penghapal hadits dan ahli dalam segala cabang-cabang ilmu hadits ; ilmu tentang periwayatan hadits, ilmu untuk mengetahui hadits yang shahih dan yang dha’f ; begitu juga ilmu tentang cacat-cacat hadits. Beliau juga seorang tokoh terkemuka yang mengetahui madzhab (Syafi’i)”.
Ibnu Katsir mengatakan dalam Al-Bidayah Wa An-Nihayah(XVII/540), “Kemudian beliau memfokuskan perhatian kepada tulis menulis. Banyak karya tulis yang telah dibuat beliau. Karya-karya beliau ada yang sudah selesai dan utuh, namun ada pula yan belum. Karya-karya beliau yang sudah selesai dan utuh diantaranya : Syarah Musli, Ar-Raudah, Al-Minhaj, Riyadush Shalihin, Al-Adzkar, At-Tibyan, Tahrir At-Tanbih wa Tashhihih, Tahdzib Al-Asma’ wa Al-Lughat, Thabaqat Al-Fuqaha dan yang lain-lain. Adapun kitab-kitab beliau yang belum selesai penulisannya di antaranya adalah kitab Syarah Al-Muhadzdzab yang dinamakan Al-Majmu’. Kitab ini seandainya bisa beliau selesaikan niscaya menjadi kitab yang tiada bandingnya. Pembasahan kitab ini baru sampai pada bab riba. Beliau menulis kitab tersebut dengan sangat baik. Dibahasnya di kitab tersebut masalah fikih yang ada dalam madzhabnya maupun yang di luar madzhabnya. Beliau juga membahas hadits-hadits sebagaimana mestinya ; diterangkan di situ kata-kata yang sulit (asing), tinjauan-tinjauan bahasa, serta berbagai hal penting lainnya yang tidak ditemukan dalam kitab lainnya. Belum pernah saya menemukan pembahasan kitab fiqih sebagus kitab tersebut, sekalipun kitab tersebut masih perlu banyak penambahan dan penyempurnaan”.
Walaupun karya-karya beliau sangat banyak, namun umur beliau cukup muda. Beliau hidup hanya sampai umur empat puluh lima tahun. Beliau lahir pada tahun 631H dan wafat pada tahun 676H.
Adapun Ibnu Hajar Al-Asqalani, beliau adalah seorang imam yang masyhur dengan karya-karyanya yang banyak. Karya beliau yang terpenting adalah kitab Fathul Bari yang merupakan kitab syarah (penjelasan) dari kitab Shahih Al-Bukhari. Kitab tersebut menjadi kitab rujukan yang penting bagi para ulama. Kitab-kitab beliau yang lain adalah Al-Ishabah, Tahdzib At Tahdzib, Taqrib At Tahdzib, Lisan Al Mizan, Ta’jil Al Manfa’ah, Bulughul Maram, dan lain-lain.
Sa’id bin Al-Musayyab (wafat 93H) berkata, “Seorang ulama, orang yang mulia, atau orang yang memiliki keutamaan tidak akan luput dari kesalahan. Akan tetapi, barangsiapa yang keutamaannya lebih banyak dari kekurangannya, maka kekurangannya itu akan tertutup oleh keutamaannya. Sebaliknya, orang yang kekurangannya mendominasi, maka keutamaannya pun akan tertutupi oleh kesalahannya itu”
Para salaf yang lain berkata, “Tidak ada seorangpun ulama yang terbebas dari kesalahan. Barangsiapa yang sedikit salahnya dan banyak benarnya maka dia adalah seorang ‘alim. Dan barangsiapa yang salahnya lebih banyak dari benarnya maka dia adalah orang yang jahil (bodoh)” [Lihat Jami’ Bayan Fadhli Al-Ilmi karya Ibnu Abdil Barr (II/48).
Abdullah bin Al Mubaraak (wafat 181H) berkata,”Apabila kebaikan seorang lebih menonjol daripada kejelekannya maka kejelekannya tidak perlu disebutkan. Sebaliknya, apabila kejelekan seseorang lebih menonjol daripada kebaikannya maka kebaikannya tidak perlu disebutkan” [Lihat kitab Siyar ‘Alam An Nubala karya Adz-Dzahabi VIII/352 cetakan pertama]
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah (wafat 728H) berkata, “perlu diketahui bahwa kelompok-kelompok yang menisbatkan kepada figure-figur tertentu dalam masalah ushuluddin (pokok-pokok agama) dan juga kelompok ahli kalam, mereka terdiri dari beberapa tingkatan. Di antara mereka ada yang menyelisihi sunnah pada masalah yang sangat prinsipil dan ada juga yang menyelisihi sunnah pada persoalan samar (sulit diketahui benar tidaknya).
Bila ada dari mereka yang membantah kebatilan kelompok lainnya yang lebih menyimpang dari sunnah, maka kita puji bantahan mereka dan kebenaran yang mereka ucapkan. Akan tetapi, sayang, terkadang mereka melampui batas dalam menyampaikan bantahan tersebut. Terkadang dalam bantahan tersebut mereka menyalahi kebenaran dan mengatakan hal-hal yang batil. Terkadang mereka membantah bid’ah yang besar dengan bid’ah yang lebih ringan ; membantah kebatilan dengan kebatilan yang lebih ringan. Ini sering kita jumpai di kalangan ahli kalam yang menisbatkan diri mereka kepada Ahlussunnah wal Jama’ah.
Orang-orang seperti mereka itu, meskipun perbuatan bid’ahnya tidak membuat mereka keluar dari jama’ah kaum muslimin, tetapi karena bid’ah tersebut mereka jadikan dasar saling loyal dan saling memusuhi, maka tetap saja perkara tersebut dianggap sebagai suatu kesalahan. Akan tetapi, Allah mengampuni orang-orang mu’min yang melakukan kesalahan seperti ini.
Banyak para Salaf dan para imam yang terjatuh pada kesalahan yang semacam itu. Mereka lontarkan perkataan-perkataan berdasarkan ijtihad mereka yang ternayat bertentangan dengan Al-Qur’an dan Sunnah. Akan tetapi, tindakan para Salaf tadi berbeda dengan orang-orang yang mau loyal terhadap orang-orang yang menyetujui pendapatnya, sementara memusuhi orang-orang yang menyelisihi pendapatnya, serta memecah belah jama’ah kaum muslimin, mengkafirkan dan memberi cap fasiq ; bahkan menghalalkan jiwa orang-orang yang menyelisihi mereka dalam perkara-perkara yang didasarkan pada pendapat dan ijtihad.Mereka ini adalah kelompok yang suka memecah belah dan senang bertengkar” [Lihat kitab Majmu ‘Al-Fatawa III/348-349]
Beliau berkata pada halaman lain (XIX/191-192) , “Banyak para ulama ahli ijtihad yang Salaf maupun khalaf, mereka mengatakan sebuah perkataan atau melakukan perbuatan yang termasuk kebid’ahan sementara mereka tidak mengetahui bahwa perkara tersebut adalah bid’ah. Hal itu dikarenakan beberapa sebab, di antaranya karena mereka menetapkan shahih sebuah hadits padahal dha’if, atau dikarenakan pemahaman yang salah terhadap ayat-ayat Al-Qur’an. Ada kalanya hal itu juga dikarenakan mereka ijtihad dalam sebuah masalah, padahal dalil-dalil yang menjelaskannya,namun dall-dalil tersebut belum sampai kepada mereka. Apabila tindakan mereka itu masih dalam rangka melakukan ketakwaan kepada Allah semampu mereka, maka mereka termasuk dalam firman Allah Ta’ala.
“Artinya : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kamu tersalah” [Al-Baqarah : 286]
Dalam shahih Bukhari disebutkan bahwa Allah menjawab, “Sungguh, telah Aku lakukan”.
Adz-Dzahabi (wafat 748H) mengatakan, “Sesungguhnya seorang ulama besar, apabila kebenarannya lebih banyak, dan diketahui bahwa dirinya adalah pencari kebenaran, luas ilmunya, tampak kecerdasannya, dikenal kepribadiannya yang shalih, wara’ dan berusaha mengikuti sunnah maka kesalahannya dimaafkan. Kita tidak boleh mencap sesat, tidak boleh meninggalkannya, dan melupakan kebaikannya. Memang benar, kita tidak boleh mengikuti bid’ah dan kesalahannya. Kita do’akan semoga dia bertaubat dari perkara itu. [Lihat Siyar A’lam An-Nubala V/271]
Beliau menambahkan, “Kalau setiap kali seorang ulama (kaum muslimin) salah berijtihad dalam suatu permasalahan yang bisa dimaaflkan kita bid’ahkan dan kita jauhi, maka tidak ada seorang pun yang selamat, apakah itu Ibnu Nashr, Ibnu Mandah, atau orang yang lebih hebat dari keduanya sekalipun. Allah yang memberi petunjuk kebenaran kepada makhlukNya, dan Dia adalah dzat Yang Maha Penyayang. Kami berlindung kepada Allah dari hawa nafsu dan perangai yang kasar” [Lihat Siyar A’lam An-Nubala XIV/39-40]
Beliau juga berkata, “Kalau setiap orang-orang yang salah berijtihad kita tahdzir dan kita bid’ahkan, padahal kita mengetahui bahwa dia memiliki iman yang benar dan berusaha keras mengikuti kebenaran, maka amat sedikit ulama yang selamat dari tindakan kita. Semoga Allah merahmati semuanya dengan karunia dan kemuliaanNya” [Lihat Siyar A’lam An-Nubala XIV/376]
Beliau menambahkan, “Kami mencintai sunnah dan para pengikutnya. Kami mencintai ulama dikarenakan sikap mereka yang berusaha mengikuti sunnah dan juga sifat-sifat terpuji yang mereka miliki. Sebaliknya, kami membenci perkara-perkara bid’ah yang dilakukan ulama yang biasanya dihasilkan dari penakwilan-penakwilan. Sesungguhnya yang menjadi parameter adalah banyaknya kebaikan yang dimiliki” [Lihat Siyar A’lam An-Nubala XX/46]
Ibnul Qayyim (wafat 751H) berkata, “Mengenal keutamaan, kedudukan, hak-hak dan derajat para ulama Islam, dan mengetahui bahwa keutamaan mereka, ilmu mereka miliki, dan keikhlasan yang mereka lakukan semata-mata karena Allah dan Rasulullah, tidak mengharuskan kita menerima seluruh perkataan mereka. Begitu juga, apabila ada fatwa-fatwa mereka tentang permasalahan yang belum mereka ketahui dalil-dalinya, kemudian mereka berijtihad sesuai dengan ilmu yang mereka miliki, dan ternyata salah, maka hal itu tidak mengharuskan kita membuang seluruh perkataan mereka atau mengurangi rasa hormat kita, atau bahkan mencela mereka. Dua sikap diatas menyimpang dari sikap yang adil. Sikap yang adil adalah tengah-tengah di antara kedua sikap tersebut. Kita tidak boleh menganggap seseorang selalu dalam kesalahan dan juga tidak boleh menganggapnya sebagai orang yang maksum (terbebas dari kesalahan)”
Dia menambahkan, “Barangsiapa yang memiliki ilmu tentang syari’at dan kondisi riil masyarakat, maka dia akan mengetahui secara pasti bahwa seseorang yang terhormat serta memiliki perjuangan dan usaha-usaha yang baik untuk Islam, bahkan mungkin seorang yang disegani di tengah-tengah umat Islam, bisa saja melakukan kekeliruan dan kesalahan yang bisa ditolerir, yang malah mendapatkan pahala karena telah berijtihad. Akan tetapi, kesalahan yang dilakukannya tidak boleh kita ikuti, dan dia tidak boleh dijatuhkan kehormatan dan kedudukannya dari hati kaum muslimin” [Lihat kitab I’lam Al-Muwaqqi’in III/295]
Ibnu Rajab Al-Hambali (wafat 795H) berkata, “Allah Ta’ala enggan memberikan kemaksuman untuk kitab selain kitabNya. Orang yang adil adalah orang yang memaafkan kesalahan orang lain yang sedikit karena banyak kebenaran yang ada padanya” [Lihat kitab Al-Qawa’id hal.3]
[Disalin dari buku Rifqon Ahlassunnah Bi Ahlissunnah Menyikapi Fenomena Tahdzir & Hajr, Penulis Syaikh Abdul Muhsin bin Hamd Al’Abbad Al-Badr, Terbitan Titian Hidayah Ilahi]
Read more!
Saturday, October 25, 2008
Thursday, October 9, 2008
Jangan Mudah Menuduh Orang Wahhabi
menuduh orang lain wahhabi, saya pada mulanya malas nak campur. Di kala
negara sedang gelut dengan krisis yang berbagai, ada juga puak yang sibuk
wahabi-mewahabi orang lain. Apatah lagi, saya pun dah lama tidak berfikir
tentang isu tersebut kerana sibuk dengan isu-isu yang lebih bersifat nasional
dan sejagat.
Sebenarnnya, di negara kita kini sedang muncul satu golongan yang
menyembunyikan identitinya. Mereka ini jika di negara Arab digelar Ahbash.
Puak ini berpusat di Lubnan dan mempengaruhi sesetengah pelajar kita di
sana juga yang di tempat lain. Perkataan ahbash merujuk kepada pengasas
dan pengikut mereka yang berketurunan Habsyi Afrika. Guru mereka ialah
Abdullah al-Harari. Seorang yang terkenal suka mengkafirkan orang lain yang
tidak sependapat dengannya. Dia sentiasa mendakwa bahawa hanya dirinya
Ahlussunnah wal Jamaah dan bermazhab Syafi’i. Sesiapa yang tidak
bersependapat dengannya itu sesat, atau kafir atau wahhabi. Hasilnya
berlakulah pembunuhan dan rusuhan. Mereka telah mengkafirkan ulamaulama
terdahulu seperti al-Imam Ibn Taimiyyah, al-Imam Ibn Qayyim, al-Imam
al-Zahabi, al-Imam Ibn Kathir, Muhammad bin Abdul Wahhab dan lain-lain.
Ulama semasa yang dikafirkan oleh mereka termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi,
Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Sayyid Sabiq, Sayyid Qutb, al-Albani, Mufti
Lubnan Hasan Khalid lain-lain. Sesiapa yang berminat mereka boleh layari
bankahbash.blogspot.com. untuk mengetahui sikap ektremis golongan ini.
Di Malaysia, mereka mula menyerap dalam sesetengah pihak berkuasa
agama di negeri-negeri tertentu. Mereka menganjurkan program-program
atas nama Ahlussunnah wal Jamaah. Isi kandungannya adalah menuduh
sesiapa yang tidak sebulu dengan mereka sebagai wahhabi. Slogan mereka
sama, sesiapa yang memberikan pendapat yang tidak sama dengan mereka
maka dia sesat atau wahhabi. Cara kebetulan pula pandangan sesetengah
golongan pembaharuan memang ada perbezaan dengan pandangan
agamawan tempatan. Namun, itu bukan kesalahan dan baru. Dahulu pun
dalam negara ini ada gerakan kaum muda seperti Za’ba, Syed Syeikh al-Hadi,
Burhanudin al-Helmi, Abu Bakar al-Baqir dan selain mereka yang memang
diiktiraf sumbangan mereka dalam pembaharuan dan kemerdekaan.
Walaupun ada tentangan terhadap kaum muda dari kelompok konservertif
tradisionalis melayu, namun buku-buku sejarah yang jujur terus mengiktiraf
sumbangan kaum muda kepada pendidikan, perjuangan hak wanita,
kemajuan pemikiran, pembebasan dari kejumudan dan seumpamanya.
Namun hari ini puak Ahbash yang muncul dan menyelinap masuk
dalam masyarakat kita cuba membangkit perkara-perkara perbezaan ini
sehingga ke peringkat kafir mengkafir. Kata mereka golongan pembaharuan
menimbulkan pecah belah dalam masyarakat. Padahal jika mereka jujur,
perpecahan yang sebenar dalam masyarakat melayu sekarang adalah dalam
isu-isu politik, bukan isu kenduri arwah, tol orang mati dan joget tarekat yang
dipertahankan oleh mereka. Untuk menarik minat masyarakat, mereka
menuduh sesiapa sahaja yang memberikan pandangan berbeza itu sebagai
wahhabi dan ektremis. Padahal, golongan Ahbash ini menyimpan racun
mereka dan menunggu hari untuk dikeluarkan. Tidak hairan jika beberapa
pembunuhan di Lubnan dikaitkan dengan mereka dan ramai tokoh yang
menganggap mereka mempunyai hubungan dengan CIA. Sebab itu kita
melihat pendekatan Ahbash ini ada ala-ala Amerika. Jika Amerika yang
mengganas di negara orang, menuduh orang lain pengganas, demikian puak
Ahbash ini yang suka mengkafirkan orang lain, tetapi menuduh orang lain
pula mengkafirkan dan menumpahkan darah. Maka tidaklah pelik jika guru
Ahbash itu digelar al-fattan atau pencetus fitnah.
Di samping, kita juga tidak menafikan, wujudkan segelintir kelompok
yang menyandarkan diri kepada salafi kadang-kala ada ciri-ciri agak keras
dalam berinteraksi dengan amalan tradisi tempatan atau menimbul beberapa
pendapat yang tidak wajar dibesar-besarkan. Saya sendiri kurang bersetuju
untuk terlalu bertegas dalam perkara-perkara yang diizinkan syarak untuk
kita berbeza pendapat. Namun, kesilapan mereka itu hanya pada pendekatan
dan pemilihan keutamaan. Tidak sepatutnya untuk mereka dihukum sesat
atau dikafirkan oleh kelompok Ahbash ini.
Namun, jarum Ahbash ini nampaknya ada juga yang terpengaruh lalu
menuduh sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan pandangan mereka
sebagai wahhabi. Padahal, jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka
melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Mereka pun tak
pasti dan berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah
sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang
lain juga tidak qunut subuh. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu
Hanifah juga wahabi? Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia
tahlil maksudnya La ilah illa Allah, tahmid bermaksud Alhamd li Allah, tasbih
bermaksud subhana Allah. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana
mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi yang
dituduh wahhabi itu menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaanbacaan
mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!. Ada
yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Ramai yang
tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian,
kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi
sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata
wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang
sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.
Mungkin yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut
Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’.
Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang
menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku
Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Saya hanya menganggapnya salah seorang
tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama
ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fekah yang
ulung. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadis,
sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak tegas. Namun,
sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara
peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun
sumbangannya tidak dilupakan. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-
Aulawiyyat memuji Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, dengan berkata: “Bagi alImam
Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah
menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang
telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah
menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit
menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan
gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir). Juga
tokoh ahli fekah terkenal, Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan
menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang
sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran
yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang
menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling
berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad
dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf
al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada
kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan
muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan,
bid'ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah
pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang
menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili,
Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak
lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Ramai lagi tokoh-tokoh lain
yang memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, apakah tokoh-tokoh agama
yang begitu ramai itu patut dituduh wahabi?!!!.
Kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i tulisan tokohtokoh
semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-
Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca
antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: “Daripada bid'ah apa yang
dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai
kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat
puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari
harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh,
maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta
benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim
tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang
memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam). Apakah
semua penulis itu wahabi?!!.Jika kita tengok kitab-kitab melayu jawi kita
dapati perkara yang sama. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga Allah
merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid'ah bagi
orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas
memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian
daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi)
makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan
seruannya” (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh
Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-
Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid'ah yang tidak elok”
(7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!.
Apabila ada yang memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang
dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata:
“dia wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-
Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu
Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w.
dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan
malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti
yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian
negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di
masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat
panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung
kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik
dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a
yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga
bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu
Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian
negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita
melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu
ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas
mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah
itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi,
Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga
wahabi?!!
Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam
mazhab al-Syafi'i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah
dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: “Ketahui
sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih
r.a adalah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan
bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati
dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah.
Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul.
Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.
Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-:
“Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit
yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh
dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh
golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan
yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah
haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah
keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu
membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-
226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali). Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di
zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan
tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika dia mereka
mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab
al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya:
“adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan
orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit
pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-
Mahazzab 5/320 Beirut: Dar al-Fikr). Tentu jika mereka masih hidup akan
dituduh wahabi!
Bahkan jika al-Imam al-Syafi’i masih hidup pun mungkin dia dituduh
wahhabi. Apa tidaknya dalam kitabnya al-Umm disebut: “Pendapatku untuk
imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat.
Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari
daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir.
Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu
hendaklah dia perlahankan" (al-Syafi'i, Mausu‘at al-Imam al-Syafi'i: Al-Umm,
1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi). Tidakkah itu berbeza dengan
amalan orang melayu.
Ada kata golongan wahhabi tidak mewajibkan terikat dengan sesuatu
mazhab. Saya kata kalau begitu haramkanlah buku Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr
Wahbah al-Zuhaili, Dr Abd al-Karim Zaidan dan berbagai tokoh ulama
antarabangsa yang lain dari disebarkan di Malaysia ini. Sebab mereka ini
yang tidak mewajibkan terikat dengan satu-satu mazhab. Lihat apa kata Dr
Yusuf al-Qaradawi: “Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya
bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab
ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ia bukan sesuatu yang wajib seperti
yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali
apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Maka al-Quran dan al-
Sunnah tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak
menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan manamana
mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa
sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuan
sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang
mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun.
Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik
manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru
menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang Allah
ta’ala tidak wajibkan. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama
yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang
memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu”.( Al-Qaradawi: Dr Yusuf,
Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah)
Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah
bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan
adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka
diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku
buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua
mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa
takut kepada ALLAH. Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam
Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendahrendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan
itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan
keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil
antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Laranganlarangan
yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi
fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang)
sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada
perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orangorang
yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah
memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita
sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan
terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Ramai
pendakwah yang menjadi mangsa akhlak buruk ini. Kita juga berdukacita dan
bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai nama pihak berkuasa agama.
Namun saya katakan kepada para pendakwah yang difitnah; bersabarlah.
Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi
Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi'i r.h pernah
dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam
Al-Bukhari r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah
mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya.
Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan
golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa
menuntut keikhlasan dan pengorbanan.
Wahai mereka yang suka menuduh orang lain atas sentimen tanpa
bukti. Berhentilah, banyak kerja lain yang patut kita buat. Jangan jumud.
Sekarang dunia moden, banyak pengetahuan boleh dicari hanya dengan
beberapa clik di hadapan internet. Jika kita tidak larat fikir, jangan halang
orang lain mencari maklumat dan berfikir. Tunjukkan imej keistimewaan Islam
itu dengan mengizin keperbagaian pemikiran hidup dalam iklim yang
harmoni selagi tiada penipuan dan pengkhianatan. Dunia fakta hanya
dimasuki oleh manusia yang cintakan ilmu. Bukan yang suka mengkafirkan
orang tanpa sebab atau menuduh orang wahabi hanya kerana tidak berkenan
di hati.
Oleh- Dr Mohd Asri b Zainul Abidin
Read more!
Tuesday, September 23, 2008
Mencari Sinar dan Jati Diri Islami di Kampus

Di dalam perjalanan hidup yang penuh ujian dan cacamerba ini, hendaklah kiranya para mahasiswa memanfaatkan masa remaja mereka untuk menimba ilmu sebanyak mungkin yang termampu. Tidak hanya terhad kepada ilmu ekonomi, perbankkan, bahasa, sastera, sains dan teknologi, bahkan ilmu yang paling asas yang menjadi prinsip kepada kehidupan kita iaitu ilmu yang membina agama dan manhaj kehidupan insan yang sejahtera. Yang mana seterusnya dengan ilmu itulah kita dipandu untuk beramal dengan ilmu-ilmu yang lainnya....
Dunia kampus hari ini, adalah suatu bentuk alam pendidikan yang begitu ‘meriah’ dengan pelbagai macam karenah mahasiswanya mengatur langkah menuju masa depan masing-masing. Ada yang benar-benar menumpu kepada studi yang hanya berdasarkan silibus yang diberi. Ada juga yang sering mengabaikan tanggungjawab studi yang diberikan itu dan menggantikannya dengan hal-hal yang tidak berfaedah. Dan, ada juga yang menyeimbangkan di antara studi dengan kerja-kerja pencarian ilmu yang lain di samping ilmu yang sememangnya daripada silibus pengajian.
Di dalam perjalanan hidup yang penuh ujian dan cacamerba ini, hendaklah kiranya para mahasiswa memanfaatkan masa remaja mereka untuk menimba ilmu sebanyak mungkin yang termampu. Tidak hanya terhad kepada ilmu ekonomi, perbankkan, bahasa, sastera, sains dan teknologi, bahkan ilmu yang paling asas yang menjadi prinsip kepada kehidupan kita iaitu ilmu yang membina agama dan manhaj kehidupan insan yang sejahtera. Yang mana seterusnya dengan ilmu itulah kita dipandu untuk beramal dengan ilmu-ilmu yang lainnya.
Masyarakat mahasiswa hari ini perlu dicelikkan semula kepada kepentingan ilmu-ilmu dan amalan-amalan berlandaskan al-Qur’an dan Sunnah yang sejahtera. Ini kerana bukan sahaja akhlak dan amalan sahih Islami yang semakin menghilang, malahan prinsip aqidah Islamiyah juga semakin pudar dari dalam jiwa mahasiswa.
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (az-Zumar (39): 9)
Ini terbukti dari beberapa tinjauan saya terhadap rakan-rakan terdekat terhadap asas aqidah Islami yang sejahtera.
Saya pernah bertanya, “Eh, benarkah Allah itu wujud, apa buktinya?” Saya juga pernah mengutarakan persoalan Allah di mana. “Jika benar Allah itu wujud, di manakah Allah?” Daripada dua soalan ini sahaja masih ramai yang gagal menjawabnya dan ada yang hanya menghentam sahaja untuk mengemukakan jawapan berdasarkan akal semata.
Lalu terhasillah bermacam jawaban yang mengatakan bahawa ‘Allah itu berada di mana-mana...’ Ada pula yang mengatakan ‘Allah itu tidak bertempat’ dan sebagainya. Tidak kurang ramai juga yang menjawab dengan kalimah ‘tidak tahu’ dan ‘saya tidak pasti’. Dan hanya beberapa individu sahaja yang mampu menjawab Allah itu di langit. Allah itu di ‘arsy dan Allah itu memiliki kursi dengan menyertakan beberapa dalil al-Qur’an dan hadis. Selanjutnya, bukankah fenomena ini amat menyedihkan sekali bagi kita yang memahami? Betapa rapuhnya jati diri dan pemahaman asas kita dalam mengenali Rabbul ‘alamiin..
Daripada dua soalan itu sahaja, sudah membuktikan keadaan mereka kepada kita yang betapa nipisnya asas Islami mereka dalam mengenali Allah. Tidak hairanlah jika begitu ramai umat Islam diberitakan murtad jika asas utama dalam bab aqidah ini sahaja mereka sudah tidak mampu merungkaikannya. Belum lagi ditanya hakikat pemahaman rukun iman dan sebagainya.
Tidak hairanlah jika dengan mudah sahaja mereka mengabaikan amalan-amalan islami yang samaada fardhu ataupun yang sunat. Lalu mudah-mudah sahaja menggantikannya dengan amalan-amalan yang di luar konteks Islami. Mereka tidak lagi mengenali apa itu peranan al-Qur’an dan as-sunnah (hadis) dengan sempurna. Bahkan lebih malang, ada sebahagian kecil di antara kita yang hanya mengenali al-Qur’an hanya sebagai bahan bacaan yang untuk dilagukan lalu mengabaikan apakah maksud dan tujuan sebenar penurunan al-Qur’an yang sebenarnya. Mereka melupakan bahawa al-Qur’an itu sebagai petunjuk atau manual kehidupan insan. Bila ditanya pula apakah itu hadis, mereka tidak mampu menjawabnya. Jadi, dengan asas apakah mereka mendirikan jati diri dan amalan Islami sebenarnya? Islam bukanlah adat dan warisan. Islam itu adalah agama dan petunjuk bagi setiap insan yang wujud. Ia perlu difahami dengan sebaik-baiknya bagi menjamin ketulenan amalan dan i’tiqad kita.
“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.” (Ali ‘Imran (3): 138)
Memang logiklah jika mereka mudah terikut-ikut dengan budaya dan fahaman-fahaman yang menyeleweng di sekitar mereka. Mengagungkan perkara-perkara yang jelas sia-sia melebihi menuju kepada mengingati Allah seterusnya mentahidkan Allah berdasarkan asas yang sebenar. Inilah sebenarnya natijah dan akibat daripada pemahaman Islam yang amat cetek dan diambil secara sambil lewa, lalu mengabaikan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai landasan penilaian hidup insani yang tulen.
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar". (al-Luqman (31): 13)
Selain itu, banyak lagi fenomena yang membuatkan kita sedih melihat masyarakat remaja kampus mahupun di luar kampus dalam mengamalkan Islam.
Ini jelas terbukti apabila ada di kalangan rakan-rakan sekeliling meninggalkan solat subuh hanya kerana malas hendak bangun awal. Lalu mudah-mudah sahaja meng-qadhakannya di luar waktu. Atau pun tidak kurang ramainya yang langsung terus meninggalkannya. Selain itu, ada pula yang dengan begitu mudah menjadikan alasan menaiki bas atau dalam perjalanan jauh balik kampung atau sebagainya, memberi alasan bahawa tiada masa untuk menunaikan solat dan tiada tempat untuk menunaikan solat kerana berada di dalam bas. Inilah dia jika asas Islami insan didrikan atas dasar kejahilan dan methode yang silap.
Ada juga di antara mereka yang sanggup bermain permainan komputer game sehingga jauh malam atau sepanjang hari. Mereka lalai dalam permainan sehingga meninggalkan perkara-perkara fardhu Islami yang mesti mereka tunaikan iaitu solat. Di sini kita melihat mereka seolah-olah mengutamakan perkara yang lain itu sendiri berbanding mentaati Allah. Bukankah ini adalah sebahagian daripada pencemaran aqidah yang jelas lagi gamblang (terang).
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” (al-Baqarah (2): 165)
Pemahaman mahasiswa seperti inilah yang amat perlu untuk ditangkis dan diperbetulkan oleh semua pihak yang memahami. Mereka bukan sahaja bermasalah dalam persoalan ibadah dan fiqh, malahan mereka amat bermasalah dalam perkara asas aqidah dan prinsip Islami yang sebenar.
Ini hanyalah menyentuh beberapa persoalan kecil dan asas dalam beragama (Islam), tidak lagi menyentuh persoalan yang lain seperti pergaulan bebas, pendedahan ‘aurat, dan sebagainya. Jika asas binaannya sahaja sudah tidak keruan, mana mungkin bangunannya boleh berdiri teguh dengan melaksanakan amal Islami yang sejahtera dari segala macam pencemaran!
Oleh itu, marilah kita sama-sama sebagai mahasiswa memupuk jiwa Islami dengan mendalami Ilmu agama yang sejahtera yang dianjurkan di mana sahaja ia diadakan selaras dengan kemampuan kita. Bersama-sama kita berusaha mengenali kandungan al-Qur’an, as-sunnah, dan ijma’ para sahabat Rasulullah (salafus-soleh) dengan lebih baik lagi supaya kehidupan kita sebagai individu atau masyarakat muslim menjadi lebih jelas dan baik selaras dengan pemahaman yang baik yang diterima. Bersungguh-sungguhlah dalam mencari ilmu dan banyak mengadakan perbincangan ilmiah bagi menilai mana yang terbaik dengan menjadikan al-Qur’an, sunnah dan ijma’ para sahabat (salafus-soleh) sebagai asas dan landasan manhaj dalam melakukan penilaian. Bukannya mantiq dan akal. Perkiraan baik dan buruk mestilah dinilai dengan dalil naqli dan bukan-nya akal.
Bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab, seharusnya bertindak untuk memantau keadaan ini dan berusaha mengambil inisiatif menyediakan wadah atau tempat untuk para mahasiswa mendalami perihal Islam dengan lebih baik di sekitar kampus. Pendedahan dalam bentuk yang kreatif dan berfakta juga perlu diambil kira bagi menarik generasi kampus berminat untuk kembali kepada asas-asas Islam yang tulen. Ini adalah bagi mengelakkan mereka daripada terjebak kepada agenda yang lebih berbahaya oleh pelbagai pihak di luar sana. Mereka perlu diberi pemahaman yang tulen berkenaan hakikat Islam. Agar mereka mampu menilai setiap permasalahan baik dan buruk yang tertuju kepada mereka kelak. Ini adalah kerana mereka merupakan kesinambungan generasi yang lebih Hadhari di masa hadapan.
“Dan sememangnya tidaklah sama orang Yang buta dan orang Yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang Yang beriman serta beramal soleh dengan orang Yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.” (al-Mu’min (40): 58)
“(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah Yang tersebut di dalamnya) Bahawa Sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang Yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.” (Ibrahim (14): 52)
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (al-Ahzaab (33): 21)
kredit: Brother Nawawi @ an-nawawi.blogspot.com
p/s: jomm Dakwah Sunnah!!. Read more!
Monday, September 22, 2008
Dakwah sunnah?

Po.I: ada tak sape2 yg berminat nak involve dgn dakwah sunnah?
Details
2008-09-22 4:19 AM
'Itu' adalah massage teratas di cbox sehingga kini (jam 6.56 ptg).
Mengapa dakwah sunnah?
Sebenarnya, dakwah sunnah tidaklah lain hanya untuk mengembalikan ajaran islam yang asal sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah saw. Usaha ini termasuk memurnikan ajaran islam dari sebarang unsur luaran yang dimasukkan ke dalam ajarannya seperti membersihkan akidah syirik dan khurafat,ibadatnya dari unsur-unsur yang ditokok tambah tanpa nas-nas yang sahih dari Rasulullah saw dan sebagainya.
Firman Allah;
Orang-orang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha akan mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir sungai sungai di bawahnya dan mereka kekal di dalamnya.Itulah kemenangan yang besar
(At- taubah:100)
sabda Rasulullah saw;
"sebaik-baik kurun adalah kurunku,kemudian kurun sesudah mereka, kemudian kurun sesudah mereka" (HR Bukhari)
Jelas, golongan salaf terdahulu berpegang teguh pada Al-Quran dan sunnah diisyaratkan Rasulullah sbg manusia di dalam 3 kurun yang terbaik sebagaimana difahamkan orang yang hidup pada 3 kurun pertama Islam spt para sahabat,tabi'in, dan attabaa' al tabi'in.
Dan mereka, golongan terbaik inilah yang perlu kita ikuti.
Rasulullah saw bersabda:
"Bangsa Yahudi telah terpecah-belah menjadi 71 golongan. Dan umat Nashara telah tercerai-berai menjadi 72 golongan. Dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya berada di neraka, kecuali satu (golongan)," kemudian ada yang bertanya: “Siapakah mereka, wahai Rasulullah,” beliau menjawab: "(Yaitu golongan) yang berada di atas jalanku sekarang ini dan para sahabatku".[Hadits shahih, diriwayatkan oleh sejumlah sahabat. Lafazh di atas riwayat dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin al Ash. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (2641), al Hakim (1/129-128), Ibnu Wadhdhah dalam al Bida' (hlm. 15-16), al Ajurri dalam asy-Syari'ah (16), al Lalikai dalam Syarhu Ushulil-I'tiqad (147) dll.
"sesungguhnya di antara kamu yang hidup (panjang usia) nescaya akan melihat banyak perselisihan . Oleh itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah ia dengan geraham (HR Abu Daud dan Tarmizi:katanya hadith hasan sahih)
Sunnah dan gelombangnya.
Jujur saya melihat perkembangan yang sihat di kalangan kita.Sahabat-sahabat sekarang tidak lagi mudah menerima ajaran tanpa dalil yang sahih, bercakap dalam sebarang sesi tazkirah juga berserta dengan sanad dan darjat hadith yang lengkap.Berbeza mungkin dari tazkirah-tazkirah dahulu semasa saya mula-mula di USM.Tahniah dan kekalkanlah!
Jadi, siapa berminat dengan dakwah sunnah?Membantu mengekalkan persekitaran sihat ini dan meneruskan aktiviti sunnah di USMKK masa akan datang,seminar-seminar,kuliah-kuliah di masjid, dll.
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad:7)
Berminat?
p/s; saya yakin sekali ramai sahabat-sahabat USMKK yang arif dalam dakwah sunnah dan manhaj salaf ni. Tinggalkan email anda di comment ni atau emailkan detail anda pada kami.
22 Ramadhan 1429.
Thursday, September 11, 2008
Wahabiphobia
Ntah kenapa akhir2 ni muncul golongan wahabiphobia kat usm ni. Sampai ada yg mengkufurkan wahabi. Tak semena2. Padahal takde org pun yg dok menjaja kata diri sendiri wahabi. Ntah2 org yg kata org lain wahabi tu pun tak faham apa yg dia cakap.
P/s: Sajak ini saya tujukan kepada rakan2 pencinta sunnah. Beruntunglah kalian dan beristiqamahlah!
WAHABI ADALAH WAHABI
Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?
Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?
Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
Aku semakin bingung siapa itu Wahabi
Namun ...
Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... Biarlah aku
dipanggil Wahabi
Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah dari diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi
Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari
Nabi...Biarlah aku dipanggil Wahabi
Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
Biarlah aku dipanggil Wahabi
Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
Biarkan aku dipanggil Wahabi
Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
Biarlah aku terus dipanggil Wahabi Read more!