Showing posts with label pemurnian sejarah. Show all posts
Showing posts with label pemurnian sejarah. Show all posts

Saturday, October 25, 2008

Tsa’labah : Ahli Badar Yang Teraniaya

Cerita tentang Tsa’labah seringkali kita dengar terutamanya bila isu tentang zakat dibincang. Kisah ini diceritakan dalam kelas-kelas pengajian, ceramah ugama malah juga di mimbar-mimbar khutbah Jumaat.

Ceritanya begini:

Tsa’labah ialah seorang muslim yang taat di mana beliau tidak pernah meninggalkan sembahyang jemaah lima waktu bersama nabi s.a.w. Beliau amat miskin sehingga terpaksa balik ke rumah lebih awal untuk berkongsi kain dengan isterinya. Lantaran kemiskinan yang melampau, beliau meminta supaya nabi s.a.w. mendoakannya supaya diberi kekayaan. Nabi s.a.w. pada mulanya enggan mendoakan Tsa’labah atas alasan kekayaan akan mejadi fitnah kepadanya , tetapi setelah didesak, baginda s.a.w. pun mendoakannya. Berkat doa nabi s.a.w., kambing yang dipelihara Tsa’labah membiak dengan banyak dan cepat.

Kesibukan menguruskan ternakannya menyebabkan beliau mulai cuai dalam ibadatnya. Pada mulanya beliau tertinggal satu dua sembahyang jemaah tetapi akhirnya beliau lansung tidak berjemaah. Untuk mengembangkan ternakannya beliau berpindah ke kawasan pendalaman dan hubungannya dengan muslimin yang lain terputus.

Nabi s.a.w. menghantar utusan untuk mengutip zakat tetapi beliau enggan mengeluarkan zakat malah memperlekehkan kewajipan itu. Sebelum kewafatan nabi s.a.w. beliau merasa insaf dan bertaubat serta ingin mengeluarkan zakat kepada nabi s.a.w. tetapi ditolak. Selepas kewafatan nabi s.a.w. beliau berjumpa dengan Khalifah Abu Bakar r.a. untuk mengeluarkan zakat tetapi ditolak oleh Abu Bakar atas alasan beliau tidak dapat menerima zakat itu kerana Rasulullah s.a.w. tidak menerima zakat sa’labah semasa hidup baginda.. Begitu juga di zaman permeritahan Sayyidina Umar al-Khattab r.a.

Akhirnya beliau mati dalam keadaan kufur!

Persoalannya :

Siapakah Tsa’labah ini?

Mengapa seseorang yang menyesali perbuatannya dan ingin bertaubat tidak diterima taubatnya?

Tsa’labah yang diceritakan di sini sebenarnya adalah salah seorang dari mereka yang menyertai peperangan Badar. Sebagaimana dimaklumi, ahli Badar telah dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. Dengan kenyataan ini tidak timbul soal keingkaran dan seterusnya mati dalam kekufuran. Riwayat ini adalah bermotif jahat untuk memburukkan sahabat r.a. Bila diteliti, di antara mereka yang mengaitkan Tsa’labah dengan perbuatan derhaka ini ialah Ali bin Zaid. Seorang yang dituduh sebagai penganut Syiah oleh majoriti ulama’ rijal. Sesuai dengan fahaman Syiah yang sentiasa mencari peluang untuk memburukkan sahabat r.a. (yang sebenarnya untuk menyerang peribadi Rasulullah s.a.w. juga) , cerita ini adalah salah satu senjata yang nampaknya tepat pada sasaran dan kini , ulama-ulama ahli Sunnah pula mengambil tempat mempopularkan hikayat karut ini.

Persoalan kedua, mengapakah Rasulullah s.a.w. menolak taubat dari seorang mukmin yang telah menyesali kesalahannya. Bukankah Rasulullah s.a.w. bekerja tanpa henti untuk menarik manusia kepada Islam dan mengingatkan mereka supaya sentiasa bertaubat. Dan adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Rasulullah s.a.w. merajuk kerana tidak ditaati bila baginda memerintahkan untuk dipungut zakat pada pertama kalinya.

Penyebaran riwayat ini perlu dihentikan . Kepada sesiapa yang terlanjur meriwayatkannya samada melalui tulisan, ceramah atau lain-lain diharap dapat membetulkan fakta ini kepada audien masing-masing.

Sesungguhnya kepercayaan dan kecintaan kepada sahabat r.a. adalah di antara paksi tertegaknya agama ini kerana melalui merekalah al-Quran dan sunnah kita dapati hari ini.



Read more!

Thursday, October 16, 2008

Hadits Maudu` Tentang Abd Al-Rahman bin ‘Auf Masuk Syurga Dalam Keadaan Merangkak Kerana Kekayaannya

“Ketika ‘Aisyah berada di rumahnya, aku mendengar suara di Madinah lalu bertanya: “Apa ini?” Lalu mereka menjawab: “Unta Abd al-Rahman bin ‘Auf sampai dari Syam membawa banyak barang.” Anas berkata: “Ada tujuh ratus ekor unta. Maka riuh-rendahlah Madinah kerana suara itu. Aisyah pun berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya aku telah melihat ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.” Maka sampai khabar tersebut kepada ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf lalu beliau berkata: “Kalau aku mampu aku pasti akan masuk ke dalam syurga dalam keadaan berdiri.” Lalu dia menjadikan pelana dan barang-barangnya sebagai sedekah di jalan Allah Azza Wajalla.”

· Ahmad bin Hanbal mengatakan: hadits ini dusta dan mungkar dan ‘Umarah meriwayatkan hadits-hadits mungkar

· Abu Hatim al-Razi mengatakan: ‘Umarah bin Zazan – tidak boleh dibuat /dijadikan hujah dengannya
. حديث في ذكر عبدالرحمن بن عوف أنبأنا ابن الحصين أنبأنا ابن المذاهب أنبأنا أحمد بن جعفر حدثنا عبدالله ابن أحمد حدثنى أبى حدثنا عبد الصمد بن حسان أنبأنا عمارة عن ثابت عن أنس قال " بينما عائشة في بيتها سمعت صوتا في المدينة فقال ما هذا ؟ فقالوا بعير عبدالرحمن بن عوف قدمت من الشام تحمل من كل شئ. قال وكانت سبع مائة بعير.فارتجت المدينة من الصوت، فقالت عائشة: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: قد رأيت عبدالرحمن بن عوف يدخل الجنة حبوا، فبلغ ذلك عبدالرحمن فقال إن استطعت لادخلنها قائما فجعلها بأقتابها وأحمالها في سبيل الله عزوجل ".


Hadits yang menyebutkan tentang Abd al-Rahman. Ibnu al-Hushain telah menceritakan kepada kami, katanya: Ibnu al-Mazahib menceritakan kepada kami, katanya: Ahmad bin Ja`far menceritakan kepada kami, katanya: Abdullah ibnu Ahmad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd al-Somad bin Hassan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Umarah telah menceritakan kepada kami daripada Tsabit daripada Anas, beliau berkata: “Ketika ‘Aisyah berada di rumahnya, aku mendengar suara di Madinah lalu bertanya: “Apa ini?” Lalu mereka menjawab: “Unta Abd al-Rahman bin ‘Auf sampai dari Syam membawa banyak barang.” Anas berkata: “Ada tujuh ratus ekor unta. Maka riuh-rendahlah Madinah kerana suara itu. Aisyah pun berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya aku telah melihat ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.” Maka sampai khabar tersebut kepada ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf lalu beliau berkata: “Kalau aku mampu aku pasti akan masuk ke dalam syurga dalam keadaan berdiri.” Lalu dia menjadikan pelana dan barang-barangnya sebagai sedekah di jalan Allah Azza Wajalla.”

· Ahmad bin Hanbal mengatakan: hadits ini dusta dan mungkar dan ‘Umarah meriwayatkan hadits-hadits mungkar

· Abu Hatim al-Razi mengatakan: ‘Umarah bin Zazan – tidak boleh dibuat /dijadikan hujah dengannya.

وقد روى الجراح بن منهال إسنادا له عن عبدالرحمن بن عوف فإن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " يا ابن عوف إنك من الاغنياء، وإنك لا تدخل الجنة إلا زحفا فاقرض ربك يطلق قدميك ".


Al-Jarrah bin Minhal telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf. Maka sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai Ibnu ‘Auf sesungguhnya engkau adalah dari kalangan orang-orang kaya. Sesungguhnya engkau tidak masuk syurga melainkan dalam keadaan merangkak maka bersedekahlah, ia akan memelihara dua tapak kakimu.”

· Al-Nasa`ei mengatakan: Hadits ini maudu` dan al-Jarrah tidak dipakai haditsnya.

· Yahya mengatakan: Hadits al-Jarrah tidak boleh dipakai sedikitpun

· Ibnu al-Madini mengatakan: Jangan kamu tulis haditsnya.

· Ibnu Hibban mengatakan: Dia (al-Jarrah) selalu berdusta.


· Al-Daruqutni mengatakan: Ibnu Ishaq telah meriwayatkan daripadanya lalu menukarkan namanya dengan mengatakan Minhal bin al-Jarrah sedangkan dia seorang yang ditinggalkan haditsnya.

قال المصنف قلت: وبمثل هذا الحديث الباطل تتعلق جهلة المتزهدين يرون أن المال مانع من السبق إلى الخير ويقولون إذا كان ابن عوف يدخل الجنة زحفا لاجل ماله كفى ذلك في ذم المال، والحديث لا يصح،

Penulis berkata: Hadits seumpama ini berkait dengan kejahilan orang-orang yang zuhud yang mana mereka melihat harta sebagai penghalang dalam perlumbaan kepada kebaikan. Mereka berpendapat apabila ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak maka yang demikian cukup untuk mengejikan harta. Dan hadis itu tidak sahih

Tambahan Dari Penterjemah

Harta atau kekayaan adalah anugerah dari Allah yang jika digunakan pada tempat yang betul ianya mampu mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. dan bukan menjauhinya. Hadits-hadits tadi jelas bercanggah dengan hadits-hadits sahih yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنِي قَيْسٌ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا


Muhammad bin al-Mutsanna telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya telah meriwayatkan kepada kami daripada Ismail, beliau berkata: Qais telah meriwayatkan kepada saya daripada Ibnu Mas`ud, beliau berkata: “Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Tiada hasad melainkan pada dua orang. Pertama, orang yang Allah telah kurniakan kepadanya harta lalu digunakan sepenuhnya pada tempat/perkara yang sebenarnya dan (yang kedua) seorang yang Allah telah kurniakan kepadanya hikmah lalu dia membuat keputusan dengannya dan mengajarkannya.”

Hadits tadi juga jelas termasuk dalam kaedah-kaedah mengenali hadits-hadits daif dan maudu` kerana menghina para sahabat, bercanggah riwayat yang sahih lagi sharih dan diriwayatkan oleh perawi pendusta.

Rujuk : http://www.darulkautsar.com/article.php?page=5&ArticleID=759

Petikan dari al-Maudu`aat - Ibnu al-Jauzi

.
Read more!